Pages

Friday, November 18, 2011

Isu bantuan RM100 buat pelajar - Kebajikan atau umpan..

Bila baca kisah ini di kosmo.

Aku tak tau macam mana nak mula cerita... Nampak macam baguih untuk rakyat iaitu ibu/bapa/penjaga pelajar... Tetapi adilkan tindakan tersebut, Bagi ibu bapa yang masih berhutang dengan pihak sekolah tentu senyum bila dapat arahan sebegini, tetapi sesuaikah dengan cara sedemikian...

Beruntunglah mereka yang mendapat habuan, hutang yuran dan sebagainya untuk anak-anak mereka tak perlu dibayar berbanding dengan ibubapa pelajar yang sentiasa membeyara apa yang ditetapkan pihak sekolah...

Malah aku rasa cukup sedih bila membaca satu komen keluhan mungkin dari seorang guru rasanya. aku copy paste kembali..

dukun melayu berkata...

muhyudin marah cikgu potong duit rm100

Jawapan Seorang Guru Tentang Isu Potong Duit Rm100.


Sekolah saya ada beberapa orang waris yg masih belum menjelaskan yuran awal tahun. Minta dah banyak kali, tulis surat dah banyak kali. Lagipun yuran yg hendak di jelaskan itu sekitar RM20 hingga RM40 je.

Suruh bayar sikit2 pun tak mahu. Sekolah dah nak tutup tapi yuran masih tak bayar. Kalau Guru Besar yg baik atau ada guru yg prihatin selalunya duit depa lah kena korbankan. Apa salahnya pihak sekolah memotong sedikit duit tu utk jelaskan yuran.

Buku2 kehadiran kita kena audit. Kalau dia tak bayar yuran, mmg akan menyusahkan pihak sekolah balik, jadi tolong jangan tuduh guru2 dan GB.

"Korban Guru"

Sekolah saya je setiap tahun mesti ada aje guru yg kena korbankan duit gaji dia sebab nak settle benda2 mcm ni. Ibubapa cam ni mmg tak bertanggungjawab.

Dah dapat bantuan pun masih tak mahu menjelaskan yuran. Duit tu pun tujuannya utk benda2 cam ni bukan utk belanja makan KFC.

Tuan2 dan puan2 tolonglah bersangka baik dengan pihak sekolah.


Tadi ada sorg guru sekolah saya kena marah dengan gb sebab ambil duit hutang yuran dari seorang bapa dari duit bantuan tu. Tapi bapa tu sendiri yg sukarela nak bayar dengan duit bantuan tu, bukan cikgu tu paksa.

"Kanan Diajar, Kekiri Pulak Dia"

Cikgu tu cuma ingatkan dia ttg bayaran yg masih belum di jelaskan. Tolong hentikan segala tuduhan pada kami ye.... Semua duit yang kami minta parent bayar masa awal sekolah adalah atas arahan pihak atasan bukan kami pandai-pandai nak letak yuran.


Kalau boleh kami tak mahu parent bayar sesen pun sebabnya nak urus duit mereka tu bukan senang. Kami ada buku rekod kehadiran di mana semua bayaran yg telah di sahkan akan di rekod dalam buku ini dan buku ini pula akan di audit.

Jadi nak tak nak kena bayar juga. kalau cikgu2 tak mahu bayar, kami akan minta PIBG bayarkan. Selalunya ibubapa yang nak bayar akan bayar sikit-sikit contohnya sebulan RM10 pun kami terima, yang masalahnya ni parent yg tak mahu bayar langsung.

Tengoklah dah dapat duit RM 100 pun masih mengadu yg duit mereka di potong oleh pihak sekolah kerana bayar yuran anak mereka yg tertunggak. Memang tak reti bersyukur. .. ada juga yg cikgu bayarkan yuran tapi tak reti nak berterimakasih.

Aku rasa profesion perguruan adalah satu kerjaya yg selalu kena pakai duit sendiri utk selesai masalah sekolah. Ada satu sekolah tu tiap cikgu kena bayar rm10 sorang utk byr duit elektrik

17 November 2011 9:40 PTG..

Inikah carnya UMNO nak didik rakyat supaya bertanggungjawab... nampaknya UMNO lebih kepada nak merosakkan rakyat...

Kalau betul UMNO nak menolong rakyat, adalah lebih baik skim PPPTN tu ditukarkan kepada biasiswa,, tak payah dok tekan ambik tindakan mahkamah suruh pemimjam bayar.., silalah lakukan itu,,, .

Buat para pelajar/ibu/bapa...ingatlah umpan mata pancing dah dihulur,, kini hanya menunggu masa untuk disentap...tunggu sajalah....


3 comments:

  1. PRU 13 kita tukar kerajaan..

    ReplyDelete
  2. ini cerita kawan aku yang anaknya belajar di sksys,bt gajah semasa istrinya nak mengambil wang rm100 tu dari guru kelas anaknya, wangnya telah diambil oleh orang lain. terkejut istrinya kerana guru tu mengatakan bahawa wang untuk anaknya telah diberi lengkap dengan tandatangan pada senarai nama murid. macam mane ini boleh berlaku? bukankah mulanya wang ini akan dimasuk dalam akaun bank atas nama murid, tetapi kerana pemimpin bn nak berkempen tukar cara pemberian dengan tunai. memang hampeh!

    ReplyDelete