Pages

Tuesday, January 31, 2012

Relak minda sekejap .. Jom layan Aduhai Satu Malaysia...

Dengan menggayakan songkok tinggi,,, tanpa segan silu menipu tetap menipu,, budaya atau salah satu rukun UMNO


Apa yang berlaku pada NAJIB semasa Majlis CNY di Setiawan Perak..

Rasa-rasanya ramai yang hadir pada malam Majlis CNY di Setiawan tidak tahu apa yang berlaku kepada Najib sebaik saja beliau sampai dan turun dari bas,, termasuk Zambry sendiri....

Apa yang aku nak bagi tau, hasil dari kerjasama NGO-NGO Perak, satu surat yang berupa tidak puas hati kepada pentadbiran Zambry telah dihantar kepada Najib.... Walaupun dengan susah payah,, surat itu berjaya disampaikan oleh Otai Manjung,, tak tahulah,, Najib baca ke tidak, namun perkara-perkara yang tak sepatutnya Zambry lakukan kita perlu diketengahkan,, biar masyarakat tahu betapa teruknya Zambry a/l Kadiaq melakukan kesilapan kepada penduduk warga Manjung...

Sila lihat dalam video dibawah...





Ini apa yang tersiar dlm akhbar Cina

Dan ini lah apa yang yang terkandung dalam surat tersebut....






Jawapan Buat ostad Abu Syafiq dari Presiden PAS Haji Hadi Awang

Aku nak ulas banyak tak reti, cuma yang aku mencari balik apa penjelasan dari Presiden PAS sendiri mengenai seperti apa yang dicanangkan oleh Ostad cap ayam Abu Syafiq yang ingin memecah belah kerja-kerja Islam.... Siapa dibelakang mangkok ni kalau bukan UMNO..kilk ..wahabi-lebih-berbahaya-dari-syiah-fatwa.html


Jadi buat sahabat-sahabat yang sealiran dengan Ostad Abu Syafiq tu, hanpa nak percaya siapa.... Ostad Cap ayam yang tak tau dari mana asal usulnya atau Tuan Guru Presiden PAS yang kita ketahui betapa ikhlasnya beliau menyampai ilmu agama islam..... sendiri fikir.... aku sekadar menyampaikan.....

Monday, January 30, 2012

Tawaran dari Tuan Presiden PAS..

Oleh:


KURANG dari sebulan selepas Dato Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pilihannya untuk jadi nelayan biasa apabila ada calon Perdana Menteri yang dapat memenuhi kehendak politik Islam, beliau menyampaikan pula hasratnya jika disetujui untuk melepaskan salah satu dari kerusi wakil rakyat yang disandangnya – ADUN atau Anggota Parlimen.

Ia adalah perkembangan fikiran yang bijak dari seorang pemimpin yang masih mendapat kepercayaan penuh dari parti yang dipimpinnya dan dari penyokong dan pengundinya.

Tugas wakil rakyat bagi dua kerusi yang disandangnya adalah berat baginya ditambah pula oleh tanggungjawabnya sebagai Presiden PAS yang kian berperanan. Sekali pun ia dilihat berat untuk menggalas semua kerja oleh seorang sepertinya yang usia kian bertambah dan masalah kesihatan juga ikut mengiring usia yang bertambah itu, tetapi semua tugas dan tanggungjawab tidak terbeban sangat baginya kerana ia dapat diringankan oleh kekuatan parti dan penyokongnya yang berfungsi.

Parti dan penyokongnya bertanggungjawab berada di belakangnya mahu melihatnya berjaya melaksanakan tugasnya dan mereka berperanan memastikan beliau berjaya dengan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dan pemimpin parti Islam yang penting di rantau ASEAN.

Kekuataannya ialah dia bekerja secara berjamaah dan jamaah bekerja bersamanya. Sebagai pemimpin dan wakil rakyat beliau adalah simbol, dan kerjanya dibuyat oleh semua. Jika beliau kekal dengan dua kerusi itu, tidak banyak menambah beban jamaah dan jika dikosongkannya satu kerusi tidak pula mengurangkan kerja jamaah.

Tetapi dengan mengosongkan satu kerusi, ia adalah satu sikap tidak gila kuasa dan tidak sayang melepaskan kuasa serta tidak mahu memusatkan kuasa kepada satu orang.

Ia adalah tanda Ustaz Hadi percaya ada orang lain juga boleh membuat kerja seperti yang dibuatnya dan percaya ada orang yang boleh membuat apa yang sepatutnya dibuat oleh seorang wakil rakyat Islam, maka ketika itu beliau dapat membuat kerja lain.

