Pages

Saturday, November 19, 2011

Dr Azizah calon UMNO PRU13 DUN Pasir Panjang menentang DS IR Nizar

Nampaknya strategi UMNO Lumut untuk merampas kerusi DUN N51 Pasir Panjang dari MIC dah menjadi kenyataan, kerusi DUN Pasir Panjang selepas diwujudkan sebelum ini adalah kerusi tradisi MIC,,,

Selepas MIC tewas pada PRU12 2008, UMNO Lumut nampaknya dah berjaya merampas kerusi tersebut untuk dipertandingkan oleh calon UMNO,, bijak juga kepala otak Najib dsengan mewarwarkan calon winable candidade... MIC terpaksa berputih mata.....





Apa yang aku nak cerita, pagi tadi dalam kuliah pagi sabtu, sempat berbual dengan seorang sahabat bila penghujung kuliah dekat nak balik tadi,, sahabat aku ni telah dijemput oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memberi kulaih motivasi buat-buat kaum wanita di sebuah hotel di Lumut...

Pada hari keduanya itu, datang Dr Azizah (dalam gambar) Ketua Wanita UMNO Lumut turut mendengar sekali sahabat aku ni memberi ceramah tersebut sehingga selesai... apa bila selesai tiba waktu makan, Dr Azizah ni menjemput sahabat aku ni makan sekali bersama-samanya,,,

Dalam waktu makan, Dr Azizah telah membuka cerita,, yang ia bakal dicalonkan sebagai calon UMNO DUN Pasir Panjang, untuk menentang Nizar,, dan Dr Azizah telah memohon jasa baik sahabat aku ini untuk membantunya apabila PRU13 nanti,,,

Sahabat aku ni secara berseloroh bersetuju,, tetapi biasalah,, kenalah bayar,,, tanpa soal banyak, Dr Azizah menjawab,, memang ia akan bayar,, tak minta tolong percuma,,, wakaka.... aku cakap kat sahabat aku,, bila lagi nak rasa duit calon UMNO,,, ngap la....

Ha ha ha.. berperang sakanlah UMNO Lumut nanti, sebabnya Naib Ketua UMNO Bahagian Lumut Rashidi Ibrahim pun tengah dok atur strategi juga,, sekarang ni semua program guru-guru daerah Manjung si Rashidi ni yang dok bagi tajaan....

Kita lihat,,, siapa yang bakal menang dapat perhatian Zambry a/l Kadiaq untuk mencalonkan di DUN Pasir Panjang,,, Rashidi anak lahir Pasir Panjang, pengaruhnya kuat,,, tetapi kelayakan pula dapat kat Dr Azizah, tapi dia ni orang Telaga Nenas Air Tawar,, bukan anak tempatan Pasir Panjang... sia-sialah UMNO cawangan Pasir Panjang dok perjuangkan kerusi ini, last-last dapat kat orang telaga nenas...

Apa pun jangan risau,,, aku tetap dengan pendirian aku,,, siapa bakal calon yang akan aku sokong,,, aku tak kira calon melayu atau bukan melayu,, yang penting calon tu lawan UMNO... itu calon yang aku sokong....

Hangpa nak kata apa kat aku,, aku punya pasal la, siapa yang aku nak undi,,, ini negara demokrasi,,tak puas hati juga,,, aku tetap lawan UMNO...jangan risau,, dalam rumah aku dah ada 4 orang pengundi berdaftar.... Insyaallah, keempat-empat tu akan tolak UMNO...... ,






10 comments:

  1. getik aku nengok blogger pencacai umnoNovember 19, 2011 at 1:18 PM

    err.. nak jugak ka makan duit calon umno? kalau dr azizah tu menang nanti tak rasa apa-apa ka?

    eeeii biaq la papa kedana asal tak jadi mcm mat ezam.

    apa-apapun jom tolak BN

    ReplyDelete
  2. Nizar lilin mau lari ke mana lak ??....ada takut ke..haiyaaaaa !

