Pages

Monday, February 27, 2012

Akad Nikah di Masjid !!

Kenduri kahwin dah pun bermula, sejak hari sabtu lepas, dua hari Sabtu dan Ahad dapor rumah aku tengahari tak berasap,, sebab ada jemputan kenduri walimatul urus...

Minggu depan cuti sekolah bermula ada lagi rasanya,, kad jemputan pun terima dah,,

Hampir setahun yang lalu,, ahli majlis fatwa Perlis ada menyuarakan tak berapa sesuai akad nikah di masjid,, klik nikah-di-masjid-bukan-amalan-rasulullah-kata-majlis-fatwa-perlis/.

Ramai yang tak setuju dengan saranan tersebut,,, tetapi kalau macam ni,, punya rupa agak-agak setuju ka tidak saranan tersebut dilaksanakan...


Teruk-teruk Ostad Kazim pun bila bab macam ni aku rasa dia pun tak setuju....

3 comments:

  1. betol sangat la tu...majlis akad nikah tidak sesuai di masjid.kahwin ni org kata bina masjid je...xde plak kahwin dlm masjid.sbb utama tak sesuai kerana perempuan2 yg didatangi haid dilarang masuk masjid.dlm ramai2 perempuan mesti ada yg haid hr nikah tu.kesian kt dia tak dapat tengok majlis,terutama kalau yg haid tu mak pengantin ke....kalau pengantin sendiri lagi bahaya...dh tempah masjid takkan nk batal kan...jd nikah dlm haid dlm masjid...kahwin pon xberkat.....hu3....sbb tu tak bahagia..

    ReplyDelete
  2. Tah sejak bila la plak jadi trend, asal nikah je masuk Masjid... tu baru baju belum lagi 'acara batal ayaq semayang' jurunikah pun bebai.. tak reti ke nak advice nikah kat rumah ka kedai kopi ka...

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum...maaf mencelah di sini...klu benar tidak boleh nikah di masjid, kenapa ustaz yg menjadi juru nikah kami dulu x bgtahu ttg hal ni ye? sebaliknya pada masa tu ramai yg kata nikah di masjid lagi baik kerana tiada byk gangguan syaitan.. majlis akad juga berlangsung dgn baik, di mana semuanya berpakaian sopan dan senyap menghormati majlis akad nikah yg dijalankan... suami juga sekali lafaz je masa akad nikah, Alhamdulillah, takde rasa gugup... berbanding dgn majlis akad nikah adik2 ipar yg buat di rumah, suasana bising, dan terpaksa ulang lafaz nikah kerana tidak jelas... harap dapat penjelasan dgn lebih jelas, seperti bukti yg sahih daripada dalil dan sebagainya.. sekiranya benar, saya turut akan membantu myebarkan perkara ini kpd mereka yg tidak tahu supaya tidak bernikah di masjid... oh ye, sebut pasal kahwin tak bahagia bila bernikah di masjid, bahagia atau tidak itu adalah ketentuan Allah dan kesilapan kita sendiri...abg sy nikah di rumah pun bercerai jugak.. jadi bukan salah tempat bernikah itu yg menjadi punca tidak bahagia..tapi puncanya dari amalan hidup kita sendiri...wallahualam...

    ReplyDelete