Pages

Friday, January 13, 2012

Pandangan penulis Melayu Singapura - 'Putrajaya kini kian ketara menggeletar,'

Melayu Singapura yang selama ini digambarkan oleh media-media UMNO kononnya hidup tertindas akibat pemerintahan parti Cina PAP... Namun dalam dok kata mereka tertindas namun pemikiran mereka lebih ke depan dari pemikiran melayu UMNO sendiri,,,,

Sila baca apa yang penulis Singapura nukilkan buat politik Malaysia, moga-moga ada kebenarannya...


13 Jan 2012
http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/static/image/ax1/spacer.gif
KOMENTAR
http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/static/image/ax1/spacer.gif
PANDANGAN
Erti luas pembebasan Anwar Ibrahim
http://cyberita.asia1.com.sg/mnt/static/image/ax1/spacer.gif
Oleh
Maarof Salleh

SESUDAH bebas daripada pertuduhan liwat, tampak kerjaya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak segera terkubur seperti yang dijangka oleh banyak pengamat, termasuk beliau sendiri.

Dapatkah Datuk Anwar, seorang tokoh berkarisma, menjayakan misi pembangkang Pakatan Rakyat (PR) iaitu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kelak?

Datuk Anwar sudah pun menegaskannya dalam reaksinya selepas Hakim Mohd Zabidi Mohd Diah membacakan keputusan.

Seperti banyak rakyat Malaysia, beliau gembira dengan keputusan yang mengejutkan itu.

Terdahulu, memang ada semacam agenda mempengaruhi orang ramai agar percaya bahawa ketua pembangkang itu memang bersalah.

Dalam melawan arus itu, kumpulan penyokong Datuk Anwar berkempen ke seluruh negara bagi menjelaskan versi mereka, menegaskan bahawa Datuk Anwar adalah mangsa konspirasi politik untuk menghancurkan kerjaya politiknya.

Dari segi lain, Datuk Najib dan ramai menteri Umno menyifatkan keputusan membebaskan Anwar itu bukti bidang kehakiman masih merupakan institusi bebas yang tidak terpengaruh dengan tekanan kerajaan.

Kelompok yang lega dengan keputusan mahkamah itu percaya Datuk Anwar telah teraniaya kerana pendirian politiknya yang mencabar kedudukan kepimpinan politik yang sedia ada.

Mereka termasuk orang-orang yang mahu melihat Datuk Anwar meneruskan usahanya menyatukan pelbagai golongan rakyat Malaysia menerusi reformasi yang menguntungkan semua.

Ini sudah pun beliau buktikan menerusi keupayaannya menjalin kerjasama tiga parti terbesar - Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili aliran dan kumpulan etnik yang berbeza melalui platform Pakatan Rakyat (PR).

Datuk Anwar juga dikatakan mempunyai jaringan kerja yang baik dengan banyak badan bukan pemerintah (NGO).

Di Singapura pun, rakan-rakan Datuk Anwar yang dulunya aktivis Himpunan Belia Islam (HBI), Persatuan Mahasiswa Muslim Universiti Singapura (USMS) dan Pemuda Muhammadiyah, yang sudah mengenal beliau sejak era gerakan belia, turut berasa lega.

Ramai yang masih ingat kunjungan muhibah Datuk Anwar menemui rakan-rakan di sini sejurus selepas beliau dibebaskan daripada kem tahanan Kamunting akibat 'Peristiwa Baling' dalam perjalanannya berucap di Johor Bahru.

Datuk Anwar turut menjadi peserta aktif Seminar Belia Asia yang berakhir di sini yang penutupannya dirasmikan Dr Ahmad Mattar, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Muslim ketika itu.

Sukar bagi mereka yang kenal rapat dengan Datuk Anwar mahu mempercayai bahawa beliau telah melakukan perbuatan tidak bermoral seperti tuduhan yang dikenakan ke atasnya itu.

Walau apa pun reaksi dan emosi yang timbul, keputusan mahkamah itu pasti mempunyai implikasi-implikasi tersendiri kepada Malaysia.

Apakah implikasi utama pembebasan Datuk Anwar?

· Pertama, keputusan mahkamah itu menamatkan satu episod perundangan yang panjang yang umumnya merugikan rakyat Malaysia.

Memang ada ruang membuat rayuan bagi pihak pendakwa. Hakikatnya Datuk Anwar telah dua kali terselamat dalam perbicaraan kes yang sama.

Dalam perbicaraan kes liwat lebih sedekad lalu, walaupun mulanya Datuk Anwar disabitkan bersalah, beliau dibebaskan daripada kesalahan itu oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004.

Kini, hasil perbicaraan kes liwat kedua juga serupa.

Memperpanjang kes ini akan hanya mengulang lagi proses perundangan yang panjang, melibatkan kos yang tinggi dan meletihkan semangat rakyat.

