Pages

Friday, February 17, 2012

Mana lebih utama,, Senbahyang Isya' atau selawat dan marhaban...

Teringin aku nak tengok ceramah sempena maulidur rasul di masjid daerah selepas magrib tadi, oleh kerana letih sangat hari, aku pergi lewat sedikit, teringin nak pegi bukan apa, sebab dengan nama penceramahnya hebat,, Habib Mohd Mustafa Alhadad,, dari Kuala Lumpur, lulusan Hadharulmaut Yaman...

Waktu aku sampai, penceramah belum lagi habih berceramah,, kehadiran jemaah boleh dikatakan ramai juga, aku tak mau komen bab ceramah,, bila habis saja ceramah, lebih kurang jam 9.00 +, pengerusi majlis pun bangun, berucap sikit dan bagi tau akan ada program berselawat pulak,,

Maka masuklah pelajar-pelajar sebuah sekolah agama dari Manjung juga dengan membawa gendang (kompang) ke hadapan,, tempat makmum sembahyang disaf pertama, mereka berselawat ala-ala arab diselangi dengan nasyid-nasyid arab, kata seorang jemaah sebelah aku, macam bacaan sastera shakespear pun ada juga... dan ada juga sedikit berzanji kalau akau tak salah dengar dan kemudiannya mengajak makmum bangun berdiri ikut sama-sama berselawat dan marhaban sekali....

Aku tak mau nak komen apa-apa bab ni, tapi kalau ceramah atau tazkirah, tak kisahlah,, semua makmun faham apa yang disampaikan,, ini banyak makmum yang bangun dan keluar teruis balik rasanya tanpa solat isya;

Apa salahnya sembahyang isyak dulu, lepas sembahyang, nak marhaban ka, nak berdondang sayang ka sampai masuk waktu subuh pun tak kisah, lantak hangpa lah,,

Dari sini aku terpandang seorang hamba Allah yang sibuk menguruskan pelajar-pelajar untuk program tu,,, ustaz Abu Naiielah pernah cerita dengan aku,,, yang hamba Allah inilah yang sibuk menghalang beliau untuk mengaja r dimasjid dan memberi amaran pada nya supaya jangan mengajar bab bla,bla,bla,bla,,nanti akan timbul perpecahan,,, , dan kini aku bertambah faham,, kenapa ia marah sangat dengan Ustaz Abu Naiielah....


1 comment:

  1. Aku pergi juga kat Masjidni.... aku terkejut juga dalam masjid depa bergendang.... Aku tunggu jugalah lepas solat isyak dan ambil sekotak nasi ayam akupun balik.... Aku takmau kemenle sebab aku makmum masjid Desa Bayu....

    ReplyDelete