Pages

Monday, January 9, 2012

Dato Seri Anwar di bebaskan , yang menang Dato Seri Haji Najib Tun Razak..

Setelah riuh rendah kekecohan yang berlaku sementara nak menunggu keputusan dari mahkamah maka dengan secara rasminya hakim telah menjatuhkan Anwar tidak bersalah....



Dari segi moralnya Anwar memang sudah bersih, walaupun sebelum ini ia memang bersih dari segi zahirnya,,

Tak perlulah kita nak fikir apakah keputusan yang dibuat oleh hakim Yang Arif Dato Zabidin itu atas daya inisiatifnya sendiri sebagai hakim mahkamah tinggi atau pun memang ada arahan-arahan dari pihak atasan mahu DS Anwar dibebaskan....

Namun seperti yang aku katakan Najib juga yang menang, apa tidaknya,, selama ini masyarakat memandang serong dengan sistem keadilan di negara Malaysia, terutama sekali dalam krisis Siapa Menteri Besar Perak antara Nizar dengan Zambry a/l Kadiaq,

Najib telah cuba memberikan imej dasar pemerintahannya satu persatu, walaupun kadang kalanya kita tertipu..., isu ISA yang dimansuhkan, isu perhimpinan termasuk perhimpunan pagi, mana mungkin Ketua Polis KL sesuka hati nak beri kebenaran berhimpun tanpa kebenaran dari yang lebih tinggi,

Mungkin dengan nasihat APCO atas apa yang berlaku dengan kes penghukuman DSAI pada tahun 1999 di zaman Dr Mahathir yang membuatkan PRU 10 Terengganu jatuh ke tangan PAS dan banyak kerusi UMNO yang tewas.membuatkan faktor ini Najib bertukar arah...

Yang paling penting rakyat mungkin terlupa seketika dengan pembebasan DSAI, bagaima dengan isu lem RM250 juta, isu wang zakat, dan bermacam-macam lagi....

Apakah selepas ini Najib dengan imej yang dah bersih, kemudian dibuktikan pula dengan sifat pemurahnya BR1M RM500 setiap keluarga yang berpendapatan kurang RM3 ribu, dan parlimen akan dibubarkan..

Apa pun dengan keputusan ini, tempiasnya PAS mungkin terselamat seketika dari isu pemecatan Hasan Ali diperkatakan di media-media UMNO....

Pakatan rakyat harus bersedia dari sekarang,,, mungkin Najib dah mendapat ilham ketika ini dimana beliau di Afrika Selatan...

5 comments:

  1. sepatut kes dah di buang dari awal dia ingat kita bodo

    ReplyDelete
  2. manusia merancang Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik2 perancang.yakin lah dgn Allah insyaallah Anwar akan KePutrajaya menghirup udara segar menghadap tasek Putrajaya

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...Akhirnya KEBENARAN terbukti sudah.
    Exsailor berlinangan air mata mendengar berita
    ini.Namun LAWAN TETAP LAWAN.Takbir!!!!

    ReplyDelete
  4. laa nie tengah dok temuduga dukun2 handalan di africa pulak sebab rosmah tak berapa nak harap kt master ji dah, sebab beli batu cincin pun org tau,,mandrem apa lancau ini macam bro..

    ReplyDelete
  5. MAHKAMAH TINGGI MEMANG BEBAS TAPI BILA KE MAHKAMAH RAYUAN MUNGKIN JADI MACAM HJ NIZAR...APCO SAJA BAGI KITA SYOK KEJAP,SELAGI UMNO TAK MAMPOS-MAMPOS SELAGI ITULAH ROSAK SEGALA SISTEM DI BUMI MSIA INI.....

    ReplyDelete