Salam Sejahtera...
Dekat waktu nak balik kerja tadi masuk satu SMS, mengatakan malam ini ada siri kuliah magrib yang akan disampaikan oleh DS IR Nizar di Masjid Jamie (Surau Al-Ikhsan) Taman Samudera..
Lagi 5 minit nak waktu magrib aku baru sempat nak pergi, kelam kelibut juga, lampu merah pun aku redah, sampai di Masjid tok bilai dah iqamah nak sembahyang. Alhamdulillah.
Selesai sembahyang, tok imamnya pula wirid pulak ikut macam biasa, sepatutnya kalau penceramah yang jauh, tak payahlah wiridnya lama-lama, selesai bagi salam ambik yang ringkas ajalah, istighfar, baca fatihah dan doa,, dapat juga jimat masa 5-6 minit, sepatutnya tok imam tu kena tahu, yang mana lebih aulad antara wirid dengan ceramah.
Selesai saja sembahyang sunat baqdiah, pengerusi majlis mengambil tempat mula berucap, tu pun nak berucap panjang juga, maca tak biasa dapat microphone, lepas tu tahu pulak ! ada rasa kesedaran diri, pengerusi majlis mengatakan yang mamkmum dok pandang ke dia seolah-olah nak rampas microphone,, nasib baik ia faham..., aduhai.. masing-masing nak tunjuk talent, maklumlah makmum ramai...
DS IR Nizar memulakan cermahnya dengan membaca ayat Al-Quran surah AlMaidah ayat 91 dan 92, ayat mengenai arak, judi dan bertenung nasib, (aku tak sempat nak copy ayat tersebut.., dah lewat malam, hangpa nak cari sendiri), selesai membaca ayat-ayat sebut ia cuba menghurai terjemahan ayat tersebut dengan cukup baik sekali sesuai dengan keadaan masa kini.
Selepas itu beliau menyoal kepada semua jemaah yang ada dalam masjid, SIAPA YANG TAK TAHU JUDI ITU HARAM?... Angkat tangan !... Tak ada seorang pun yang tangan,, jadi semua tahu judi itu haram.
Kesimpulan yang beliau ambil ialah dengan kejadian tersebut bahawa sanaya Allah S.W.T nak menunjukkan kepada Umat Islam terutama yang mengundi calon UMNO BN, bawa mereka yang kita sokong, bara api yang mereka beri.
Kalau dulu kejadian rasuah, penyalahgunaan kuasaa, sistem kehakiman dan berbagai lagi, tetapi rakyat mengandaikan "biasalah orang politik" tetapi kali ini bila bab judi yang secara terang-terang haram di sisi Islam, rakyat Islam hendaklah buka mata dan sedar dengan isu tersebut.
Masaalah judi bola ni tidak diperbesarkan dalam media uatama tempatan, dan ia pin tidak disamakan macam judi, ia diapanggil sport game (pertaruhan siapa yang akan menang), ini memang disukai oleh golongan muda dan mat rempit bila team bola pilihan mereka yang bermain, bial perkara ini berlaku, kelalaian pasti berlaku, ini yang kita bimbang.
Menurut Nizar, 3 hari lepas beliau pergi berceramah di Kluang Johor, Felda Ulu Penggeli, masing-masing tak biasa dengar nama felda tu, kat felda tu, setiap rumah penghuni felda katanya, semua ada sebatang keris besar tercacak dihadap rumah. dekat hulu keris tu terukir nama tuan rumah penghuni felda tersebut, felda tu birunya memang pekat umpama nila.
Kemudia di setiap tiang elekteri di tepi jalan di kawasan felda tu, sudah ditampal iklan-iklan along yang m,enawarkan pinjaman wang untuk judi bola., itulah bahana judi bola yang di taja oleh Najib.
Bila masaalah judi ni di bawa ke mufti Perak, Tok Harus, hanya mengatakan judi itu haram, tidak pula menggesa supaya dihentikan, tanya kat Jamil Khir jawabnya syyuupp, tanya kat Masitah pun sama syyuuppp, tanya kat ahli Parlimen MCA, mereka pun terkejut, mereka mengatakan jdui TOTO, Empat No Ekor pun dah terlalu parah untuk kaum Cina, ini ditambah pula dengan judi bola.
Jadi terbukti sudah, judi di Malaysia bukan atas permintaan bukan melayu, tetapi adalah kehendak Najib yang terhutang budi dengan Vinctent Tan dalam Kes Rampasan Kuasa Negeri Perak yang lalu. ITu memang kenyataan, kalau tidak kenapa lesen judi tersebut direct award kepada Vincent Tan. kenapa tidak dibuat open tender?...
Banyak lagi isu yang dimaklumkna oleh Nizar kepad ajemaah malam tadi, bab tanah keretaapi, bab isu Limbang dan PRK Sibu, PRK Sibu rupanya ramai pengundi Melanau yang menetap di pinggir Sungai yang serba daif kehidupannya umpama kita di Semenanjung 40 tahu dahulu.., mereka ramai yang tak keluar mengundi kerana kecil hati dianak tirikan, peruntukan berbelas juta hanya dihambur kepada kaum Cina Sibu, akibatnya PR yang menang.
Selesai ceramah, lepas sembahyang isyak, kepala otak aku ingat nak chow balik aja, baru nak keluar balik, terdengar nama aku dipanggil oleh Si Azam, beralih tengok depa ajak makan, aku cakap dah kenyang, rupa-rupanya DS IR Nizar ada sekali, panggil aku, malu alah pergi jugalah, makan setalam dengan DS nizar dan Amran Pegawai Khas, sempat aku berbual-bual isu semasa dengannya, yang ini tak payahlah aku cerita kat hangpa...entah untung apa aku malam tadi, dapat makan sekali dengan pimpinan, moga-moga ia akan menjadi sebagai satu saksi aku di mahkamah mahsyar nanti. Insyaallah.
Aku ada ada ambik gambar Nizar tengah memberi kuliah, tapi sayang entah apa meragam kamera, gambarnya tak jelas.. Nasib aku teringat nak ambik satu lagi snap gambar di atas tu..
Gambar ni dah selesai makan, Penasihat Surau Pak Asmade datang menjemput DS Nizar kerumahnya kenduri kahwin pada 20 Jun nanti... Apa yang geli hati Nizar tu tak tahu aku, itulah stailnya melayani pengundi-pengundi.... Hu hu .. aku ada sebelah ia tak jemput pun.. hu hu.. tak apalah..minggu-minggu kenduri ni banyak jemputan.....
jgn lepas ni ada larangan ceramah kat surau sudah!! puak-puak baghal ni mana tau beza ceramah agama/politik/isu semasa.. depa pukui sama ja.. yg tak kena dgn depa semua salah!
ReplyDeleteseronok nooo ada pemimpin mcm tu.. kami kat kulim ni ada jugak MP yang kononnya pejuang islam!! tapi haprak!!