Dengan Ustaz Hadi masih ada di rumahnya dan masih menjadi Presiden PAS, maka mana-mana kerusi yang dikosongkan tidak akan terasa ketiadaannya. Beliau tetap dirasakan berada di tengah mereka, cuma satu daripada kerjanya selama ini dibuat oleh orang lain.

Telah disebutkannya akan ada masa yang lebih baginya menumpukan tanggungjawab sebagai pemimpin parti dan ada peluang lebih masa untuk ke laut sebelum menjadi nelayan tetap.

Ke laut adalah hobinya. Menangkap ikan bukan sumber pendapatan dan mata pencariannya. Keutamaannya ada berdakwah. Bagi ulama berdakwah bukan satu mata pencarian. Abu Zar diberi pencen tetap sebagai sahabat awal generasi pertama oleh Khalifah Umar al-Khatab.

Tetapi Abu Zar tidak menjadikan pencennya sebagai sumber pencariannya. Saraan hidupnya adalah menganyam bakul. Logiknya Ustaz Hadi mahu beralih semasa masih bertenaga menjadikan hobi ke laut sebagai mata pencarian sambil terus berdawah.

Pilihannya itu adalah setelah memastikan Islam sudah dapat dijalankan oleh orang lain. Setelah lebih 40 tahun dalam dakwah politik tugas itu sudah boleh digalas oleh anggota jamaah yang ramai.

Parti boleh menimbang untuk menerima tawaran itu atau biar dulu. Yang penting Ustaz Hadi telah meringankan jamaah supaya memikirkan gantinya buat apa jawatan jua bila dirasakan perlu. Jamaah tidak lagi terikat bahawa calon adalah beliau juga. Beliau sekarang memberi peluang kepada jamaah, jangan teragak-agak untuk mencalonkan orang lain di salah satu kerusinya itu.

Dengan tawarannya itu tidak semestinya beliau tidak dicalonkan lagi, tetapi jika jamaah merasa wajar permintaannya diterima, maka boleh mencalonkan orang lain. Ia adalah kesempatan kepada jamaah memikirkan ganti Ustaz Hadi dalam semua kedudukan.

Apa yang disebut Ustaz Hadi itu satu permulaan bagi parti berfikir tentang pelapis. Politik di zaman Khalifah tidak bercakap tentang pelapis. Ganti khalifah dibuat apabila tiba masanya. Politik dunia demokrasi yang PAS ada dalam suasana itu, sekali pun politiknya adalah siasah syariyah, soal pelapis sentiasa menjadi perhatian penting.

Ustaz Hadi seperti mengajak semua berfikir ke arah itu. Ia perkembangan yang sihat.


Sumber : subky-latif



Sunday, January 29, 2012

Masaalah Besar UMNO - MCA: kapal yang hampir karam

Oleh :



Malaysian Chinese Association (MCA) takut akan kehadiran pilihan raya umum (PRU) akan datang. MCA sedar, mereka tidak mampu untuk mengekang kemaraan Democratic Action Party (DAP) — yang semakin kuat disokong oleh masyarakat Cina.

Silap haribulan, MCA akan kalah teruk sehingga parti tersebut terpaksa tutup kedai. Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek tahu akan realiti dan hakikat ini.

Sebab itu kita boleh lihat bagaimana mantan Menteri Kesihatan itu bersungguh-sungguh mencari jalan untuk meraih kembali sokongan masyarakat Cina yang menjadi tunjang MCA.

Kemerlangan DAP memerintah Pulau Pinang sehingga menjadikan negeri tersebut sebagai diantara model pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) yang terbaik.

Ini menyukarkan misi MCA untuk menyakinkan Umno dan sahabat lain dalam Barisan Nasional (BN) bahawa mereka masih lagi mewakili suara masyarakat Tionghua.

Strategi Chua Soi Lek

Chua Soi Lek tidak berputus asa. Daripada duduk menyerah kalah, lebih baik lakukan sesuatu.

Untuk terus menyerang DAP dari segi rasuah dan penyelewengan, sukar untuk dilakukan kerana sehingga kini, DAP mempunyai rekod bersih.

Dari segi prestasi kerja, Adun dan Ahli Parlimen DAP kebiasaannya terdiri daripada orang yang kuat kerja.

Jadi, strategi yang terbaik MCA adalah untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina.

Jika kita ingat kembali, tidak berapa lama dulu, Dr. Chua pernah mengeluarkan kenyataan bahawa MCA tidak akan mengambil sebarang jawatan kabinet jika kalah teruk dalam PRU akan datang.

Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina - mereka tidak akan mempunyai wakil dalam kabinet jika mengundi DAP.

