boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, May 26, 2009

Chin Peng - Lagi Sekali Aku Sokong Kepulangannya...

Salam sejahtera..
Pada 20 Mei lalu aku ada posting DISINI.  Memang mahkluq UMNO cukup marah isu tu... aku pun bekas tentera.... ada perasaan... tapi sampai bila kita nak macam tu...aku tak mau merapu panjang-panjang... aku bukan nak lawan Zahid Hamidi yang mengaku dia wakil semua tentera dan bekas tentera menolak Chin Peng.. Pelaq betui dia, bila masa aku bagi keizinan pada dia....
Yang sorang lagi Rais Yatim pun sama gila meraban... seolah-olah dia tu pencen sarjan RAMD...phoorah....
Apa pun aku terbaca dari nukilan bekas ahli UMNO yang sesuai untuk kita fikirkan bersama... layannnn zzzz.....

KUALA LUMPUR: Komunis tidak boleh diberi tempat di negara ini kerana dosa mereka membunuh beribu-ribu rakyat Tanah Melayu pada ketika itu tidak boleh dilupai, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Sehubungan itu, beliau meminta pemimpin yang melahirkan perasaan positif terhadap bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng, supaya menyatakan pendirian mereka dengan jelas dan tidak berlindung di belakang tabir parti politik masing-masing. "Komen saya mudah, Chin Peng dan komandonya yang bunuh ramai orang dahulu sekali-kali tidak ada tempat bagi kita untuk bermuafakat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan 1Malaysia kepada para pegawai kanan kementerian itu di Angkasapuri di sini hari ini.

Itulah kenyataan Rais Yatim seorang Menteri dalam kebinet Perdana Menteri Najib yang bertanggungjawab dalam soal penerangan dan kebudayaan serta memperkenalkan budaya ‘nilai-nilai murni’.

Bayangkanlah bagaimana agaknya orang muda Malaysia boleh menerima UMNO sebagai sebuah parti yang dikira intelek sedikit bila mana Menterinya bercakap atau buat kenyataan macam budak tak masuk sekolah.

Tahukah Rais Yatim bahawa di zaman sekarang sudah tidak ada lagi rakyat Malaysia hidup di bawah tempurung dan juga telah ramai orang muda yang keluar dari gua, oleh itu kenyataan ini pasti ditertawakan mereka.

Sebab pertamanya, jika hendak lulus mata pelajaran Sejarah, jika ada soalan parti politik apa yang mula-mula ditubuhkan ditanah Melayu atau Malaya?, Bolehkah pelajar tersebut menjawab UMNO kerana catatan sejarahnya menyatakan Parti Politik yang mula-mula ditubuhkan di Tanah Melayu ialah Parti Komunis Malaya atau dalam bahasa Inggerisnya Communist Party Malaya ditahun 1930.

Jika Tun Dr Ismail Abd Rahman yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri di zaman Tun Abd Razak Hussein dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri walau pun tidak pernah menyebut komunis tetapi memperakui bahawa orang-orang kiri atau sosialis yang melibatkan orang komunis juga memainkan peranan dalam tuntutan kemerdekaan Malaya.

Kesimpulannya siapa Rais Yatim untuk memperlecehkan Parti Komunis Malaya ini?.

Pertama, kita kena difahami bahawa sehingga PKM diharamkan pada tahun 1948, mereka adalah pertubuhan yang sah dari segi pergerakan dan perjuangannya,mereka bukan pertubuhan yang hanya disebut-sebut saperti beberapa pertubuhan hari ini yang tanpa pendaftaran yang rasmi seperti Hindraf.

Kedua, PKM adalah pertubuhan yang diakui sumbangan dan peranannya dalam Perang Dunia Kedua ketika menentang Jepun sehingga Chin Peng sendiri adalah antara orang dipanggil ke London untuk menyertai pembarisan kemenangan dan diberikan pingat OBE-Order Of British Empire oleh Kerajaan British.

Ketiga, PKM adalah parti pertama yang membina bangsa Malaya yang bersatu sehingga dikenali dengan nama Bintang Tiga dan bukankah bintang tiga itu bermaksud Melayu, Cina dan India?

Dari segi kenyataannya, Parti Komunis Malaya sepatutnya sudah berakhir pada rundingan Baling ditahun 1955 jika permintaannya dipersetujui oleh Tunku Abd Rahman dan Perikatan untuk menerima Parti Komunis Malaya sebagai pertubuhan yang dibenarkan terlibat dalam sistem demokrasi yang bakal wujud sebaik sahaja Malaya merdeka ditahun 1957.

