Pages

Saturday, October 22, 2011

Kisah kebodohan Zulkifli Nordin tentang hukum Islam...


Oleh :



Zul Nordin jahil undang-undang Islam?

22 OKT — Ahli Parlimen Bebas YB Kulim Bandar Baru (KBB) bukan sahaja tidak asing dengan kontroversi. Bahkan umum mendakwa beliau telah sinonim dengan pembohongan dan memfabrikasi atau mereka-cipta pelbagai “fakta” untuk mensensasi pengkisahan apa jua cerita yang tidak masuk akal dan berlawanan dengan penilaian pemikiran yang waras.

Kalau semasa beliau bersama dengan parti lamanya lagi pun telah banyak kontroversi yang beliau cetuskan, antara lainnya tentang tambahan cerita “rempah-ratus” tentang simptom-simptom keracunan arsenik DSAI sehingga penulis ini (berkebetulan seorang Toksikologis) malu mendengarnya dan juga tentang hal-hal gejala murtad, apatah lagi hari ini, yang beliau telah, kononnya, menjadi ahli parlimen bebas. Pembohongan KBB telah meningkat kekemuncaknya dan kekesempurnaannya.

Kelmarin, dalam memperbahaskan Belanjawaan 2012, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bandar ini, sekali telah merancang untuk mengulangi “antic” atau gelagat kesukaannya. Penulis, yang berkebetulan sedang makan di ruang makan MP terpaksa bergegasan masuk mendengar perbahasan beliau kerana sudah tidak senang lagi untuk menghabiskan “lunchnya”. Amat malang sekali, Dewan sudah terlibat dengan satu “shouting match” ketika Kuala Selangor memasukki Dewan, setelah cubaan awal Kubang Kerian membuat pencelahan dan penjelasan tidak lagi dilayani oleh KBB.

Dua perkara utama yang dipertikaikan KBB lantas membuat kesimpulan dan menuduh bahawa Enakmen Syariah Terengganu (2003) dan juga Kelantan (1993) itu sebagai Hudud PAS, adalah bersabitan definisi Mukallaf dan Liwat.

Dalam menghuraikan kedua-dua isu ini, jelas bahawa beliau tidak langsung menunjukkan bahawa beliau mempunyai ilmu tentangnya khususnya Ilmu Syariah dan juga Undang-Undang Islam (Qanun).

Sebaliknya, apa yang nyata KBB sememang mempunyai niat jahat (mala fide) dalam membawa isu ini dalam perbahasan “Belanjawaan” beliau, guna untuk menjatuhkan kredibiliti Enakmen Syariah (Terengganu dan Kelantan) dan sekali gus maruah PAS sebagai sebuah parti dan Jamaah Islam yang mendukungi cita-cita untuk melakasankan Syariah Allah seperti yang dituntut Allah SWT.

Menyebut tentang hal “Mukallaf”, KBB mengatakan Enakmen tersebut kononnya bercanggah dengan Islam khususnya mengenai umur akhil baligh, apabila perlaksaan hudud hanya akan dikenakan ke atas mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

Menurutnya, "dengan hanya akan melaksanakan Enakmen tersebut terhadap mereka yang berumur 18 tahun ke atas, katanya ini bermaksud PAS telah mengubah hukum Islam yang mengatakan seseorang lelaki akil baligh setelah bermimpi, manakala perempuan pula setelah datang haid".

Katanya lagi, dari segi umur, “setelah berusia 15 tahun tidak juga bermimpi atau datang haid bermakna mereka telah dikira ‘mumayyiz’ dan sampai umur serta boleh dilaksanakan undang-undang Islam terhadap mereka”.

Dengan ini, terpaparlah kejahilan seorang yang selama kini memberi tanggapan dan perspesi kepada umum khususnya umat Islam bahawa dia arif agama khususnya perundangan Islam dan akan terus memperjuangkannya dan mendedahkan “Hudud PAS” dan pembohongan PAS.