Ini akan menjadi diantara strategi kempen MCA yang bakal dilakukan secara besar-besaran dalam PRU akan datang.

Kedua, Chua Soi Lek dan MCA menakut-nakutkan masyarakat Cina dengan slogan “jika undi DAP, PAS akan berkuasa”. Jika PAS berkuasa, hukum Hudud akan dilaksanakan di Malaysia.

MCA percaya, masyarakat Cina tidak akan selesa jika undang-undang Islam seperti Hukum Hudud dilaksanakan di Malaysia.

Dua strategi kempen ini akan dijalankan oleh MCA secara habis-habisan di masa ini dan sewaktu kempen PRU akan datang.

Persoalannya, apakah begitu mudah masyarakat Cina ditakut-takutkan lagi?

Strategi ala Mahathir

Pada PRU ke 10, strategi menakut-nakutkan masyarakat Cina berkesan. Pilihan raya terakhir bagi Tun Dr. Mahathir itu menyaksikan bagaimana masyarakat Cina menjadi penyelamat kepada nyawa BN.

Pada ketika itu, majoriti undi orang-orang Melayu telah beralih arah kepada gabungan Barisan Alternatif.

Strategi kempen Dr. Mahathir untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina berjaya.

Gerakan Reformasi yang dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim disamakan dengan rusuhan di Indonesia ketika reformasi menjatuhkan Soeharto — di mana masyarakat Tionghua menjadi mangsa kemarahan rakyat.

Peminat-peminat politik pasti tidak akan terlupa bagaimana “billboard-billboard” yang bertemakan undi pembangkang menyebabkan negara huru-hara dinaikkan di kawasan-kawasan yang mempunyai ramai penduduk Cina.

Kesannya DAP menjadi parti yang paling rugi dalam PRU 1999. Jaguh DAP seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh turut tewas dalam PRU tersebut.

PRU 13 keadaan berbeza

Strategi untuk menakut-nakutkan pengundi ini tidak akan berjaya selalu. Setelah berulang-ulang kali dilakukan, orang pasti sudah tahu.

Tambahan lagi dengan perkembangan internet yang pesat, maklumat berada dihujung jari semudah dengan telefon bimbit.

DAP pula sudah mempunyai hubungan yang lebih akrab dengan PAS. Di negeri Perak membuktikan bagaimana DAP dan PAS boleh bekerjasama dengan erat. Mereka memerintah dan melawan rampasan kuasa bersama-sama.

Apatah lagi pada ketika PAS sudah diterima oleh masyarakat Cina. PRU 12 lalu membuktikan bagaimana undi kaum Cina membantu menaikkan kerajaan PAS di Kedah.

Chua Soi Lek harus sedar, zaman dimana orang Cina diwakili oleh orang Cina telah berlalu.

Apabila masyarakat Cina menerima DAP, mereka turut menerima Karpal Singh, Sivakumar, Tunku Abdul Aziz dan ramai lagi pemimpin berbilang bangsa sebagai pemimpin mereka.

Jika dicalonkan dalam pilihan raya akan datang, Hata Wahari, Aspan Alias dan Datuk Arif Sabri juga tidak mustahil akan dipilih oleh masyarakat Cina.

Jika masih gagal untuk memahami masyarakat Malaysia pada hari ini, Chua Soi Lek dan MCA akan “karam” dalam PRU akan datang. Apabila itu berlaku, MCA akan digugurkan oleh Umno.

Umno akan mencari sahabat “baru” yang boleh dijadikan sebagai wakil kepada masyarakat Cina. Di dalam politik, tidak ada yang mustahil

* Segala pandangan di atas hanyalah pandangan peribadi penulis.

Sumber : mca-kapal-yang-hampir-karam/


Wahabi lebih berbahaya dari Syiah - Fatwa Ostad Abu Syafiq..

Habis sahaja kuliah Ustaz Sidik Nur malam tadi, SU surau mengumumkan kuliah subuh pagi ini (Ahad) digantikan oleh seorang Ostad yang sebelum ini aku tak pernah dengar namanya,, dari pencegahan ilmu sesat Jakim Melaka,, begitu lebih kurang...


Pagi ini macam biasa aku terus ke destinasi tersebut,,, dan terpandang bakal penceramab dah sedia menunggu, di samping kamera digital pun dah terpasang... Ostadnya sama dalam gambar diatas, cuma pagi tadi siap berserban kemas dan kain selepang atas bahu....

Selesai solat subuh, selesai wirid dan doa yang dimamkan oleh ostad tersebut, kulian pun bermula, siapa pasang wall (white board) untuk tayangan LCD... Biasalah ceramahnya... tak tunggu lama,, kemudian buka laptop tunjuk utube mengenai Syiah dan satu ajaran kristian...

