Pages

Wednesday, December 14, 2011

Harapan Baru Rakyat kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agung..

Semalam tercatat satu lembaran sejarah baru, yang aku sempat ingat....



Dikala tahun 1970 Baginda tuanku menjadi SPBYA aku dah bersekolah darjah 3. kini aku nak masuk 51 tahun, paduka tuanku sekali lagi ditabal menjadi SPBYA....

Keadilan tuanku tak payah kita nak persoalkan lagi, bagaimana baginda melayani rakyatnya terutama dalam isu kejadian pembunuhan rakyat negeri beliau dalam isu Memali.....

Kemudian semakin terserlah apabila baginda menganugerah pingat Dato kepada mantan Presiden PAS Allahyarham Fadhil Noor, aku rasa tak ada Sultan yang negerinya dikuasai UMNO boleh menganugerahkan pingat kepada pembangkang melainkan baginda tuanku Sultan Abdul Halim...

Sekarang ni aku rasa kalau nak ikut seniority Sultan-sultan negeri dalam Malaysia aku rasa beliau yang paling senior kemudian diikuti Sultan Pahang....

Kali pertama beliau menjadi SPBYA bapa Najib Arwah Tun Razak menjadi PM, kini semalam beliau sekali lagi menjadi SPBYA Najib pula menbjadi PM,,, rasa-rasanya Najib tak berani nak membuat sesuatu yang melanggar sistem undang-undang demokrasi negara.....

Harapan rakyat Malaysia buat SPBYA sebagaimana keadilan yang rakyat negeri Kedah kecapi kini menular kepada rakyat Malaysia..... rasa-rasanya baginda masih lagi ingat bagaimana sikap UMNO terhadap raja-raja Melayu termasuk baginda .....


aku dapat tahu, kebun dusun durian tuanku yang sebuah pondok tempat tunggu pada musim durian pun kena siasat.....

Moga-moga selepas ini, baginda tuanku akan bertindak tegas demi kepentingan rakyat, terutama dalam isu SPR, sistem Kehakiman terutama dalam pengadilan isu DS Anwar Ibrahim dan banyak lagi..., masa dan peluang buat Pakatan rakyat untuk mengadu nasib masaalah rakyat telah terbuka luas.....

Daulat Tuanku.....

2 comments:

  1. InsyaAllah semoga Tuanku juga lebih adil kepada rakyat yang inginkan pilihanraya umum yg bersih pd PRU13 nanti berdasarkan 8 perkara dlm BERSIH tempoh hari...semoga Allah cucuri Rahmat keatas Duli Tuanku....Allahuakhbar!

    ReplyDelete
  2. Allahu Akbar! moga dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan ke atas Tuanku.. Nampaknya Agong pun kena study undang2/perlembagaan jugak.. bkn apa, boleh elak drpd dikelentong oleh penasihat2 yg pro umno... barulah Tuanku boleh bertindak mengikut perlembagaan.. -Neo

    ReplyDelete