Pertamanya, ternyata bahawa KBB tidak punya pengetahuan hatta tentang persoalan mumayyiz dan jahil bahawa penetapan persoalan “mukallaf” dalam enakmen adalah satu yang tertakluk kepada “Ijtihad”, bukan satu “Tetap-Thabit” yang punya nas yang Qat’iy.

Mumayyiz adalah umur yang boleh membezakan (sin al-tamyiz) yang sudah boleh membezakan baik-buruk dan lazimnya digunakan dalam perbincangan Fiqah, untuk kanak-kanak di sekitar umur 7 hingga 8 tahun. Zul Nordin semacam tidak ada pengetahuan langsung tentang perkara ini.

Zul Nordin melemparkan tuduhan bahawa “Enakmen” itu “Hudud PAS bukan Hudud Islam sebenar” kerana dakwaan kononnya bahawa “telah mengubah hukum Islam”. Tegas beliau, “ini jelas bercanggah dengan Islam yang mewajibkan dilaksanakan hudud setelah seseorang itu ‘mumayyiz’ iaitu yang telah mencapai usia 15 tahun”. Zul Nordin juga menyanggah “Enakmen” ini kerana menetapkan umur “Mukallaf” sebagai 18 tahun.

Jelasnya KBB tidak ada pengetahuan tentang pandangan imam-iman Mazaahib. Jumhur ulama termasuk menetapkan 18 tahun sebagai umur matang atau mukallaf (sin al-rashd). Pokoknya urusan menetapkan umur itu adalah satu perkara Ijtihadi. Ia bukan satu yang tetap bahkan tertakluk kepada Ijtihad.

Orang yang ada sedikit pengetahuan tentang Syariah dan perundangan atau Qanun Islam akan tahu bahawa is perlu diqanunkan dalam “proses legislative” untuk menjadi undang-undang didalam sebuah negeri dan negara. Zul Nordin menyerlahkan kejahilannya dalam mempertikaikan perkara segampang ini.

Penetapaan perkara-perkara seperti mungkin sahaja akan mengalami perubahan kerana perhitungan-perhitungan itu termasuklah mengambil kira hal-hal adat dan budaya setempat sesuai dengan kaedah Usul al-Fiqh — “Al-Adat Muhakkamah”. Itu yang menyebabkan Imam as-Syafi’e membuat perbezaan Ijtihad dalam urusan “Sin al-At-Taqaa’ad” — umur putus haid yang berbeza, semasa di Baghdad (Qaul Qadim), Iraq berbanding Kaherah, Mesir (Qaul Jadid). Semua ini perkara-perkara ijtihady atau “umurud ijtihadiy”.

Zul Nordin lalu menghukum Enakmen Syariah (Terengganu dan Kelantan) sebagai Hudud PAS kerana menetapkan umur 18 tahun sebagai takrif Mukallaf (sin al-rashd) atau “Age of Maturity”. Malang bagi seorang yang ada pendidikan Undang-undang Common-Law, langsung buta dan jahil tentang Undang-undang Islam.

Cubaan beliau untuk menjatuhkan kredibiliti Enakmen Syariah Terengganu dan Kelantan tentang Hudud adalah lebih jahat lagi. Usaha beliau untuk mencemar Enakmen Syariah sekaligus menjatuhkan kredibiliti Syari’ah Islam mengikut tanggapan umum.

Dengan merujuk kepada Seksyen 14 Enakmen Syariah Terengganu yang menyebutkan bahawa takrif tentang liwat, antara lainnya ialah hubungan seks antara lelaki dan wanita, di mana seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri.

Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat. Zul Nordin mendapat peluang menegaskan perkara ini tatkala Kinabatangan “melabongkan” soalan dengan kembali bertanya “Apakah Hudud PAS ,mengizinkan suami melewat isterinya”.

"Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat”.