Selesai habis tu,,, beliau terus mengatakan yang semua orang dah tau Syiah ni sesat, tetapi ada lagi yang lebih sesat, lebih merbahaya, iaitu Wahabi.... tudia,, mulah ceita asal usul wahabi bla....bla...bla....bla ,,, apa katanya,, : tuan-tuan harus berhati-nati,,, di Perak ni Wahabi dah berkembang pesat, berselindung dengan menerangkan keburukan Syiah, tetapi dalam masa yang sama memasukkan jarum-jarum wahabi....

Dan yang aku tak tahan,, sempat lagi ia mengatakan ada pemimpin PAS yang sama-sama mengamalkan wahabi,,, amboi-amboi... terbukti sudah,, aku dah nampak,, ini kerja sapa,,

Dalam kita dok sibuk menghadapu UMNO Laknatullah,, tup-tup ada orang mai membantai pemimpin PAS terlibat dengan wahabi.... aku tak tahan nak dengar, angkat pungkoq lebih baik aku pi Pasar Tani lagi baguih,,,

Rupa-rupanya anak bongsu aku pun ada sama dalam program tu, mengikut anak aku, ia sempat hanya soal satu soalan,,, pusing mai pusing jawapannya mengelirukan,,, kemudian lepas tu dengan alasan faktor masa soalan ditutup,,, aku pegi semula ke surau tu tengok dah habis,,, ish-ish dok sembang dengan seorang Ustaz yang dilabelkan Wahabi oleh ostad-ostad Manjung rupanya,,,, tak kesuntukkan masa pulak....

Kesimpulannya,,, bagi aku,, wahabi ka, Ustaz Kitab Kuning ka, semua aku ikut, aku hormati,, Ustaz Sidik Nur ajar kitab kuning Min haj abidin, setiap bulan aku ikut, tak pernah miss, Dan apa yang Ustaz Sidik sampaikan ia tak pernah dok kondem Ustaz Wahabi atau salaf... masing-masing ajar ilmu Allah untuk kita semua dapat mengamalkannya....

Ini ada dua tiga orang ostad-ostad, bila mengajar wahabi bla...bla...bla... marilah 40 orang PHD Wahabi,, saya sedia bersemuka... tudia..... cakap depan makmun surau ajalah,,, yang dia berani hasut ajk surau suruh potong nama Ustaz yang dilabelkan Wahabi jangan bagi mengajar lagi kat surau.... itu saja keberaniannya....

Macam inilah, aku nak cadangkan,, kalau ostad-ostad yang rasa tahlil, talkin ni perlu diteruskan, diamalkan,, OKlah,,,silakan,, apakata ostad-ostad ni duduk berdailog, berdiskusi dengan Ustaz yang dilabelkan wahabi tadi,, kita cari titik pertemuan dimana kebenaran berpandukan kitab-kitab hadis.... jangan pakai tok guru saya kata.... kalau nak ikut tok guru saya kata,,, standard ostad-ostad ni sama dengan pengikut arqam sajalah..

Janganlah rasa usaha nak menyingkir Ustaz yang dilabelkan wahabi ni tak berjaya, panggil pulak ostad Abu Syafiq.... jemaah surau pagi tadi pakat-pakat senyum pi seyum mai aja....masing-masing dok tanya,,, budak yang soal tadi anak hang ka....!!!!! ..

Ingatlahlah,, kita umat Islam nak menjalankan amal ibadat kepada Allah sayarat utamanya ialah mengkut sunnah,,, bukan mengikut saranan tok guru saya dulu.... yang keduanya ikhlas..... tak tahulah kut-kut ada cara lain,,, cara yang aku dok belajar itulah...

Baru terjumpa kisah-kisah mengenai ostad cap ayam sekoq ni....





......,

Ingat lagi anda dengan Datuk Senyum ni....Apa temberangnya kali ini..

Lihat wajah muka penipu ni,,, sentia ssenyum,, gambar bertarik 30 Dis 2011 tahun lepas.... belum pun sebulan...Klik..




Gambar terkini.....

AHLI perniagaan yang didakwa terbabit dalam kes penipuan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Shamsubahrin Ismail, 46, semalam, dihadapkan ke mahkamah kerana dua pertuduhan menipu dua individu termasuk pemandu teksi sebanyak RM103,000 di Wad 8A, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, semalam.
AHLI perniagaan yang didakwa terbabit dalam kes penipuan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Shamsubahrin Ismail, 46, semalam, dihadapkan ke mahkamah kerana dua pertuduhan menipu dua individu termasuk pemandu teksi sebanyak RM103,000 di Wad 8A, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, semalam

Sebab masuk wad kencing manis kronik dan sakit jantung,,, kat Malaysia ni belambak-lambak rakya yang sakit jantung dan kecing manis,, diabetes,,, tak pun kena tahan dalam wad,, melainkan kaki nak kena potong....

Tengok ke muka dah senyum lagi macam gambar di atas.... penyakit gila agaknya..kalau dah kena tuduh menipu,, setakat berlakon dalam hospital tak ada hal....,..

Kisah di bharian. .

Saturday, January 28, 2012

UMNO tercalar....atau UMNO sememangnya menjalar...

Masih ada lagi pihak yang nak membela UMNO dalam isu tuduhan sex terhadap Anwar......

Image

Siapa yang tak kenal dengan Rahim Chik dalam isu skandal dengan budak bawah umur semasa beliau menjadi KM Melaka, yang mengakibatkan Lim GUan Eng merengkok dalam penjara...

Orang Kedah pula kenal siapa itu Shuaib Lazim,, ada sedikit pertalian dengan arwah bapa aku dahulu, aku pernah sewaktu kecil-kecil dahulu bertandang kerumah ibu Shuib Lazim di Tikam Batu Sg Petani Kedah, rumah ibunya yang aku panggil Chu Minah, sepupu dengan arwah ayah ku, menurut arwah ayah ku, ibu Shuib Lazim ni ayah aku boleh jadi wali nikah....

Namun di kala tahun 1990 aku sempat berbual dengan arwah bapa ku, aku menceritakan kisah si Suib ni, bapa awai-awai dah berpesan,, tak payah dok buat adik beradik la..(saudara) dengan Shuib Lazim tu... tak tau kenapa bapa aku berpesan begitu...

Dan apa yang aku ingat seumur hidup aku aku biasa bersua muka dengan si Shuib Lazim...

Rupa-rupanya dah lebih 20 tahun berlalu inilah kesan dari pesanan arwah bapa ku.... alhamdulillah.. moga-moga Allah merahmati arwah ayahnda aku Ahmed bin Din,,,

Dan kisah Eskay pulak, aku tak mengetahui secara detail seperti Shuib atau Tahim Cik,,, tau-tau timbul namanya,, namun bagi aku Shuib dengan Rahim ada kaitan dengan UMNO,,, semua orang tahu,, jadi mengapa ada pihak boleh mengatakan dengan perbuatan mereka Najib tidak tahu,,, dan UMNO boleh tercalar.... mati hidup mati hidup 18 kali pun aku tak percaya Najib tak tahu..... bagi aku UMNO bukan sahaja tercalar... malah dah menjalang....

Klik di SINI



Friday, January 27, 2012

Zambry a/l Kadiaq, bola dan Teluk Rubiah

Oleh :


Tahun 80an, masa tu Liga Perdana tengah hot. Team bola yang paling hot masa tu juga ialah Pahang sebab depa mampu membeli pemain terkenal macam Fandi Ahmad, Zainal Abidin Hasan, Samad Alipitchay. Semua orang minat dengan team Pahang. Orang suka team Pahang…tapi apa yang orang tak tau, team Pahang disponsor oleh tauke sayur di Cameron Highlands.

Habis tanah di Cameron Highlands digondolkan danCameron Highlands tidak lagi sejuk macam tahun 70an. Pelancong berkurangan dan akhirnya yang rugi ialah penduduk tempatan.

Sebelum tahun 2008, Tajol Rosli menjadi Menteri Besar Perak. Team bola Perak juga boleh dikatakan bagus juga. Kejor Yob Kejor. Tapi apa yang orang tak tau…habis balak di Belum dan Temengor kena sapu untuk menampung team bola Perak. Yang jadi mangsa..orang asli dan penduduk tempatan.

Tahun 2008, Pakatan mengambil alih Perak dan masa tu berebut orang PR nak jadi pengurus bola, yang tak pernah masuk stadium pun nak jadi pengurus bola. Nasib baik PR pegang Perak tak lama, kalau tidak…entah kawasan balak mana yang jadi mangsa.

Tahun 2009, BN merampas Perak dan team bola Perak kembali kepangkuan ahli politik BN. Macam mana depa nak tanggung team bola Perak?

Kawan aku, IAR memaklumkan aku tentang perkembangan bola Perak. Vale international bersetuju untuk mewujudkan akademi bola di Perak.

Bila bola dicampurkan dengan ahli politik yang kurang siuman, dua-dua hancur. Bukan saja bola dan ahlipolitik itu yang hancur, yang paling teruk ialah alam sekitar yang punah hanya untuk memuaskan hati orang politik.


