Pages

Tuesday, November 15, 2011

Ibrahim Ali menghina AlSultan Kelantan semasa Hari Keputeraan tuanku..

Pertama sekali aku ingin sampaikan ucapan terima kasih kepada seorang pembaca yang prihatin apa yang berlaku ini, sanggup bersusah payah menelefon aku, kemudian mencari dimana rumah aku untuk menghantar gambar dari keratan akhbar Mingguan Malaysia Ahad lepas... Terima kasih...

Tak payahlah aku tulis lagi apa isi cerita sebenar, kerana aku dah lampirkan keratan berita tersebut....



Lihat gambar diatas, dimana letaknya kain selendang (selepang) yang dipakai oleh Zahid Hamidi dan dua orang lagi dengan Ibrahim Ali,, Ketiga-tiga mereka kain selendang tu letaknya di atas bahu kanan, dan Ibrahim Ali seorang sahaja berbeza di sebelah kiri....



Selendang disebelah kiri hanyalah Sultan-sultan dan raja-raja melayu sahaja..Inilah protokol pemakaian kebesaran diraja...

Kenapa boleh jadi begini buat Ibrahim Ali, apakah ia merasakan dirinya setanding dengan Sultan-sultan disebabkan jawatannya sebagai Presiden Perkasa yang KONONnya menjaga kepentingan Melayu dan UMNO.... atau pun beliau sengaja nak tunjuk sikap gedebenya terhadap AlSultan Kelantan walaupun kenyataannya di akhbar diatas itu berlawanan dengan perbuatan yang dilakukan...




1 comment:

  1. natey braheng ali ni meme jenih palo masuk minyok slendar..jenih bengong bedo'oah na..gilo dok teppat..

    ReplyDelete