"Tetapi dalam hudud PAS, itu tak dikatakan liwat. Maknanya suami boleh berbuat begitu dalam hudud PAS walaupun ia jelas bercanggah dengan ajaran Islam," kata ketika berucap pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Dengan itu, menurut beliau, enakmen tersebut bukanlah undang-undang Islam, tetapi hudud PAS yang dibuat oleh mereka yang kononnya tidak faham dengan undang-undang Islam tetapi hanya berlagak pandai untuk kepentingan politik.

Dalam hal ini, Zul Nordin benar-benar bukan hanya mempamerkan kejahilan tentang undang-undang Islam tetapi juga tidak tahu membaca undang-undang umumnya.

Perkara Seksyen 14 itu membawa satu maksud “Proviso” atau “Pengecualian” (Istisna’). Bermaksud “Liwat” ditakrifkan sebagai hubungan seks antara lelaki dan wanita, di mana seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri.

Ini bukan bermaksud ke atas isteri itu di bolehkan! Tetapi ini bererti memasukkan zakar dalam dubur isteri itu tidak jatuh dalam “Hukum Hudud” seperti yang lain, tetapi tetap ia satu kesalahan yang termasuk dalam “Hukum Takzir”.

Hukum Hudud memerlukan satu pembuktian yang terlalu “berat”, justeru kerana mungkin sahaja boleh timbul “syubahah” di antara suami-isteri maka, Ulama’ tidak meletakkan kesalahan suami ke tas isterinya itu sebagai dalam “Hukum Hudud” tetapi Hukum Takzir yang proses pembuktian adalah lebih “ringan” untuk disabitkan hukuman. Namun ia tetap salah dan berdosa sebagai satu jenis jarimah atau jenayah syari’ah dalam Islam. Zul Nordin menzahirkan kebodohan dan kejahilannya sekali lagi!

Perkara yang sama telah pernah dibangkitkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Zaid Ibrahim berhubung isu itu.(UM 30 Ogos 2003) dan telah pun dijawab oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato Harun Taib.

Zul Nordin dan seangkatan dengannya, jelas membuktikan mereka jahil dengan perundangan Islam. Itu masih boleh dimaafkan kalau kita bersedia belajar. Tetapi bertegas akan pendirian itu adalah sangat membimbangkan Takut-takut kita akan menjadi “sesat dan menyesatkan” seperti disebutkan oleh RasulAllah (saw) — “Dhollu wa Adhollu”!

Kami akan mengusulkan supaya KBB dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk diadili atas segala usaha beliau menyelewengkan Dewan pada perbahasan belanjawaan beliau itu.

Allahu’ Alamu bit-Thawab!


Link : zul-nordin-jahil-undang-undang-islam/



6 comments:

  1. orang bukan islam tak pernah menggangu ISLAM untuk disempunakan.
    ISLAM tu akan duganggu oleh orang islam tu sendiri ( ini berlaku semenjak zaman nabi lagi )

    ReplyDelete
  2. salam skot,, mangkok ni jika dalam navy aku pulak yg ngajr dia,,, MUAK n MUNTAH hijau aku kerja kan ni ,,,,,, muko dia ni ada iras iras muko hero cikaro,, hahhahahahah

    ReplyDelete
  3. asal ni anon 8.34 am....kerja nak burukkan MM aje

    ReplyDelete
  4. ManjungMari....Mat Nizar bayor berapa ribu ? sebulan kat hang..rumah pun makin sakan nampaaakk...hasil dari kerajaan yg Zalim....Ceramah Surau Green kaler tuu ...Ce slow skit volume pagi2 buta ceramah Politik..hang ingat semua org suka kerr ???....ingattt laaa HAK orang len sama........ >> JIRAN HANG

    ReplyDelete
  5. cerita bergegar-gegar kalau kat org islam sendiri. tapi kalau pad kaum yang satu lagi tu kau diam lak mm, camner tu?

    ReplyDelete
  6. islam mengajak pada perpaduan bukan perpecahan mm, camner tu?

    ReplyDelete