MU, Liverpool, Manchester City, Chelsea..tak payah tebang balak untuk tanggung bola. Takpayah jual tanah untuk beli jersi bola. Sebaliknya duit dari luar yang masuk. Tapi di Malaysia, hutan dimusnahkan untuk menanggung duit beli jersi bola.

Tak mengapa kalau satu lot balak dikhaskan kepada PAFA, kemudian diuruskan secara professional. Sekali saja bagi modal..PAFA dah boleh berniaga dengan bola saja.

Tapi oleh kerana rasuah dan penyelewengan, habis beribu hektar pun…tak akan cukup kalau duitnya sangkut di poket politikus.

Sejak Zambry pegang jawatan Menteri Besar, dia juga memainkan peranan untuk mengisi kantung PAFA. Tapi Zambry lebih teruk dari Tajol Rosli ataupun Menteri Besar Pahang yang dulu. Tajol Rosli ambil balak..Zambry jual tanah!!

Lepas ni..anak muda Perak akan seronok tengok team Perak akan ada pemain Brazil. Mungkin juga ada jurulatih Brazil. Mungkin depa akan seronok hingga tak terkata. Tapi yang jadi mangsa ialah orang Manjung.

Teluk Rubiah sudah tidak dapat diselamatkan lagi sebab sudah dijual kepada syarikat Brazil. Hangpa mungkin seronok bila team Perak pakai jersey Vale.

Vale adalah lambang penjajah baru. Kalau dulu Umno bersekongkol dengan British mengaut hasil bumi Malaya, sekarang Umno bersekongkol dengan Brazil menakluki Malaysia. Kita marah bila tanah-tanah di Johor dijual kepada Singapura. Tapi orang Perak seronok bila tanah di Perak dijual kepada syarikat Brazil…hanya kerana bola.

Setiap tahun, bila PAFA memerlukan peruntukan baru, Umno menebang balak untuk memenuhi tuntuan itu. PAFA cuma perlukan mungkin 500,000…tapi balak yang ditebang mungkin bernilai 5 juta. 4.5 juta disapu oleh orang Umno, 500,000 dapat kat PAFA. cukup la beli jersi baru, beli pemain baru.

Penyokong bola Perak seronok..pemimpin Umno seronok..tapi depa tak peduli khazanah hutan negara hancur.

Sekarang dah nak buat akademi bola PAFA. Penyokong bola Perak seronok, pemimpin Umno pun seronok. Sebab dapat peruntukan baru.

Berapa peruntukan yang diberikan kepada Akademi bola PAFA? Kalau aku jadi pengarah Vale International.. kalau takat dua tiga juta tu..aku tak kisah la. Sebab apa yang Vale dapat dan pemimpin Umno dapat..jauh lebih banyak dari itu.

Dan sudah jadi tabiat orang Melayu, pemimpin Umno buat duit beratus juta…depa tak kisah. Janji bila pilihanraya dapat kain batik dan duit 50.00. Habis maruah tergadai.

Penyokong bola Perak juga lebih kurang macam tu. Janji depa dapat tengok team Perak ada pemain Brazil..boleh menang dalam perlawanan..dah cukup. Depa tak kisah kalau Teluk Rubiah dijual dengan harga ratusan juta. Depa tak kisah kalau pemimpin Umno dapat juta-juta.Depa dapat tiket free masuk stadium pun dah cukup. Kalau Zambry bergambar dengan Pele, Nani, dan Robinho orang tak kisah walaupun semuanya nampak serupa.

Depa tak peduli kalau Teluk Rubiah dulu macam ini.

Sekarang sudah jadi macam ini

(Gambar: Peter Van Der Lans)

Macam mana perkara ini boleh berlaku? Sebab orang tak peduli.


Apa yang dibuat oleh pemerintah, hanya diketahui oleh sekumpulan pemimpin politik atasan. Maklumat dan perancangan kebanyakannya rahsia. Sapa yang mendedahkan rahisa, akan didakwa dibawah OSA. Mana-mana maklumat yang berharga, dijual dengan harga yang tinggi.

Adakah nelayan Pangkor sanggup pergi ke Majlis Perbandaran Manjung untuk membeli Pelan Rancangan Tanah Daerah (RTD) Manjung? apakah pekerja Giant dan TESCO sanggup keluarkan separuh gaji bulanan untuk beli Deraf Pembangunan Daerah? Dan yang paling pelik, orang parti pun tak ada duit ka nak beli satu salinan?

Pemimpin dan penyokong Pakatan hanya sibuk dengan isu-isu nasional. Isu NFC, isu cincin, isu Rosmah shopping…tapi isu tempatan masing-masing tak peduli!

