boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, May 15, 2009

Nizar VS Zambri - BN Dah Bersedia..

Salam Sejahtera...

Nampak gayanya Negeri aku akan menghadapi PRK kecil...jika kita melihat dari apa yang tertulis dari Surat Khabar UMNO...

Kemelut Perak: BN sedia hadapi pilihan raya

PUTRAJAYA 14 Mei – Barisan Nasional (BN) sedia berdepan dengan rakyat sekiranya Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak diadakan semula bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun berkata, pilihan raya DUN itu hanya satu pilihan ke arah menangani krisis tersebut tetapi bukanlah sesuatu yang harus.

Kata beliau, keputusan muktamad sama ada perlu diadakan pilihan raya negeri bergantung kepada budi bicara Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

‘‘Ia bukan sesuatu yang harus berlaku tapi bergantung kepada Sultan untuk mempertimbangkannya,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Najib mengulas cadangan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan semalam supaya DUN Perak dibubarkan bagi membolehkan rakyat negeri itu memutuskan parti mana yang sepatutnya mentadbir negeri tersebut.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menolak dakwaan bahawa kemelut politik di Perak menyamai krisis politik di Thailand yang sehingga kini tiada kesudahan dengan pertelingkahan dan tunjuk perasaan.

Sementara itu ditanya mengenai kedudukan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah setelah disingkirkan dari Parti Progresif Penduduk (PPP), Najib berkata:

‘‘Saya belum tentukan lagi, kita tengok dulu perkembangannya.”

Kepada satu soalan, Najib mengesahkan satu Konvensyen BN akan diadakan dalam waktu terdekat dan pengisian program itu sedang disediakan.


Harap-harap tu biarlah betul seperti yang dilaporkan tu... jangan cakap lain, tindakan selepas tu lain pula.....

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari