boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, May 27, 2009

Husam - Pemuda UMNO P/Pauh Dah Mula Risau..

Salam sejahtera...
Hangpa baca apa kata Pemuda UMNO Permatang Paut kat bawah ni......

Wednesday, May 27, 2009

Alasan Husam Bertanding Tidak Masuk Akal

Alasan Husam Hj Musa bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas ialah kerana menolak usaha perpaduan UMNO-Pas.

Alasan ini bukan sahaja tidak masuk akal bahkan tidak menggambarkan sikap seorang negarawan mahupun seorang Muslim yang diseru oleh agamanya supaya berpegang kepada tali (jalan) Allah dan jangan berpecah-belah.

Ia juga menggambarkan bahawa beliau tidak mempunyai idea dan visi tetapi hanya berpaksikan politik sempit yang menyemai tunas kebencian sesama Islam. Ia juga menggambarkan keadaan beliau yang terdesak dan terhimpit kerana mendapat pencalonan yang sedikit dari mesyuarat Pas kawasan.

Dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden Pas ini sekurang-kurangnya Hj Mohd Sabu menyatakan juga visi beliau iaitu untuk memperkasakan ulama dan Majlis Syura.

Sekiranya beliau teringin untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden Pas, tidak perlulah menjadikan UMNO sebagai alasan untuk bertanding. Carilah alasan yang lebih bijaksana bagi dijadikan modal untuk berbicara.

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari