Pages

Sunday, January 1, 2012

Ucapan Selamat Tahun Baru 2012 buat PM dari Blogger UMNO..


Assalamualaikum wbt kepada Dato Seri sekeluarga.

Sempena menyambut tahun baru 2012 ini saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 semoga Dato Seri terus diberi kekuatan dan kesihatan yang baik oleh Allah swt untuk terus memimpin negara ini,memelihara dan membelaagama Islam.mengangkat martabat dan maruah bangsa Melayu ketempat yang sepatutnya dan memastikan rakyat berbilang kaum yang menghuni bumi bertuah ini hidup dalam keadaan aman,sentosa dan bersatu padu.Amin...

Sebelum saya meneruskan kata kata izinkan saya memohon kemaafan terlebih dahulu jika kedapatan kata kata yang akan menyinggung perasaan Dato Seri dalam saya menyusun bicara.Sesunguhnya segala yang baik itu dari Allah swt dan tidak baik itu semestinya datang dari diri saya sendiri.Allahu'alam..

Dato Seri,

Pejam celik pejam celik sudah hampir 3 tahun DS menjadi Perdana Menteri kita sejak mengambil alih dari Pak Lah 3hb April 2009.Rakyat yang begitu tertekan dengan kepimpinan Pak Lah yang sepanjang masa terlena dan dengan kerakusanREGIM TINGKAT EMPAT yang sepanjang masa merompak kekayaan negara merasakan kehadhiran DS sebagai satu RAHMAT dan PENYELAMAT yang di utusAllah swt kepada bumi bertuah ini dan rakyat nya untuk keluar dari 'kehidupan malap rejim Pak Lah'.Begitu tinggi PENGHARAPAN semua rakyat terutama nyaORANG MELAYU untuk melihat DS mengubah keadaan sebelum itu agar rakyat dapat merasa kembali rasa SELAMAT dan SELESA yang pernah dikecapi sebelum ini.

Memandangkan DS mewarisi MANDAT SAKIT yang tidak selesa dari Pak Lah dan segala macam KUMAN SIPILIS dan GONORRHEA dari kepimpinan Pak Lah,rakyat tidak terlalu mengharapkan DS melakukan KEAJAIBAN untuk memperbetulkan segala macam KEMUSNAHAN yang telah dilakukan Regim Pak Lah terhadapEKONOMI dan POLITIK negara.Cukuplah sekadar rakyat tidak tertekan denganbebanan kos sara hidup yang tinggi begitu menekan sekali hasil kerja tanganPak Lah dan Kerajaan dibawah kepimpinan nya.

Kini musim 'bulan madu' Dato Seri telah tamat dan kalau ibarat anak kecil yang baru lahir yang menjangkaui usia 3 tahun pastinya sudah pandai berjalan dan berlari dan najis pun dan jadi keras,begitulah ibaratnya dengan pemerintahanDS hari ini.Tiada lagi kompromi dari pihak rakyat walaupun rakyat tidak mengharapkan Dato Seri melakukan 'miracles' (keajaiban)
dalam memperbetulkan kerosakan yang telah berlaku.

Dato Seri,

Saya faham setiap pemimpin besar ingin meninggalkan LEGASI masing masing agar dikenang rakyat.Tapi dalam usaha mencipta dan mencetus LEGASI kadang kadang pemimpin terlalu ghairah hingga terlupa apa yang nak dicetuskan itu memakan dirinya sendiri dan menjadi BAHAN LAWAK selepas dia tidak lagi berkuasa.Ambil saja contoh HADHARI dan pencetusnya..apa sudah jadi dengan gagasan itu?

Tidak lebih dari bahan lawak ISLAM HADHARI dan IMAM HADHARI yang menjadi punca rakyat ketawa berdekah dekah hari ini bila dibicarakan diwarung warung kopi.Tun Mahathir yang mencetuskan WAWASAN 2020..adakah kita memanggil beliau dengan gelaran BAPA WAWASAN 2020?Pasti tidak..kerana beliau dikenali sebagai BAPA PERINDUSTRIAN NEGARA dan bukan Bapa Wawasan 2020.Tapi adakah pencetus gagasan Hadhari digelar "Bapa Hadhari'?...Tidak bukan?Kerana dia hanya digelar dan dikenali sebagai 'BAPA MERTUA KHAIRY'.

