Pages

Wednesday, December 14, 2011

Janji Anwar Ibrahim harga minyak akan diturunkan..


Oleh

Anwar janji minyak turun


14 DIS — Hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjanji mahu menurunkan harga minyak jika Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Bolehkah dia melaksanakannya dan bolehkah ia dilaksanakan?

Kata seorang pakar ekonomi bernama, Profesor Amir Baharuddin, ia boleh diturunkan walau ada kesan lain dan ada banyak masalah yang terpaksa dilalui.

Segala kesan dan masalah yang dibayangkan oleh Amir seperti gangguan atas dana pendidikan, kesihatan dan pembangunan, tetapi ia tidak sesusah beban yang dihadapi rakyat seluruhnya gara-gara kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang tinggi.

Apa yang Amir kata itu, itulah yang cuba dijaga oleh kerajaan yang ada, nikmat itulah yang cuba dipertahankan oleh kerajaan dan itulah tawaran dan janji yang hendak diteruskan.

Tetapi kerajaan tidak dapat buat apa-apa tentang kenaikan harga barang bukan saja dari tahun ke tarun, tetapi dari minggu ke minggu dan dari hari ke hari.

Sepuluh tahun dulu saya acap ke Turki. Nilai tukaran duit Dolar Amerika ke Lira Turki tidak sama dari jam ke jam. Nilai Lira turun mengikut jam. Untuk membeli satu-satu barang, tukar Dolar kepada Lira beberapa ketika sebelum membeli. Jika tunggu dua jam kemudian baru hendak dibeli, maka masa itu duit Lira sudah susut.

Harga barang sebelah petang sudah tidak sama dengan sebelah pagi.

Tetapi selepas Erdogan berkuasa Lira sudah stabil. Tidak perlu bawa berjuta-juta Lira untuk membeli sehelai baju kemeja, atau berpuluh ribu Lira untuk tambang teksi beberapa kilometer saja. Sekarang harga barang terkawal dan bayaran perkhidmatan juga terkawal.

Sebelumnya orang tidak tahu bagaimana menghadapi keperitan hidup rakyat.

Keadaan di Malaysia sekarang hampir sama dengan Turki dulu. RM100 sekarang tak dapat beli barang sebenyak yang dibeli sebulan dulu dan dua bulan dulu.

Ikan jadi lauk termahal sekarang. Gantinya ayam atau daging. Ayam dan daging juga naik. Harga ayam bulan depan dijangka tak sama dengan harga sekarang.

Semuanya berpunca dari kenaikan harga minyak. Naik saja minyak, pasti semua barang naik. Kadang-kadang tidak payah tunggu minyak naik, harga barang naik juga terutama dalam musim perayaan.

Berbuih mulut menteri menjamin harga barang dikawal, tetapi ia tidak menjamin barang tidak naik. Kita menunggu bila pula minyak lain lagi.

Demi menjamin cukup dana pendidikan, kesihatan dan pembangunan, kata Amir, tak apalah minyak naik sikit dan barang naik sikit.

Tetapi rakyat kaya ada yang kurang kaya kerana kenaikan barang dan yang miskin kurang barang yang dapat dibeli. Nasihat kerajaan ialah berjimat-jimatlah.

Perdana Menteri beri RM500 sekali kepada orang yang berpendapatan kurang dari RM3,000, dan RM100 kepada setiap murid tidak menaikan taraf hidup orang yang dapat duit itu.

Janji untuk kami dapat hidup yang lebih baik tak nampak jalan.

Dalam keadaan yang sudah putus asa atau hampir putus asa, Anwar menjanjikan untuk menurunkan harga minyak. Berikutnya hanyak barang bukan saja boleh dikawal tetapi boleh dikurangkan.

Boleh buat atau tidak boleh buat, itu saja harapan bagi semua orang untuk dapat minyak lebih murang dan barang lebih murah. Mungkin tak murah sangat, tapi ada harapan untuk dimurahkan.

Kalau dia tidak jadi Perdana Menteri, tiada angan-angan untuk mengurangkan perbelanjaan harian dan perbelanjaan hidup.

Anwar pernah jadi Menteri Kewangan dan pernah bergaul dengan bapak kapitalis Amerika dan Eropah. Sejak 10 tahun lalu dia rehat sama ada di penjara dan di luar penjara. Semasa rehat itu dia nampak apa yang dia tidak nampak dulu dan apa yang tidak dibuat dulu dan tidak dapat dibuat dulu.

Kadang-kadang apa yang dia hendak buat, Dr Mahathir Mohamad larang.

Apabila minyak diturunkan, kos pengangkutan kurang maka kuranglah harga barang. Kemudian diikuti dengan kekangan rasuah. Lagi harga boleh distabilkan. Lepas itu ada pula gaji minima. Ringanlah beban rakyat. Kalau di Selangor gaji minima itu RM1,500, masakan untuk seluruh negara kurang dari RM1,000.

Bagaimana dengan beban pendidikan, kesihatan dan pembangunan? Kalau sudah tidak ada rasuah, tiada pembaziran dan tiada penyelewengan, negeri yang ada minyak dapat pula royalti 20 peratus, masing-masing nampaklah masa depan yang cerah.

Bukanlah lepas dia menang, tak ada langsung masalah. Tetapi dengan dia tidak menang, tiada harapan masalah boleh dikurangkan.

Islam mengajar umatnya berhijrah bila berlaku kesempitan. Kita sempit sekarang, maka kita mesti berhijrah. Demokrasi pula memberi ruang yang luas untuk berhijrah. Pakatan Rakyat mengajak kita berhijrah. Najib dan BN tidak mahu berhijrah dan mesti tinggal di rumah yang susah.


5 comments:

  1. Yob, Yong ada setuju dan ada tak setuju dengan Prof Amir. Hehe dulu dia yang ajor ekonomi kat Yong.

    Pada pendapat Yong, harga mahal ni sebab Kerajaan tanggung kos berlebihan yang disengajakan. Ia datang dari kos pembangunan yang telah di 'INFLATE" akibat keperluan menbayar kos "UNDERCOUNTER" kepada penjawat awam yang korap. Bila kita jatuhkan regim korap ini, harga akan turun. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. ManjungMari hang kalo tak mau duit Najib bagi RM500...bagi kat aku naaaa...aku oghang semekin...duit tu haram..bagi kat aku naaaa...

    ReplyDelete
  3. Yong sekolah tinggi tingkap banyak puuuunn masih bodo sama bodo macm Tuan Haji ManjungMari

    ReplyDelete
  4. RM500 nak pergi siam dgn dia tak cukup..

    ReplyDelete
  5. najib bagi rm500 percuma tak nak..,tapi kalau pakatan bagi rm10 untuk buat 'DEMO' perhimpunan bersih dorang nak..!!

    ReplyDelete