    ReplyDelete
  3. bagus..teruskan nizar bertanding lagi dapam pru13..awak bagus

    ReplyDelete
  4. Salam Manjung Mari.....
    Aku berasal dari Kg Sungai Tiram, Lekir.....
    Aku akan pastikan semua keluarga aku seramai 6 orang mengundi Pakatan rakyat....Aku juga pastikan semua saudara mara aku, sahabat handai,jiran jiran, psesara pesara kerajaan dan lain lain kaum yang aku kenali supaya mengundi Pakatan rakyat....

    ReplyDelete
  5. Seramai lebih 70 org pemuda Batu 10 Lekir beikrar utk menangkan BN pada PRU13 akan datang semalam..sebahagian yg layak telah pun mingisi borang keahlian UMNO.

    ReplyDelete
  6. rashidi boleh guna isu suami dr azizah songlap duit peruntukan (umno tak kecoh sebab sumber duit tu pun tak betul), lagi satu dr azizah tu 'penyelaras dun pasir panjang' elaun dibagi oleh kerajaan pusat tapi masalah di pasir panjang tak tahu apa?! ini ketua kampung bgtau semasa kes kubur Islam dipindahkan keluar dr teluk rubiah. bab cikgu rashidi ni semasa isu non muslim masuk masjid surau dialah org yg paling hingap, tapi pemuda kg dia sendiri meluat bila tgk dpn mata dia duduk sama dgn mamat india non muslim gebang2 dan akhirnya rashidi tandatangan satu kertas....kertas projek la tu! ckp mcm keling, tapi dia sendiri duk 'deal' dlm masjid, ...... masuk masjid takde mslh kata pemude tu, tapi duk 'kawtim' tu apa kejadah dlm rumah Allah.

    Skang nak panggil meeting pemude, rashidi terpaksa tipu ckp ada mesyuarat bola, skali tipu boleh la kata pemude tu, next pakai reason yg sama takde pemude yg turun.

    ReplyDelete
  7. pastikan Ds Nizar menang di DUN Pasir Panjang.

    ReplyDelete
  8. aku tinggalkan semenjak pas bergabung dengan dap.

    ReplyDelete
  9. TAPI KOME JANGAN LUPE ADE SEORANG LAGI CALUN YANG BERKALIBAR SELAIN DARI DEME KEDUA-DUA ORANG NI.DIE NI ADALAH PANGLIMA DR ZAMRY YANG DIGERUNI OLEH UMNO SENDIRI MALAH PAS DAN PKR.BANYAK PENGARUH DISEMUA PERINGKAT MASYARAKAT.TERKENAL BUKAN HANYA DIMANJUNG MALAH SELURUIH PERAK PUN KENE DIE NI.INILAH PERTEMBUNGAN BUKU DENGAN RUAS;ANAK DENGAN BAPA;SIAPA YA.....ITULAH JAMALUDDIN ATAU JAMAL ATAU JAMAL JP.SATU SERI MANJUNG KENAL DIE NI.SELURUH NELAYAN KENAL DIA.MISAI TEBAL DAPAT MEMPENGARUHI.......DAN SEYUM SELALU ITULAH GULA PEMANIS DALAM MEMPENGARUHI PENGUNDI.APAMACAM...........

    ReplyDelete
  10. Apa yang saya dapati DUN Pasir Panjang ini sejak dari dulu, sekarang dan mungkin selama-lamanya tidak ada apa yang membangun selain dari kilang di batu 10 Lekir yang dibangunkan oleh swasta. Yang ada hanya jambatan dan jalan raya menghubungkan Teluk Intan ke Manjung. Itu pun di sebabkan pembangunan di daerah lain iatu di Seberang Perak perlu dihubungkan ke Manjung. Tiada apa hendak dimegahkan di DUN Pasir Panjang oleh BN dulu, sekarang dan selama-lamanya. janakuasa elektrik TNB dan kilang aluminium di Teluk Rubiah terlalu hampir dengan kawasan penduduk yang ramai dan bandar Seri Manjung. Perkara ini sepatutnya tidak boleh berlaku kerana menjejaskan kesihatan penduduk Manjung kini dan selama-lamanya. Kali inilah jika PR memerintah Perak diharap akan ada perubahan yang dibanggakan seperti jambatan dari pekan Bagan Datok ke Kayan. Di harap kawasan Bagan Datok pun jatuh ke tangan PR juga. Insyaallah.

    ReplyDelete