boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, May 12, 2009

Nizar VS Zambri.. Kenapa lah susah sangat... Cuba macam ini...

Salam....

Sampai bila kami rakyat Perak nak tunggu sikap dolak dalik UMNO nak mempertahan kerja-kerja haram mereka.....Apa kah pemimpin dan pemerintah keselamatan mahu rakyat berhimpun seperti kumpulan baju merah di Thailand bulan lepas...sehinggakan Najib sendiri nasib-nasib nak kena serbu dek rakyat Thai... Apakah UMNO dan BN mahu begitu.....

Presiden PAS baru-baru ini menegaskan Membujur Lalu Melintang Patah.... Apakah kata-kata itu mahu diterjemahkan oleh rakyat yang cintakan keadilan, rakyat yang inginkan berjihad di negara sendiri... mahu darah rakyat mengalir barulah nak berhenti dari segala kerja-kerja bangsat merompak hak rakyat......

Cubalah berfikir secara mudah... Dimanakah rasionalnya seorang Sultan atau wakilnya Raja Muda, susah sangat nak mengambil keputusan.... Jikalau pada 5 Feb lalu dengan mudah sangat melantik MB baru yang tidak sah, walaupun mendapar penentangan dari rakyat di hadapan Masji Bukit Chandan... maka bila semalam mahkamah tinggi nak keluar keputusan DS IR Nizar MB yang sah.. maka sepatutnya Raja Muda boleh metitahkan Zambri meletak jawatan, sebagaimana sewaktu dulu menitahkan DS IR Nizar meletak jawatan... Di sini baru kita boleh lihat APAKAH UMNO AKAN DERHAKA ATAU MENGIKUT ARAHAN SULTAN...  AKU CADANGKAN SEMUA RAKYAT YANG CINTAKAN PAKATAN RAKYAT SEPATUTNYA KELUAR BERHIMPUN DEPAN ISTANA MINTA RAJA MENITAHKAN ZAMBRI MELETAK JAWATAN.

Apakah ada lagi ruang-ruang untk mahkamah rayuan untuk menidakkan keputusan yang dibuat oleh mahkamah tinggi semalam... Undang-undang tubuh mana nak dicarikan sebagai bukti..... yang mengatakan Nizar bukan lagi MB!!!!...

1 comment:

  1. ya saya setuju juga pandangan anda... sepatutnye rajamuda perlu bertindak seperti ayahandanya... tp taktau najib jumpe sultan die bawak ape? C4ke mane tau... kan.kan.kan..
    salam... nak kaco dalam blog kome la... heheh

    Bagaimana Tangani isu PERAK


    Salah satu caranya telah di siarkan oleh enCYBERBORON dalam blog beliau... baginda tumpang copy... Adakan Pilihanraya Mandotori...



    Sah UMNO takut menghadapi pilihanraya. UMNO tak mahu mengadakan pilihanraya. UMNO akan halang semua cubaan untuk mengadakan pilihanraya. Sultan dah tolak permohonan perkenan pembubaran DUN pada 5 Februari. SPR tolak perisytiharan kekosongan kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Terkini sidang mee segera Mahkamah Rayuan meluluskan permohonan Zambry Kader untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat 22 jam sebelumnya. UMNO betul-betul tak mahu diadakan pilihanraya.


    Aku terima satu cadangan daripada seorang pemanggil ke telefon bimbit aku sekejap tadi. Cadangan itu sangat baik. Kita boleh dapatkan pilihanraya secara mandatory. Tanpa perlu perkenan Sultan. Tanpa perlu surat perletakan jawatan. Mahkamah pun tak boleh masuk campur. Bagaimana? ..... empat lima orang ADUN BN (termasuk ADUN bebas) mati!

    Kata pemanggil itu "kita dapatkan perkenan Tuhan untuk mengadakan pilihanraya, Tuhan cabut nyawa empat lima ekor wakil rakyat BN, terutamanya yang melompat-lompat tu, apa lagi yang boleh menghalang diadakan pilihanraya?"

    Doa orang yang dizalimi akan dimaqbulkan Tuhan. Rakyat Perak telah dizalimi dengan dahsyat sekali. Bahkan sebenarnya seluruh rakyat Malaysia dizalimi oleh UMNO-BN. Mengapa tidak kita manfaatkan tawaran 'maqbul' doa orang yang dizalimi itu?

    Apa kata kalau secara serius dan besar-besaran seluruh umat Islam bermunajat dan solat hajat setiap hari secara berterusan memohon secara specific agar Allah cabut nyawa empat lima orang ADUN BN. Orang bukan Islam pun boleh berdoa juga kerana mereka pun sama dizalimi. Majlis munajat dan solat hajat itu diadakan beramai-ramai di masjid, surau dan markaz. Munajat dan solat hajat secara individu juga dilakukan di rumah masing-masing.

    Macam mana? Salahkah cara begini? Nabi Muhammad SAW pun berdoa agar musuh Allah yang memeranginya dihancurkan oleh Allah SWT. UMNO sememangnya musuh Tuhan. Mereka memusuhi keadilan yang diwajibkan oleh Allah. Mereka memerangi hak rakyat. Mereka menentang keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Mereka anti sistem hidup yang diperintahkan oleh Allah SWT.

    Tak bolehkah kita mendoakan supaya musuh-musuh Allah itu dibinasakan? Kalau UMNO tak puas hati kerana mereka dilabelkan sebagai musuh Allah, itu hak mereka. Kalau UMNO tak puas hati kerana kita mendoakan ADUN mereka mati, itu hak mereka. Kalau mereka yakin doa kita itu tak akan dimaqbulkan Tuhan, itu hak mereka. Kalau mereka percaya bahawa mereka bukan musuh Tuhan, itu hak mereka. Kalau mereka nak kata bahawa kitalah yang memusuhi Tuhan, itu hak mereka. Kalau mereka pun nak berdoa supaya kita pula dibinasakan oleh Tuhan, itu hak mereka. Buatlah.

    Majoriti besar ulama' tempatan dan ulama' seluruh dunia mengakui UMNO zalim. Kecuali dua tiga kerat ulama' UMNO yang hidup semata-mata nak cari makan. Majoriti cerdik pandai tempatan dan antarabangsa mengesahkan UMNO zalim, jahat, melanggar undang-undang, merosak demokrasi dan rasuah parah. Krisis rampasan kuasa negeri Perak hanya cebisan kecil daripada amalan kesyaitanan UMNO yang maha mega.

    Kalau kita (penyokong PR) tak dapat mencari hujah untuk menolak keabsahan dan kewajaran cadangan pemanggil itu, maka eloklah kita gerakkan majlis munajat dan solat hajat bermai-ramai itu secara serius. Setiap individu penyokong PR juga bermunajat dan solat hajat setiap hari di rumah masing-masing. Siang dan malam. Mohon kepada Allah secara khusus. Minta matikan lima orang ADUN BN (termasuk ADUN bebas) supaya pilihanraya kecil dapat diadakan.

    Posted by Baginda Reformasi at 5:57 PM

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari