Pages

Wednesday, December 21, 2011

Masa depan kepentingan peneroka felda- FGV

Align Center


Posted by sakmongkol AK47

Kebimbangan yang paling mendesak ialah adakah kepentingan peneroka dalam FH akan terjamin, sebaik sahaja kepentingan tersebut di urus oleh FGV? Ini yang kita kena tanya. Jangan mudah terpedaya dan ternganga dengan presentation graphicals, warna warni dan powerpoint effects. Cuba soal-apa yang FGV akan lakukan yang bebeza daripada yang sedang mereka lakukan? Jika mereka ada ‘senjata ajaib’ baru, kenapa mereka tidak amalkan untuk menguntungkan FGV dalam perniagaan mereka sendiri? Kenapa rugi?

Kepakaran baru? Bakat pimpinan baru? Ilmu baru? Ada cara luar biasa dan ajaib?

Jika mereka boleh menjanjikan kaedah luar biasa lagi ajaib, kenapa perkara tersebut tidak di lakukan keatas perniagaan nya sekarang? Bukankah dengan melakukan apa yang di janjikan untuk IPO, FGV boleh menghasilkan keuntungan keatas perniagaan mereka sekarang? Kenapa tidak di lakukan? Adakah itu punca FGV kerugian 500 juta?

Ini yang puzzling. FGV says it will bring the listed vehicle to new hieghts and make profits. So how come, it hasn’t applied those profit enhancing strategies on its current business? Surely, kita expect, if they have done that, the track record of FGV would have been very assuring.

Cerita kelentong sana sini- bagaimana produktiviti boleh meningkat dan karut marut- semua cerita tersebut boleh di reka reka. Kita kena match dengan realities. Lagi pun, kalau kita cerita tentang produkviti dalam bisnes perladangan dengan buat tabulation dan graphs sana sini- bukan kah itu semua bisness yang sedang di lakukan oleh FH holding sendiri? Itu bidang bisnes mereka yang mereka tentu ada lebih kepakaran daripada FGV. Kita hendak lihat apa FGV boleh lakukan kepada bidang bisnes mereka sendiri. Bidang orang lain yang orang lain lebih pakar dari kita, jangan lah kita sibuk hendak cerita.

Kita kena tanya, apa tujuan IPO? Ianya bertujuan untuk raise capital dari langganan pembeli awam. Bila orang beli, wang masuk dan harga saham naik. Selalu nya mula mula naik. Ramai orang bikin wang. Tapi selepas masa seronok?

Dalam kes ini siapa yang hendakkan modal? Jawab nya FGV. Kenapa FGV mahu modal dari pasaran saham? Kos nya berapa? Adakah kos itu( dalam bentuk jaminan kadar pulangan) lebih baik atau buruk, jika FGV pinjam sahaja duit dari pasaran bank? Atau pinjam sahaja dari Felda yang di katakan banyak duit. Atau pinjam dari EPF kerana EPF pun selalu beri pinjam dan wang nya di pinjamkan pada kadar yang baik. Jika FGV dapat pinjam pada kadar 2% tidak kah ini pada kadar yang terbaik?

Apa FGV mahu buat? FGV akan labur dalam portfolio yang macam macam. Gerenti untung kata mereka.

Apa rekod untung FGV? Takde. Sebab dalam pelaburan yang mereka urus dan lakukan sendiri- mereka rugi. Tapi pelaburan yang mereka lakukan dalam Felda Holdings untung. Tapi itu is a different matter. Itu cerita Felda Holdings bukan cerita FGV. Sebab FH di bawah pengurusan nya sendiri mencatat keuntungan. Jadi FGV nak leverage atas keuntungan yang orang lain buat untuk mereka sebagai asas buat IPO. Binawe punya orang. Kita ingat dia mahu tunjukkan intrinsic record dia sendiri- rupa rupa nya, menumpang atas rekod orang lain- FH.

Jadi apa isiu nya? Isiu nya ialah dalam FGVH nanti, siapa yang mengurus portfolio bisnes? FGV yang ada rekod rugi kah yang akan urus? Jika ya, maka masa depan kepentingan peneroka dalam FH akan muram. Perlu kita ingat, sekarang FH diserapkan dalam perniagaan FGV. Dan ingat- FGV punya rekod- buruk.

Ini yang mendatangkan keresahan. Bukan kita suka suka tentang. Ada asas untuk rasa gelisah dan waswas. FGV leverage atas kekuatan orang lain . jadi mana mungkin ia mendatangkan keyakinan kepada kita dan peneroka bahawa perniagaan yang mereka akan urus akan untung? Rekod mereka tak bagus.

Jadi jangan kita sentimental dalam kes penyenaraian Felda. Ada keluarga yang datang dari kalangan peneroka. Kita identify dengan harapan dan kesusahan peneroka. Itu sikap politically correct. Takkan kita hendak menyebelahi kapitalis. Tentu kita sokong rakyat marhaen- para pak tani. Tendensi kita ialah menyerang sesiapa yang kita rasa mengacau kepentingan peneroka felda.

Tapi kepentingan peneroka is best served dengan strateji pelaburan yang betul. Kepentingan mereka selama ini, elok di bawah FH. Mulai sekarang, ia di letakkan di bawah pengurusan FGV yang kerugian. Beritahu kepada kita, adaakh kepentingan peneroka di perlakukan dengan tanggung jawab?



Sumber : sakmongkol.



No comments:

Post a Comment