boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, May 29, 2009

ADA RANCANGAN ROSAK KREDIBILITI PEGAWAI SIASAT KES ANWAR?


Mantan ketua CID dakwa notis muflis diberi untuk halang daripada beri keterangan atas Peguam Negara dan Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang menyiasat kes serangan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga menyebabkan matanya lebam pada 1998, semalam mendakwa ada rancangan peringkat tinggi yang menggunakan notis muflis ke atas beliau untuk merosakkan kredibilitinya menjelang beberapa kes mendatang, termasuk kes liwat pemimpin pembangkang itu Julai ini.

Agensi berita rasmi Bernama kelmarin melaporkan bahawa Datuk Mat Zain telah diisytiharkan muflis pada 21 April lalu kerana gagal melunaskan hutang RM250,000 ($103,525) dan diberikan notis itu Selasa lalu.

Laporan-laporan mengenai kes Datuk Mat Zain itu telah dikeluarkan oleh beberapa akhbar utama Malaysia, termasuk laman berita The Malaysian Insider yang melanggani khidmat berita Bernama.

Semalam, The Malaysian Insider menyiarkan kenyataan Datuk Mat Zain berkaitan dengan hal tersebut.

'Saya katakan dengan pasti bahawa ada tangan-tangan tersembunyi yang amat kuat yang mahukan demikian.

'Alasan mereka ialah untuk memusnahkan kredibiliti saya dan/atau melumpuhkan keupayaan saya serta menghalang saya daripada memberikan bukti terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dan IGP (Ketua Polis Negara) Tan Sri Musa Hassan kerana memalsukan bukti dalam kes 'mata lebam' 1998 yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,' dedah beliau dalam kenyataannya itu.

Datuk Mat Zain, yang memilih untuk bersara pada 2001 sebagai Ketua Jabatan Penyiasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, berkata beliau percaya notis muflis terhadapnya ada kaitan dengan rayuan beliau kepada lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) agar membersihkan namanya selepas agensi itu membebaskan Tan Sri Abdul Gani dan Tan Sri Musa daripada dakwaan pemalsuan bukti yang dikemukakan Datuk Seri Anwar.

'Saya mempunyai alasan untuk percaya bahawa pasukan pendakwaan menjangkakan Anwar akan menimbulkan isu pemalsuan bukti dalam kes 'mata lebam' itu pada satu ketika dalam perbicaraan beliau. Bukti saya akan menjadi penting pada ketika itu. Satu-satunya pilihan mereka ialah memusnahkan kredibiliti saya.

'Percayalah saya, itu bukan satu-satunya kes yang mana kedua-duanya pernah campur tangan,' tegas beliau dalam kenyataannya itu.

Datuk Mat Zain mendedahkan bahawa beliau diarahkan peguamnya agar meneliti kes muflis itu kerana beliau belum pernah menerima sebarang notis berhubung tindakan saman peniaga, Encik Yap Thoong Choan, 72 tahun, yang difailkan pada 10 Ogos 2004 terhadapnya untuk mendapatkan semula baki hutang belum terbayar sebanyak RM250,000.

Datuk Mat Zain, 60 tahun, dikatakan berhutang sejumlah RM500,000 dalam satu perjanjian yang ditandatangani kedua-dua pihak pada 22 Februari 2002, menurut The Malaysian Insider.

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari