boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, May 26, 2009

Berita Terkini..Ketua UMNO tak mengaku bersalah..

Ketua UMNO Bahagian Pandan mengaku tidak bersalah tuduhan rasuah

26/05/2009 3:18pm

KUALA LUMPUR 26 Mei – Ketua UMNO Bahagian Pandan, Abd. Ghani Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 10 tuduhan memperolehi rasuah dalam bentuk wang dan kontrak antara tahun 2006 hingga 2007.

Abd. Ghani, 43, dituduh menerima rasuah sebanyak RM210,012 dari pemilik syarikat pelupusan sisa pepejal dan kontrak pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai sub kontraktor kepada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn. Bhd. yang mana dia mempunyai kepentingan dalam Lembah Rimbun sebagai balasan untuk mendapatkan tender bagi Dwisakti.

Abd. Ghani ketika itu merupakan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merangkap Ahli Jawatankuasa tender MPAJ. - Utusan

Komentar: Rasuahhhh...... Itu baru standard Ketua UMNO tak ada jawatan besar.. cuma Ahli Majlis MPAJ saja... Kalau Presiden UMNO Rasuah.... Tak salah.....Sah...Halal...Apa tak percaya!!!! Tanya RPK.....

1 comment:

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari