Pages

Sunday, January 8, 2012

Rosmah oh Rosmah ... Najib menjadi mangsa mu..

Lihat sendiri, lagi rintihan dari bloger UMNO,,, aku cilok balik...



Tahniah Rosmah Kerana Mencalarkan Imej Najib

Rosmah oh Rosmah

Gambar ini telah dijaja oleh PR untuk memburukkan nama suami mu Najib

Kenapa Najib perlu menunggu mu di tangga sedangkan kamu bersalam-salaman, seolah-olah Agung yang diiringi oleh PM

Ini menunjukkan Najib selalu mengikut telunjuk mu pada pandangan rakyat

Dikau boleh buat apa saja dan Najib menurut saja kerana takut membantah

Ini lah apa yang rakyat rasa walau dikau kata itu tidak benar

Tetapi kebenaran yang sebenar tidak penting pada dunia hari ini

Kebenaran didepan mata yang menjadi timabang tara rakyat untuk membuang undi

Rosmah oh Rosmah

Dikau lah perosak imej suami mu Najib

Tidak kesiankah dikau dengan suami mu yang kau "cintai"

Untuk makluman dikau, Najib bukan kekasih mu semata

Najib adalah kekasih sekelian rakyat jelata

Jangan dikau perlakukan mengikut kehendak mu

Kerna rakyat akan bangkit mempertahankan kekasih mereka

Tetapi malangnya

Kebangkitan rakyat boleh jadi dengan mengundi pihak PR

Semua itu hanya bencikan tingkah mu memperlakukan kekasih mereka

Rosmah oh Rosmah

Perlakuan buruk mu bukan sekali terjadi

malah ratusan kali imej suami mu dikau calar

Dikau pijak, dikau buang ke tanah

Selepas satu isu, satu lagi dikau kerenahkan

Semua pengiring mu menjaja tabiat burukmu semasa di luar negara

Dikau kaki pemborong mewah, Dikau lah first lady

Rosmah oh Rosmah

Rakyat mengundi dengan emosi

Rakyat mengundi menolak yang mereka benci

Rakyat mengundi menolak pemimpin yang mewah melampau

Rosmah, Pakatan Rakyat pasti bersetuju hati

Dengan ucapan terima kasih daun keladi

Luahan Rasa: Markonah binti Pengkil







1 comment:

  1. Kastam tolong sediakan sikat untuk menyambut kepulangan Rosmah dari Afrika Selatan. Manalah tahu, terlekat butir-butir atau serbuk berlian berkualiti tinggi di rambutnya. Nanti jadi isu macam kes cincin berlian 25 juta pulak... kesian Najib dan blogger-blogger porno nak mempertahankan tindakannya.

    ReplyDelete