Pages

Tuesday, December 27, 2011

Berita Sedih .. Lihat habuan PESARA Tentera negara Singapura..

Pengalaman aku bertugas di Pangkalan TLDM Woodland di sekitar tahun 1982 -1985 membawa seribu kenangan dan pengalaman yang sukar nak dilupai.....
Diwaktu itu nilai matawang Malaysia (RM) dengan Singapura tidaklah seteruk sekarang, pada kadar RM100 => SD85.00 kekadang tu SD90.00... tidak lah seteruk sekarang ini...

Negara Singapura telah berzaman-zaman menjalankan sistem kerahan tenaga kepada semua rakyatnya yang genap berumur 18 tahun menjalani kursus tentera selama 2 tahun kalau tak silap aku,,, tak seperti Malaysia yang baru nak mula buat PLKN dalam masa 3 bulan....

Sekira rakyatnya yang dah selesai menjalani kerahan tenaga berminat dengan kerjaya tentera, maka bermacam-macam keistemewaan bakal mereka kecapi,, jauh berbeza dengan kita Malaysia.., bahkan elaun rekrut tenteranya lebih dari SD1000, berbanding dengan aku waktu tu prebet lapok, gajinya hanya RM485.00...

Jadi bbaca berita dibawah apa yang bakal pesara Tentera Singapura dapat memang tak menghairankan berbanding dengan pesara tentera Malaysia,,, hanya jawatan jaga yang paling banyak menunggu.... 12 jam kerja..








5 comments:

  1. Pesara ATM amat malang. Bukan sahaja 'kena kencing' mengenai pencen, kemudahan-kemudahan lain dan peluang pekerjaan, melalui AKTA VETERAN yang akan diluluskan oleh Dewan Rakyat, UMNO akan terus menguasai kebebesan pesara ATM sampai mati.

    ReplyDelete
  2. Pak Cik jangan dok kelentong kuat sangat Pak Cik, dosa Pak Cik. 1 Oktober 1981 sampai 13 March 1982 saja Pak Cik. Ye ker dari 1982 sampai 1985. Itu membohong kuat namanya tu Pak Cik.

    ReplyDelete
  3. Navy The Best... Ko patut kena tukar Navy JONAH.... Ko tak payah nak menyibuk kat sini... ko jaga ko punya blog tu....
    Apakah aku ni tak ingat dosa.......

    ReplyDelete
  4. Lumut: Seorang Bekas Pegawai Tinggi TLDM melahirkan rasa kekesalan dengan sikap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi kerana tidak menunaikan janjinya.
    Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid berkata, menteri tersebut telah berjanji akan memberi pencen kepada bekas tentera tidak berpencen, yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada 10 hingga 18 tahun.
    Tetapi, janji tersebut hanya 'omong kosong', sehingga kini janji tersebut tidak ditunaikan.
    Katanya, dengan menutup janji palsunya, beliau bersama Timbalannya telah meminda Rang Undang-Undang Veteran dengan mewujudkan Akta Veteran 2011 yang diluluskan di Parlimen Oktober lalu.
    "Melalui akta ini, hak bersuara bekas tentera disekat sepenuhnya mengakibatkan kira-kira 250 000 bekas tentera di Negara ini dalam dilema," katanya ketika dihubungi harakah.
    Tambahnya, dalam akta tersebut langsung tidak menyentuh tentang kebajikan dan hak bekas tentera.
    Beliau yang menyertai PAS baru-baru ini berkata, Akta Veteran 2011 ini secara jelas bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang member kebebasan hak bersuara, berhimpun dan berpesatuan.
    Beliau menggesa kepada semua bekas tentera agar tidak memberi undi kepada BN kerana hak dan kebajikan mereka tidak terbela.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CAM TU KERR... errr masa nak berhenti dulu ada terfikir ker nak berpencen, masa dapat duit banyak-banyak dulu ada tak fikir pasal org pencen dapat duit sikit...... adil ker

      Delete