Pages

Tuesday, October 25, 2011

Sayur dan rojak ada di dalam parti BN


BN parti ‘rojak’ dan ‘sayur’



Oleh.

MOHD RASHIDI HASSAN rashidi@harakah.net.my

SIDANG Parlimen yang bermula awal Oktober lepas, bermula dengan hambar dan kelam kelibut. Kerajaan Umno-Barisan Nasional menunjukkan dengan jelas bahawa mereka tidak mampu menyusun pembentangan Rang Undang-Undang (RUU), Usul mahupun Belanjawan dengan cermat.

Umno-BN seolah-olah diburu bayangan hantu apabila, selepas sehari menarik balik RUU Kg Baru 2010, dikemukakan satu RUU baru dan diluluskan dengan amat tergesa-gesa sehingga Ahli-Ahli Parlimen (MP) Pakatan Rakyat tidak sempat menelitinya terlebih dahulu.

Begitu juga pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Kebiasaannya MP dibekalkan dengan buku belanjawan, beserta dengan Laporan Audit Negara, untuk dibahaskan bersekali. Namun kali ini semua peraturan itu dilanggar dan tidak dipatuhi, semata-mata kerana mereka masih mempunyai kuasa majoriti.

Parlimen bukannya sekolah rendah kebangsaan. Sekolah pun ada silibus, ada homework yang diberikan lebih awal untuk murid-murid membuat persediaan. Parlimen tidak harus jadi lebih cacamerba dari sekolah umum buta huruf.

Parlimen adalah sebuah institusi yang tinggi integritinya. Kesucian dan kemuliaannya harus dipertahankan kerana ia merangka, merencana serta menentukan dasar-dasar negara.

Mana mungkin sebuah institusi semulia Parlimen 'dibulldoze' sesukahati ikut sedap hati penguasa yang rakus. Kerakusan penguasa dalam membentang dan meluluskan apa-apa usul di Parlimen khususnya dalam soal Kg Baru, hanya menyerlahkan sikap tamak haloba mereka untuk menjarah harta rakyat.

Umno-BN meminda RUU dan akta, membentangkan Belanjawan secara terburu-buru serta tidak rasional. Seolah-olahnya mereka hendak cepat-cepat mencari dana menampung belanja pilihan raya.

Soal tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) masih lagi menjadi perbualan hangat. Ada yang kata bulan Disember selepas musim haji. Ada yang kata selepas Hari Raya Cina, Februari atau Mac tahun hadapan.

Hakikatnya, pada bila-bila masa pun Umno-BN harus gamble. Mereka sedar, tiada lagi majoriti dua pertiga. Itu dah jadi mimpi. Yang mereka pening sekarang, ialah cuba mencari formula bagaimana hendak mengekalkan kuasa dengan simple majoriti.

Kebimbangan BN terpancar dari perbualan beberapa orang MP BN di satu sudut Parlimen sewaktu rehat. Sambil-sambil menghirup kopi, mereka berbicara tentang masa depan mereka.

"You ingat selepas PRU ini kita masih ada di sinikah?" tanya MP A dari Umno kepada rakan-rakannya.

"Tak taulah, report dari bawah (rakyat) pun macam tak ok, hari tu TPM (Muhyiddin Yassin) turun kat bahagian aku, report kelabu lagi" jawab MP Umno yang lain.

"Aku ingat kerusi Umno ok, parti komponen lain (MCA, MIC, Gerakan) mana boleh jamin," getus MP A tadi.

"Sebab itulah kita minta you orang sikit rasional, kalau tak boleh menang, kasi sama Umno," kata MP Umno lain kepada MP-MP bukan Melayu di situ.

"Haiya, mana boleh itu macam kawan, kita dalam BN mau kasi sama peluanglah," kata MP B dari MCA.

"Betul tu, kitakan 1Malaysia, kita mesti tolong-menolong, kasi hak (kerusi sama) bukan Melayu," kata MP C dari MIC.

"Patut you orang kuat dalam komuniti sendiri. Macam Umno kuat dalam kawasan Melayu. Ini MCA mau lari, Gerakan mau lari, macam mana BN boleh menang," getus MP A, merujuk kepada hasrat Presiden Gerakan dan MCA untuk mencari kerusi selamat.

