Pages

Wednesday, October 5, 2011

PAS disakat dengan hudud

Oleh


PAS disakat dengan hudud

October 05, 2011

5 OKT — Belum pun reda isu Mat Sabu dengan peristiwa Bukit Kepong, maka dipanaskan semula dengan isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

Kerajaan PAS Kelantan dicabar oleh pemimpn-pemimpin Umno supaya melaksanakan hudud di Kelantan.

Enakmen hudud itu telah siap dan diluluskan oleh DUN Kelantan dan DUN Terengganu semasa negeri itu diperintah PAS dari 1999 hingga 20 dulu.

Pelaksasnaan sepenuhnya terhalang kerana disekat oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir. Apabila PAS dicabar supaya ia dilaksanakan, maka PAS menyalahkan bekas Perdana Menteri itu.

Dr. Mahathir sekarang mencabar kerajaan Kelantan melaksanakannya kerana dia tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Tanyalah Perdana Menteri sekarang. Dan adalah loyar buruk Umno mengatakan ia mahu melaksanakannya jika diberi peluang memeriah Kelantan. TPM Muhyiddin Yasin konon nyatakan dia tidak anti hudud.

Apa yang Umno panaskan itu adalah sekadar untuk menyakat PAS dan melagakan muafakat PAS dengan sekutunya dalam Pakatan Rakyat. Gara-garanya terjadilah sekit keributan kecil secara sambil lalu antara kerabat Pakatan Rakyat itu kerana isu itu tidak pernah mereka bincang.

Pelaksanaan hudud pada tahap ini bukan isu PAS dan Pakatan Rakyat tetapi ia adalah isu Umno. Ia sekadar hendak menyakat PAS kononnya PAS hanya bersendiwara dalam hal itu, sebaliknya PAS dikatakan telah menjual perjuangannya kepada DAP dan PKR.

Lakukan apa jua belum dapat muafakat PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat itu dapat dipecahkan, malah mereka tambah padu terutama dalam projek menawan puncak kuasa di Putrajaya sekarang.

Hudud dan negara Islam memang tidak termasuk dalam pekej kerjasama PAS dan sekutunya baik dalam Buku Jingga yang menjadi menifesto politik Pakatan malah tidak dibayangkan akan jadi isi dalam kerajaan yang cuba ditegakkan.

Pakatan itu ada agenda yang lebih penting yang disetujui oleh semua pihak dan yang diperkenan oleh masyarakat pengundi.

Ada pun hudud dan negara Islam adalah suatu yang sudah bertaut dalam PAS dan hal yang tidak boleh delekangkan dari PAS.

Sekali pun PAS mengambil keputusan untuk melupakan perjuangannya atas dua perkara itu, dan jika ditakdirkan berlaku perubahan dalam pimpinannya lalu mengumumkan hudud dan negara Islam tidak lagi menjadi perjuangannya, nescaya tidak ada orang yang percaya PAS akan menggugur perkara itu.

Saya tidak fikir Umno akan benar-benar percaya. MCA, MIC dan PPP tidak akan percaya PAS akan melupakan perkara itu. Sekali pun PAS akan berkata, ‘Kami potong kepala ayam, kami tak perjuangkan lagi hudud dan negara Islam,’ tidak orang yang percaya.

Katakanlah DAP kerana sudah terlalu kenal dengan PAS ia akan percaya, tetapi CIA dan Nato tidak akan percaya. Mereka tetap akan memasukkan dalam fail yang perlu diperhati dan dihati-hati.

Dalam suasana seperti itu tiada bijaksana bagi PAS untuk berkata ia tidak akan melaksanakan hudud sekarang dan melucutkan cita-citanya, malah tidak bijaksana juga jika ia berkata, hudud mesti dilaksanakan juga sekarang.

Maka ia lebih bijaksana menumpukan segala usaha bagi menggembeleng perubahan politik dan pemerintahan, kerana mewujudkan pemerintahan yang adil tanpa rasuah itu adalah lebih utama.

Ada pun hudud itu adalah sebahagian imam PAS kepada Allah, RasulNya dan KitabNya. Seperti Nabi Nuh a.s. aqidahnya tentang Keesaan Allah selama seribu tahun tidak pernah tercapai tetapi pegangan imannya tidak luput sama sekali.

Apa yang PAS capai tentang enakmen hudud itu ialah ibarat memandu kereta yang terpaksa berhenti apabila berdepan dengan isyarat lampu merah. Injin motokar tidak dihentikan kerana menunggu isyarat lampu hijau. Tidak boleh motokar berjalan ketika lampu merah, nescaya ia merempuh kereta lain jika berjalan juga ketika lampur merah.

Bersabarlah menunggu datangnya lampu hijau. Kita tahu mungkin ada teknik lampu itu rosak, tetapi tidak bijak bagi pemandu melanggar lampu merah.

PAS boleh bersama dengan PKR dan DAP membentuk kerajaan pusat tanpa hudud serta merta. Kiranya berterusan juga keruntuhan akhlak seperti yang ada sekarang dan jenayah menjadi-jadi juga, ketika itu bolehlah disampaikan mesej, ada pun ubat bagi penyakit itu yang dianjurkan oleh Islam ialah hudud.

Cubalah apa juga sistem dan undang-undang, jika tidak berjaya juga, maka apa salahnya dicuba pula apa yang dianjurkan oleh Islam.

Kita percaya sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat bukanlah terdiri dari orang-orang yang bebal seperti Umno dan MCA. Umno tahu hudud itu antara ciri-ciri iman tetapi ia bebal.

Jika Lim Guan Eng dapat melihat indahnya pentadbiran Islam di bawah Khalifah Umar Abdul Aziz, dan ramainya tenaga muda DAP yang memandang indah tentang beberapa kebaikan Islam, tentulah peluang dan kesempatan bergaul lama dengan pimpinan ulama dalam PAS memberi tempat masa depan yang baik bagi hudud.

Jika kita menunggu lebih 50 tahun di bawah Umno/BN yang bebal dengan hudud kita tidak dapat apa-apa, maka apa salahnya kita menunggu 20 atau 30 tahun lagi bersama rakan-rakan yang tidak bebal.

Maka apabila ada suasana yang kondusif, lampu hijau mula menyala, undang-undang hudud yang sudah dirangka itu boleh digunakan, kita tidak tertunggu untuk mencari dan menggubal yang baru.

Saya menunggu saat itu kerana pahala dari ibadat yang sedikit adalah berganda-ganda dari pahala di zaman membangkul sampahkan peraturan itu.


Link : abdul-subky-latif


1 comment:

  1. Penggunaan perkataan "sakat" amat sesuai disini. Pemimpin-pemimpin PAS memang selalu "kena sakat" oleh UMNO dan terus melenting tak tentu-arah.Nak katakan kena penyakit "latah" tak munkin,tapi itulah yang kerap berlaku,kuat melatah.Ada ketikanya komen-komen yang bernas diperlukan,tak dengar pulak buat komen,terus membisu.Kadang kala,tak hujan,tak panas,buat komen yang merugikan PAS dan Pakatan Rakyat.Nak tengok zaman "Era Baru" ni,kalau-kalau ada perubahan.

    ReplyDelete