Permintaan itu ditolak kerana Tunku termakan dengan nasihat British bahawa jika PKM dibenarkan ikut serta sebagai parti politik berkemungkinan sistem pemerintahan Malaya akan bertukar menjadi republik dan bukan sahaja raja akan tercampak malah agama Islam juga akan hilang.

Tetapi yang sebenar ditakuti British ialah kepentingan-kepentingannya di Tanah Melayu seperti lombong bijih dan ladang-ladang getahnya atau sumber asli Malaya, sehingga dimasa itu pernah dikatakan bahawa minum pagi rakyat British ditanggung oleh sumber asli Malaya kerana UMNO/Perikatan akan mempertahankan sistem ideologi kapitalisnya.

Apa pun pengkaji sejarah dan politik tidak akan menafikan bahawa teori domino Komunis hampir menjadi kenyataan pada tahun 1975 bila Vietnam Selatan jatuh ke tangan Vietnam Utara yang juga berfahaman Komunis.

Jika tidak kerana peranan diplomasi Tun Razak Hussein lebih awal sebelum kejatuhan Vietnam dengan China dan juga hubungan Malaysia dengan Russia, kemungkinan Semenanjung Tanah Melayu tidak menjadi medan kedua Vietnam belum lagi terjamin.

Begitu juga jika tidak berlakunya pergaduhan kaum pada Mei 13, yang kesalahan dikatakan kerana hasutan anasir subversif yang di dokong oleh Parti Komunis Malaya.

Bagaimana pun dalam keadaan apa sekali pun, Parti Komunis Malaya tidak boleh tidak harus diperakui sebagai satu gerakan yang memberikan sumbangkan dalam perjuangan kemerdekaan Malaya, bunyinya memang ganjil tetapi hakikatnya tidak dan jika British lewat memberikan kemerdekaan kepada UMNO/Perikatan, kemungkinan kepentingan British akan terjejas dan rakyat miskin dan tertindas akan simpati dengannya.

Kita mungkin memang sedikit atau banyak tahu bagaimana buruknya apa yang dilakukan oleh pengganas Komunis dengan berbagai-bagai dosanya. Namun karena kita bangsa pemaaf maka segala kesalahan yang pernah dilakukan selama PKM bergerak dibawah tanah menentang penjajah dan meneruskan selepas Malaya merdeka kerana Parti Komunis Malaya yang diharamkan itu menganggap bahawa Kerajaan Perikatan hanya boneka penjajah.

Tidak ada siapa pun menafikan apa yang dilakukan oleh pengganas Komunis itu salah dan menyusahkan rakyat, Jika Rais Yatim yang memperkenalkan budaya nilai-nilai murni sewajarnyalah rakyat dibentuk menjadi bangsa yang pemaaf, maka rakyat di ajak memaafkan juga segala kesalahan Chin Peng tanpa sedikitpun berusaha melupakan kesalahan tersebut.

Rais Yatim dan orang-orang yang tidak bersetuju akan kembalinya Chin Peng ke tanahair yang kesemuanya orang Melayu dan pasti beragama Islam. terutama Zahid Hamidi yang menjadi Menteri Pertahanan dan sebelumnya Menteri yang menjaga hal ehwal Islam, jangan bersifat perkauman dalam soal komunis kerana beberapa nama orang Melayu boleh disenaraikan dalam Parti Komunis Malaya dan apa bezanya Musa Ahmad yang pernah dibenarkan balik ke Malaysia dengan Chin Peng? Dan apa kurang peranan Rasyid Mydin dan Chin Peng yang dihantar mengerjakan Haji oleh Megat Junid Megat Ayub yang pernah menjadi menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Bukankah di dalam Islam, sudah ada pertunjuk menghadapi musuh-musuh Islam saperti Parti Komunis Malaya. Tidak terbacakah mereka bagaimana Nabi Muhammad s.a.w telah menunjukan teladan apa yang telah berlaku salepas perjanjian Hudaibiyah, perjanjian tersebut walaupun sekilas terlihat merugikan umat Islam tapi di satu sisi memberikan keuntungan kepada politik dan diplomasi.

Perjanjian Hudaibiyah yang menghasilkan kesepakatan damai antara kaum muslimin dengan kaum musyrikin akhirnya dilanggar sendiri oleh kaum musyrikin Quraisy.