Teluk Rubiah sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Dan untuk menampung kos bola team Perak, beratus ekar tanah hutan simpan di Pangkor akan diteroka. Balak akan dikeluarkan dan tanah akan dijual. Pangkor akan hancur. Sate ikan Pangkor dan ikan bilis Pangkor akan lenyap. Masa tu..kita akan makan sate ikanPangkor..tapi ikan dari Siam. Ikan bilis Pangkor pun hanya tinggal nama…mungkin kena impot dari Bangladesh.



Satu komen Menarik....


http://0.gravatar.com/avatar/ee64190bb4b1fad6676708e3f011bad6?s=32&d=http%3A%2F%2F0.gravatar.com%2Favatar%2Fad516503a11cd5ca435acc9bb6523536%3Fs%3D32&r=G

wan larut wan muda

January 27, 2012

Sejarah berulang kembali

Dulu Padang Rengas ada Perak Hanjung – Perak ada player Korea.

Sekarang Teluk Rubiah ada Vale – Peral bakal ada player Brazil.

* Teringat masa majlis pecah tanah (perasmian?)Perak Hanjung dulu – penduduk kampung (mantan pemilik tanah)yang datang hanya dapat Good Morning Towel dan Air Mineral.

Reply


Sumber : malaysiatimes


Fitnah Borong sakan - Kenapa Hajjah ROSMAH tidak saman....

Alasan paling bangsat dari laman web pencacai tersohor UMNO.... ada 2 sebab....

Kena bayar kos guaman wang sendiri... tak seperti Menteri Agama Jamil Khir tibai duit zakat.....

Nanti kut mana pun akan guna lawyer-lawyer yang semuanya sokong Pakatan Rakyat.... tudia kat lawyer Malaysia pun depa dah percaya,,, apa hal... betuilah salah....




Baca seterusnya SINI




Thursday, January 26, 2012

Siapa Zambry a/l Kadiaq ? Siri 5.

Oleh :


Aku boleh nampak macam mana orang boleh marah kat Zambry..orang marah kat sultan…orang marah kat kerajaan. Masa Teluk Rubiah hendak dijual, masa tu tak ramai orang yang marah sebab ramai orang tak tau.Dan bila dah tau…tak boleh nak buat apa-apa lagi dah sebab semuanya sudah tergadai. Kita boleh demoa, kita boleh buat kempen..tapi benda dah berlaku. Teluk Rubiah sudah tergadai.

Bila projek bijih besi Vale International mula beroperasi nanti, Teluk Batik juga akan hancur. Bila Teluk Batik dah kotor dan orang tak mau pergi mandi lagi kat sana, maka kerajaan pun ada alasan untuk menukar statusnya kepada industry. Dan bila ia bertukar kepada industry, perairan disekitar Pangkor dan Lumut akan menjadi kotor. Dan masa itupun, orang tetap tidak akan peduli.

Aku nak ucap terima kasih kepada ramai orang Manjung marah kepada Zambry dan ramai yang menelefon Otai Manjung bertanya apa yang depa boleh bantu. Memang itu yang diperlukan oleh aktivis alam sekitar macam Otai Manjung dan Peter Van Der . Tapi Otai dan Peter memerlukan lebih dari itu. Mereka memerlukan lebih ramai aktivis yang prihatin tentang alam sekitar daerah Manjung.

Apa yang perlu dibuat?

Ramai yang kata kita tumbangkan Zambry dalam PRU yang akan datang. Bukan aku nak lemahkan semangat hangpa, tapi semangat untuk menumbangkan Zambry saja tak cukup. Kalau pilihanraya itu adil, dah lama Zambry ditumbangkan..tapi pasal pilihanraya itu tak adil, maka Zambry masih selamat walaupun orang Pangkor sendiri tak suka kat dia.

Tahun 2008 kita dah tumbangkan BN dalam PRU secara demokratik, tapi depa rampas balik secara tidak demokratik. Hangpa masih percaya kepada pilihanraya?

Kita kata sultan tak boleh pecat Menteri Besar, tapi Sultan pecat juga. Kita kata depa tak boleh singkir Speaker, tapi depa heret macam pencuri heret kambing. Hangpa masih percaya Bn akan berubah menjadi baik dan gentleman kali ini?

Jangan harap.

Ok..kita boleh kata PR tumbang pasai 3 ekor katak. Tapia pa yang PR buat selepas kerajaan negeri tumbang? Apakah sudah bersedia untuk menumbangkan BN dalam PRU akan datang ini dengan melakukan gerak kerja?

Mengikut statistic terbaru di Pangkor..jumlah pengundi di Pangkor ialah 26,439 orang. Dari jumlah tersebut, 10,302 (39%) orang adalah pengundi biasa manakala 16,137 (61%) orang lagi adalah pengundi pos. Pengundi-pengundi pos terdiri dari anggota TLDM.

Dalam tahun 2008, jumlah pengundi ialah 22574 orang. Dari jumlah ini, 9480 (42%) adalah pengundi biasa manakala 13094 (58%) adalah pengundi pos.

Dalam jangkamasa diantara 2008 hingga Jun 2011, seramai 5525 pengundi baru didaftarkan. Dari jumlah ini, 4569 (83%) adalah dari TLDM yang merupakan pengundi pos.

61% pengundi di Pangkor adalah pengundi pos. Pengundi pos pada kebiasaannya adalah talian hayat BN yang terakhir. Ia digunakan untuk menyelamatkan calon BN dari kalah.

Ini yang cuba dilakukan oleh Zambry di Pangkor. Zambry mahu menggunakan TLDM sebagai penyelamatnya. Kalau semua orang Pangkor tak mau kat dia, dia masih boleh jadi ADUN dengan bantuan TLDM.

Sekarang, imej TLDM tercemar dengan pelbagai masalah dan skandal. TLDM bukan saja digunakan untuk menjadi undi penyelamat, malah digunakan untuk membuat duit.

Berbillion ringgit diperuntukkan kepada TLDM tetapi apa yang diperolehi hanyalah kelengkapan tentera yang second-hand..yang out-dated.

Keselamatan anggota TLDM di perjudikan untuk keselesaan orang politik. Tapi anggota TLDM juga tak boleh naka buat apa, sebab pelbagai penipuan dibuat semasa pengundian secara pos dibuat di TLDM. Cuma yang dah bersara yang berani bercakap tentang penipuan disana manakala yang masih bertugas terpaksa patuh dengan perintah Umno/BN walaupun depa tak suka.

Tentera tak boleh berpolitik. Nak mengundi sendiri pun tak boleh. Kertas undi dipangkah oleh orang lain. Secara lahir, anggota tentera dipublisitikan sebagai wira negara, tetapi hakikatnya, mereka dipergunakan untuk Umno/BN kekal berkuasa.

Dalam pilihanraya 2008, jumlah anggota TLDM yang mengundi hampir 100%. Satu jumlah yang cukup tinggi bagi pengundian secara pos. Tanyalah kat anggota TLDM..adakah mereka yang mengundi? Benar ada diantara mereka yang mengundi, tapi ada juga rungutan bagaimana penipuan berleluasa di sana. Kebanyakan undi pos dipangkah oleh orang lain.

(pengundi TLDM: 227 pengundi biasa, 12867 pengundi pos)


Sekarang nak buat apa? Nak kuburkan Umno/BN melalui pilihanraya? Realistik la sikit.

Semua orang ingat Pangkor adalah kawasan yang paling selamat bagi Umno/BN. Itu dulu…sekarang tidak lagi.

Bekas Panglima TLDM sekarang dah melawan Umno/BN. Sorang lagi pegawai tertinggi sudah meletakjawatan. TLDM bergelora dalam tenang. Peluang untuk menumbangkan Zambry di Pangkor semakin meningkat.

TLDM sudah biasa melawan ombak dan juga sudah biasa melawan arus. Dalam PRU 1999, Calon Keadilan mendapat 3328 (48%) undi pos TLDM manakala UBN mendapat 3548 (52%).

Kali ini, undi pos TLDM akan bergegar.

Itu sebabnya mengapa Zambry terpaksa membawa Najib ke Lumut pada 28hb Januari ini. Zambry memerlukan Najib untuk meyakinkan anggota TLDM untuk mengundi UBN.

Kita nak buat apa?

Masalah sekarang bukan kerana orang Pangkor sukakan Zambry. Orang Pangkor tak suka pun kat dia tapi siapa yang nak gantikan Zambry di Pangkor?

Orang dah tak suka kat UBN, tapi masih tak yakin dengan Pakatan. Kalau ikut tradisi atau kuota, Dun Pangkor akan ditandingi oleh PKR..dan ini masalah utama kerana orang tak yakin dengan PKR Pangkor. PKR Pangkor seolah-olah tak bergerak. Mengapa tidak ada orang PKR Pangkor yang menjuarai isu alam sekitar di Pangkor? Mengapa PKR Pangkor seolah-olah buat tak tau tentang apa yang berlaku di Pangkor?

Huh…banyak lagi kerja yang perlu dibuat.



Sumber : malaysiatimes.