Berapa lama kekeliruan yang timbul bila Dato Seri mencetuskan gagasan 1Malaysia?Begitu lama sekali sehingga jentera Jabatan Penerangan,Kerajaan dan Umno terpaksa terus terusan memberi penerangan sehingga kehari ini.Begitu payah untuk rakyat menyerapkan gagasan 1Malaysia ini ke minda mereka sedangkan 'paksi utama' gagasan itu amatlah mudah.iaitu...PERPADUAN.Kerana apa?Kerana gagasan ini amat samar samar dan mudah di manupulasikanberbagai pihak mengikut tafsiran dan kepentingan kelompok masing masing.Kalau sudah begitu SAMAR dan MENGELIRUKAN,apakah DS yakin gagasan ini akan terus dibawa oleh pemimpin terkemudian atau ianya akan MATI sapertimana matinya HADHARI sebelum ini?

Dato Seri maafkan saya...

Mungkin laporan yang DS perolehi dari berbagai sumber sejak memegang tampuk pemerintahan semuanya baik baik belaka dan membuat Dato Seri senantiasa"feel good",apatahlagi dengan nasihat dan pandangan yang diberi oleh Punahsihat dan ConSultan yang ramai melekat macam dedalu didahan pokok didalam pentabiranDS.Maka timbulah berbagai SPV (special purpose vehicle) dengan berbagai AKRONIM untuk menterjemahkan berbagai bagai TRANSFORMASI YANG BERAKRONIM hasil 'perahan otak' manusia luarbiasa bernama IDRIS JALA.Maka segala macam langkah tranformasi telah DS umumkan sejak menjadi Perdana Menteri,ada yang saya masih ingat tapi banyak yang dah saya terlupa.Bayangkan orang macam saya yang menghabiskan 12-15 jam sehari melayari alam siber pun boleh terlupa apatah lagi pakcik makcik kat kampung sana?

Dalam pada itu kemunculan dan peranan adik DS sendiri Nazir Razak dalam setiap langkah besar kerajaan sebagai penasihat kewangan berhubung pemilikan dan penstrukturan semula SBK(syarikat berkenaan kerajaan) atau GLC tidak membantu langsung imej Dato Seri dimata rakyat.Mas-AirAsia, QSR Brands dan Penyenaraian FGV adalah di antaranya dan akan ada banyak lagi yang bakal mendatang dan mesti ada CAP JARI NAZIR TUN ABD RAZAK diatasnya.Itu belum lagi diambil kira RAKSAKSA RAKSAKSA yang mengepalai GLC GLC ini.Jadi apa yang DS harap sebagai persepsi rakyat bila KERAKUSAN makhluk makhluk diatasMELAHAP kekayaan yang rakyat percaya sebagai MILIKNEGARA hanya untuk memperkayakan beberapa kerat diantara mereka?

Orang paling dekat dan paling rapat dengan Dato Seri sendiri saperti ISTERI dan ADIK tidak juga membantu 'pembentukan imej baik' yang DS perlukan.Tak perlulah saya perincikan disini sebab Dato Seri dan satu Malaya pun dah tahu apa dia.Mungkin DS tidak pernah mendengarnya sendiri kerana setiap kali turun padangWALKABOUT ROUNDABOUT nampak sambutan nya ok je,tapi tiga langkah kehadapan rakyat duk 'sosek sosek sinis' perihal Datin Seri Hajjahdibelakang..dan itulah HAKIKAT dan KENYATAAN nya.Sebagai rakyat,ahli Umno,penyokong kerajaan dan penyokong Dato Seri..sesuatu yang amat memilukan hati saya bila ISTERI PEMIMPIN NO 1 negara dijadikan bahan lawak dan cerita disetiap penjuru negara oleh rakyat.Salah siapa???...dan belum pernah dalam sejarah negara kita ISTERI PERDANA MENTERI diperlakukan sedemikian.Maafkan saya kerana terpaksa berterus terang...

Dato Seri..

Ada banyak lagi keluh kesah dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap Dato Seri terutama yang melibatkan Orang Melayu,Agama Islam dan sikap tunduk dan akur Dato Seri terhadap tekanan dan desakan kaum lain,tapi cukuplah setakat ini dahulu yang saya catitkan.Mungkin dengan izin Allah swt dilain waktu dan ketika akan saya coretkan dalam Siri SURAT TERBUKA UNTUK PERDANA MENTERI yang saya mulakan malam ini.Harap harap tiada keperluan untuk saya berbuat demikian dilain kali.

SAYA UCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 KEPADA DATO SERI DAN DATO SERI HAJJAH SEKELUARGA,SEMOGA ALLAH SWT SENANTIASA MEMBIMBING DATO SERI DALAM MELAKUKAN PERKARA YANG BETUL DALAM AMANAH YANG DI LETAKAN DIBAHU DATO SERI HARI INI.AMIN

ASSALAM




1 comment:

  1. Tak perlulah berkhutbah kepada PM yang berkepecayaan 'Islam Protestant' ini.

    ReplyDelete