Masa produktif akan tersesia.

Bukan sedikit rakyat yang mendapati kes ini hanyalah satu manipulasi politik yang memecahbelahkan perpaduan rakyat.

Salah guna agama juga berlaku apabila ritual agama seperti sumpah laknat dijadikan mainan di kalangan pemain aktif kes ini.

· Kedua, terpapar isyarat institusi awam Malaysia, terutama kehakiman, mula bangkit untuk dihormati.

Jika benar keputusan mahkamah kali ini menjadi bukti institusi kehakiman negara itu bertindak bebas tanpa sebarang pengaruh politik kerajaan, maka ini tanda positif bagi kebangkitan institusi-institusi awam yang penting.

Sebelumnya, beberapa institusi awam seperti polis, kehakiman dan suruhanjaya pilihan raya sering menjadi sasaran kritikan kerana dituduh tidak bersikap bebas dan adil dalam menjalankan fungsi masing-masing.

· Ketiga, tampak bermula perubahan dalam imbangan kuasa politik.

Banyak pengertian politik dapat dirumus daripada keputusan mahkamah yang terbaru ini.

Di satu pihak, imej BN yang memerintah, terutamanya Umno yang menjadi tunjangnya, kian dipersoalkan dalam 'menamatkan' pencabar utamanya.

Dengan Datuk Anwar bebas, kini medan politik terbentang luas.

Ertinya, 'Faktor Anwar' akan menjadi lebih bertenaga dalam perjuangan pembangkang dan PR menjadi satu realiti yang harus diterima bukan sahaja dalam perkiraan BN, bahkan politik Malaysia.

Kebangkitan PR pimpinan Datuk Anwar, bersama krisis dalaman berpunca daripada skandal rasuah beberapa tokoh veteran BN, termasuk dalam Umno sendiri, pasti akan mengenakan pengaruh yang besar dalam struktur politik masa hadapan Malaysia.

· Keempat, detik penentuan PRU13.

PRU13 dijangka oleh banyak pengamat berlangsung selewat-lewatnya Mac ini.

Apakah dengan perkembangan terbaru ini, ia ditangguhkan bagi membolehkan PM Najib melakarkan strategi baru bagi mengekalkan kuasa di Putrajaya?

Isu moral Datuk Anwar kini tidak boleh dijadikan modal pilihan raya umum kelak.

Ternyata strategi sedemikian sudah tidak laku lagi.

Sebaliknya, kedudukan Datuk Anwar yang sebelum ini lebih banyak bertahan pasti berubah untuk melancarkan serangan-serangan baru menerusi pembahasan isu-isu ekonomi negara, gejala rasuah berprofil tinggi dan hubungan antara kaum yang kian tercabar.

Semua perubahan itu menuntut PM Najib dan pasukannya melakarkan strategi baru yang ampuh bagi menjawab cabaran PR.

Oleh itu, lebih banyak diperlukan sehingga PRU13 harus ditangguhkan.

· Kelima, apakah berlaku rombakan dalam Umno?

Walaupun tampak kian lemah, Umno masih merupakan antara parti politik Melayu yang terkuat.

Ramai orang Melayu yang masih mempunyai pertalian emosi yang kuat dengannya.

Mereka mungkin tidak senang dengan beberapa individu dan pemimpin dalam Umno tetapi tetap sayang kepada parti tersebut.

Situasi ini mungkin mengundang berlakunya perubahan dalam pucuk kepimpinan Umno, terutama jika pemilihan pucuk pimpinan mendahului tarikh PRU13.

Dalam perubahan itu, Umno mungkin perlu menunjukkan kepada anggotanya, juga kepada warga Malaysia, bahawa parti itu peka dengan kebimbangan rakyat dan mahu membersihkan kepimpinannya daripada gejala rasuah.

· Keenam, menguji formula R.A.H.M.A.N.

Perkembangan terbaru dalam politik Malaysia termasuk masalah dalaman Umno, ditambah dengan keputusan mahkamah yang terbaru ini, menguatkan lagi cakap-cakap angin bahawa Datuk Najib akan menjadi perdana menteri yang terakhir dalam formula urutan ketua kerajaan yang mewakili Umno (dan kerajaan BN).

Mengikut formula itu, perdana menteri bermula dengan (Tunku Abdul) Rahman, diikuti Abdul (Razak), Hussain (Onn), Mahathir (Mohamed), Abdullah (Badawi) dan akhirnya Najib.

'Putrajaya kini kian ketara menggeletar,' demikian servis mesej singkat (SMS) yang saya terima daripada rakan di Kuala Lumpur.

Apakah beliau bermaksud Datuk Anwar sudah memulakan perjalanan ke Putrajaya untuk menggantikan PM Najib?

Kita lihat nanti.



Sumber : cyberita.



No comments:

Post a Comment