"Jangan itu macam kawan, kalau macam tu MIC mana ada kerusi majoriti India," getus MP C.

"Itu sebab Zahid Hamidi (Naib Presiden Umno) cakap, parti komponen BN kena rasional, kalau tak boleh menang, kasi kerusi sama Umno la," kata MP A, menegaskan hujah.

"You orang la kena kuat, tarik Cina, India sokong balik BN," getus MP Umno yang lain.

"Haiya kawan, macam mana mau tarik Cina. You Umno sekejap 1Malaysia, sekejap 1Melayu, macam rojak. Susah ini macam maa, Cina lari la," kata MP B sambil berdengus.

"Betul tu, bila polisi Umno sudah macam 'rojak', MCA, MIC, Gerakan jadi 'sayur' lah, habis tak ada future," kata MP C bersungguh-sungguh.

Bagaimanapun perbualan yang hampir menjadi panas itu terhenti seketika. Masing-masing terdiam apabila loceng masuk ke dewan jam 2.30 petang berbunyi.

Masing-masing bangun perlahan-lahan dari tempat duduk, seperti orang kemalasan, bergerak perlahan-lahan menuju ke dewan. Masing-masing meninggalkan tempat duduk dengan persoalan masa depan yang bersarang di kepala.

Pening memikirkan masa depan diri, masa depan parti yang sudah menjadi 'rojak' dan 'sayur'.

Barangkali mereka sudah mula menerima hakikat bahawa pada sidang hadapan, belum tentu kerusi empuk yang bergelar Ahli Dewan Rakyat, menjadi milik mereka lagi.




9 comments:

  1. Matlamat MENGHALALKAN cara itu benar belaka !! Jom ramai ramai kita tinggalkan Pas

    ReplyDelete
  2. Semua pemimpin BN dari atas sampai
    kebawah tiada kualiti sebagai seorang
    pemimpin.Mereka tidak serius untuk
    mentadbir negara.Yang penting bagi
    mereka hanya 'survival' politik
    dan mengaut kekayaan negara.Jahanam
    BN!

    ReplyDelete
  3. Kami sangat kecewa dengan sikap hipokrit pemimpin2 Pas kita..kita pas telah jauh tersasar dari matlamat asal perjuangan kita, kita Pas perlu berubah jika mahu terus survival > Ahli ahli Pas yang Kecewa

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah kami pun dah bersedia untuk tinggalkan Pas fed up sangat dengan sikap pemimpin kita Pas yang hipokrit hanya pandai bercakap kita sebenarnya berdosa dengan orang melayu seagama kita,masih sayangkan Pas tapi kesal dan kecewa dengan pemimpin2 kita.
    Ahli Ahli Pas Bukit Gantang Perak

    ReplyDelete
  5. Poorah. Smua ni cybertrooper umnoapco yg berlagak mcm org pas. Org PAs ada tarbiyyah la, bknnya umnoapco yang tau fulus....lucah, porno... dll. mampus umnobn.

    ReplyDelete
  6. Tuan anon 11:26PM ana Rase anon2 di atas bukan lah seperti tuan kata menyamar mereka kawan kawan kita juga, dah merata tempat ana pergi kebanyakkan kecewa dengan sikap kepimpinan kita, hari ni kita kena mengaku kesilapan kita,tidak perlu lah ego politik kita terlalu menebal..Ana minta maaf

    ReplyDelete
  7. ramai umno cuba nyamar jadi pas, pooorah umno tulin belaka tu...cara nulis dah tau umnobodoh

    ReplyDelete
  8. ya betol kita sebenarnya berdosa pada bangsa sendiri kita merasa islam kita lebih Islam dari Umno padahal kita lebih teruk dari Umno wahai rakan2ku dalam Pas kita perlu muhasabah diri

    ReplyDelete
  9. siyes ah...
    blog ko ni MM banyak gile troll...

    yg xtahan sejak bile tah org umnuu pandai pakai ana..ana...umnuu slalu pakai aku je..kahkahkahkah...

    da tedesak sgt anon2 yg kat atas tu komen..ntah2 TM kot yg dok penuhkan ruang komen neh..hahaha...org PAS kunun..blah la...

    ReplyDelete