Pages

Thursday, December 29, 2011

Bekas hakim Arifin Jaka meninggal dunia


Bekas hakim Arifin Jaka meninggal dunia
11:08AM Dis 29, 2011
Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Arifin Jaka meninggal dunia di Hospital Serdang pada jam 6.05 pagi ini.

Tidak diketahui bila beliau dimasukkan ke hospital tersebut tetapi Arifin memang mengidap penyakit kencing manis. Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee mengesahkan kematian Arifin.

Arifin ialah hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2000 dan seterusnya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun.

Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan tersebut, tetapi Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1 membatalkannya dan Anwar dibebaskan pada tahun 2004.

Arifin dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presinct 20 Islam di Putrajaya selepas solat Zohor.


5 comments:

  1. Ya Allah sekiranya arwah ini CURANG semasa mengadili kes liwat DSAI tersebut , Ya Allah , kau lenyek , hentak dan himpitlah beliau secukup cukup nya Ya Allah . Amin .

    ReplyDelete
  2. hhahahahhahah siap kau epin jaka,,,,, tunggu lah nasib kau di dlm liang lahat.....

    ReplyDelete
  3. nasib korang pun blom tentu...so baik byk kan amal ibadat sebelum doakan keburukan utk org lain!!!amin...

    ReplyDelete
  4. ariffin jaka ni lah yang melarang DSAI membaca ayat al quran di didalam mahkamah....dah lama dah mamat ni sakit ....mula mula dah kena potong kedua dua belah kaki dia....pas tu ada masalah komplikasi jantung plak...

    anyway sesungguhnya Allah maha berkuasa dan tidak putus putus memberi peringatan kepada umatnya terutamanya para para hakim dan pendakwaraya untuk keputusan 09 januari 2012.

    Jadi beringatlah wahai manusia

    ReplyDelete
  5. Semoga memberi keinsafan kepada kita semua.Setiap yang bernyawa pasti mati dan akan diadili di alam yang kekal nanti.

    ReplyDelete