Secara budayanya bangsa arab adalah suku bangsa yang menjunjung tinggi kehormatan dan perjanjian bahkan sebelum Islam berkembang di Jazirah Arab.

Atas dasar inilah Rasulullah SAW memutuskan untuk melakukan pembebasan Mekah dari pengaruh kekuatan kaum musyrikin Quraisy.

Apa yang dilakukan oleh Rasullah s.a.w. sebaik sahaja dapat menakluk Mekah,selepas Rasulullah SAW bertawaf di Ka’bah dan menyentuh Hajar Aswad dan sebaik sahaja selesai melakukan tawaf Nabi Muhamad SAW berkhutbah di hadapan ramai orang serta membacakan ayat..

“ Wahai manusia. Kami menciptakan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Tetapi orang yang paling mulia diantara kamu dalam pandangan Allah SWT ialah orang yang paling takwa (menjaga diri dari kejahatan). Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengerti” (QS.49:13).

Rasulullah S.A.W sendiri bertanya kepada kaum musyrikin Quraisy : “Orang-orang quraisy menurut pendapat kamu apa yang akan kuperbuat terhadap kamu sekarang? Mereka menjawab :” Yang baik-baik. Dan dengan penuh sikap pemaaf Rasulullah SAW bersabda : “Pergilah kamu sekalian, kamu sudah bebas”.

Dengan perkataan itu semua penduduk Mekah mendapatkan pengampunan. Alangkah indahnya pengampunan itu dikala memiliki kekuatan untuk menjatuhkan hukuman. Alangkah besar jiwa yang penuh pemaaf melampaui segala rasa dengki dan dendam di hati

Rasulullah SAW tidak lupa apa yang dilakukan kaum musyrikin Quraisy, masih belum hilang ingatan apa yang berlaku di Mekah saat awal Islam, antaranya embargo terhadap kaum muslimin, peperangan Badar dan Uhud, Bagaimana bapa saudaranya, Hamzah bin Abdul Mutalib yang dicabik-cabik kaum musyrikin di perang Uhud.

Jika Rasullah S.A.W mahu bertindak macam cara Rais Yatim dan Zahid Hamidi, tentu boleh sahaja dia memerintahkan pasukannya mengikis habis golongan musyrikin Quraisy, akan tetapi dengan jiwa yang ditempa oleh wahyu, Rasulullah S.A.W memberikan maafnya kepada semua penduduk Mekah.

Sesungguhnya ini suatu pelajaran sejarah yang sangat berharga dan patut kita contohi kerana pengampunan itu membuka hati para musuh-musuh Islam yang paling keras untuk menerima ajaran Islam tanpa paksaan termasuklah Ikrimah bin Abu Jahal, Hindun isteri Abu Sufyan dan Wahsyi. 

Persaolan akhir yang perlu di jawab oleh Rais Yatim dan Zahid Hamidi adakah anggota Parti Komunis Malaysia dan Chin Peng lebih teruk kezaliman dari muhajirin Quraisy dizaman permulaan Islam dan ada kah ajaran Islam tidak pemaafan jika ada orang yang hendak kembali normal dan bertaubat.

Sang Kelembai: Perdana Menteri Najib patut juga melihat Menteri-Menterinya bertindak dalam cara Islam dalam membuat keputusan perkara hubungan dengan manusia. Dalam Islam telah ditentukan hukum, melalui Al Qur`an, hadis dan sunnah. Jika tidak ada dalam ketiga itu, Rais Yatim carilah sendiri apa yang diajar oleh Nabi Muhammad.

Sumber (LINK:)

3 comments:

  1. i'm agreed with manjungmari's. let's chin peng back to their hometown! tanah tumpah darahnya! welcome back to manjung!

    ReplyDelete
  2. aku xsokong chin peng balik....
    klu sokong sama dgn tidak menghargai darah perjuangan bangsa dlu yg berkorban utk kemerdekaan kita hari ni...
    tolak ansur ada hadnya...
    chin peng tu xpercayakan tuhan...dasar komunis!!
    belajar sejarahla klu nk tahu...jgn ckp saje pndai!

    ReplyDelete
  3. tgk citer bukit kepong!!!!
    bukak kmbali buku sejarah..
    baru tahu langit tu tinggi rendah...
    nk adil biar kena tempat..
    nk pemaaf biar kena pd orgnya...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari