boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, May 28, 2009

Muktamar PAS 5-7 Jun 09 - Perkukuhkan Pakatan Rakyat.

Salam Sejahtera!

PRU12 2008 yang lalu telah menunjukkan kepada kita yang pengundi-pengundi bukan melayu telah menjadi faktor utama kemenangan calun-calun PAS/PR di negeri-negeri Pantai Barat. Trend ini terus diikuti bila berlakunya PRK Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau, insyaallah pada 31 Mei nanti satu lagi PRK di Penanti. 

Disebabkan pada 4 PRK yang lalu semuanya BN tewas menyebabkan PRK Penanti BN tidak bertanding, mungkin kalau mereka ada keyakinan diri maka UMNO akan menjengukkan mukanya yang malu-malu segan pada PRK di DUN Manik Urai Kuala Kerai Kelantan. Apakah PAS dapat mengekalkan kemenangannya yang lalu... Belum tentu... UMNO ni banyak akal dan helahnya.. Pengalaman 50 tahun memerintah adalah satu aset paling berharga buat UMNO.

Dari apa senario di atas PAS perlulah melakukan penambahbaik ke atas perpaduan ke tiga-tiga parti Pakatan Rakyat. Alhamdullilah dari PRK Kuala Terengganu, Parti DAP telah mula sama-sama turun padang membantu Calon PAS dan Kerusi Parlimen Kuala Terengganu dapat kita rampas dari UMNO. Kemudian di ikuti pula PRK Bukit Gantang, lagi sekali Pemimpin Parti DAP dan PKR turun membantu calon PAS dan Alhamdullillah, walaupun BN menentang dengan begitu aggeresif, PAS dapat mengekalkan kerusi Bukit Gantang.

Ini adalah pengundi Bukan Melayu sudah hilang kepercayaan kepada UMNO, bahkan parti komponen BN sendiri sekarang berani menentang dasar UMNO, sepatutnya perkara sebegini diambil peluang oleh PAS, siapa pemimpin PAS yang berani ke hadapan untuk sedemikian, yang aku terpandang atau terperasaan ialah Naib Presiden PAS sahaja iaitu Datuk Husam, beliau telah menggunakan inisiatifnya berjumpa Timbalan Presiden MCA, Chua Soi Lek, berjumpa Tengku Razaleih dari UMNO, walau pun ini hal krisis Perak, tapi dari kesempatan itu PAS memainkan peranan.

Dalam tempoh kurang dari 3 tahun lagi kita akan menghadapi PRU13, masa semakin suntuk untuk PAS kalau nak ambil balik Perak dan Terengganu, apatah Malaysia...dari sini kita masih dan memang amat memerlukan bantuan dari undi bukan melayu yang sebelum ini menjadi penyelamat kepada UMNO. Itu yang kita perlukan.. Kita tidak boleh harap dengan penyokong UMNO yang dari DULU, KINI dan SELAMANYa...manakala pengundi atas pagar pula mereka bijak menilai mana yang lebih baik...

Dari sini apa yang aku nampak Pimpinan PAS Alhamdulillah, kerana sudah boleh duduk sekali dalam nak menghadapi tugas besar untuk menjatuhkan UMNO. Terutamanya Presiden PAS sendiri.
Tapi sayang, kerja-kerja baik seperti ini aku tak pulak terpandang atau terbaca mengapa Timbalan Presiden tidak ikut bersama-sama,, bukan maksud aku ikut belakang Presiden, tetapi duduk sesama pimpinan PR yang lain, jarang aku nampak.. sepatutnya Timbalan kena lebih aggresif dari Presiden, ini tidak... Nasib baik ada Naib-naib Presiden dan Setiausaha yang kehadapan.

Pengundi-pengundi bukan melayu adalah kebanyakan mereka golongan bijak, suratkhabar mereka melaporkan dengan telus, tidak seperti kita, malah mereka sendiri sanggup mengorban calon dari kaum mereka sendiri untuk mengundi calon PAS, dan inilah bantuan dari langit yang kita terima dengan tidak kita sedari.

Trend dan budaya ini harus kita kekalkan sehingga ke PRU13 nanti, bagaimana.. pada muktamar nanti perwakilan-perwakilan yang membuat pemilihan, buatlah pemilihan dengan bijak, pilihlah pimpinan yang membuat kerja, bukan setakat pergi bagi ceramah dan ajak demontrasi, bukan maksud aku tak perlu demontrasi, tetapi kita nak pimpinan yang dinamik, ada wawasan masa hadapan, pengalaman kerja dalam pentadbiran, ini semua perlu untuk membantu Presiden, Timbalan perlu ada semua itu, bukan setakat boleh bentang kertas kerja dan bagi syarahan, Timbalan perlu lebih semuanya, sebab bila-bila masa Timbalan akan naik jadi Presiden.

Tapi ada pulak yang menyatakan biarlah golongan Ulamak yang memimpin, aku setuju bab itu, aku pun tak boleh nak komen, tapi kita kena ingat semua pimpinan PAS adalah semuanya yang berkebolehan, itu sebab dia kita lantik jadi pimpinan, dan terbukti bila Dato Seri Ir Nizar jadi MB selama 11 bulan, beliau bukan ulamak, beliau engineer... tetapi beliau boleh mentadbir... tak ada cacat celanya, malah ramai ADUN-ADUN DAP dari kaum Cina yang pandai mengkaji Al-Quran. Begitu juga aku punya YDP,  beliau pun bukan Ulamak, Ustaz pun bukan, tetapi beliau dapat menjalani kehidupan sehariannya macam ulamak, jadi tak perlulah kita nak pertikai ulamak atau tidak pimpinan itu, dalam ada Majlis Dewan Ulamak sebagai kuasa mutlak yang menentukan sesuatu.

Tentu hangpa akan tanya pasai apa aku dok sibuk sangat... ya la aku sayang kat PAS, aku baru rasa sikit saja kenikmatan kemenangan yang begitu indah sekali, pertama bila kemenangan DUN Pasir Panjang pada 8 Mac 2008 dan yang keduanya bila kemenangan PAS di Bukit Gantang yang lalu... sebelum ni kekalahan aja....aku dah cukup puas merasai kepahitan kekalahan,.... jadi aku nak rasa lagi kemenangan ini sehingga aku dijemput oleh malaikat maut.
 

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari