Pages

Monday, February 13, 2012

Masaalah pentadbiran Masjid KDSK - Seorang dari Imam telah meletak jawatan..

Siang hari ini banyak kerja yang aku kena selesai, sehinggalah aku terpaksa pergi ke pejabat khidmat DUN Pasir Panjang untuk meminta sedikit nasihat dan bantuan....

Sampai sahaja, bila nak masuk, dah ada orang dalam pejabat tu selain dari Encik Hamidun dan Encik zaid,, iaitu Imam Masjid KDSK dengan dan isterinya...

Tak jadi aku nak masuk,, terpaksa tunggu kat luat dahulu, sehinggalah isteri imam tu keluar tinggal imam kat dalam pejabat baru aku masuk,, masih rancak berbual, aku tak masuk campur,, selepas salam dengan mereka bertiga, terus duduk kat keruti setti di tepi dinding...

Kesimpulan dari apa yang dengar perbualan imam dengan En Hamidun,, sesekali aku sampuk juga,,
Imam tak puas hati cara pentadbiran terutama sekali kewangan hasil kutipan derma sembahyang jumaat...

Menurut imam kutipan dari derma solat jumaat, cukup banyak, mengikut anggarannya yang sebelum ini melebihi dari RM2,000.oo setiap kali solat...
Yang menghairankannya, apabila duit dikeluar dari tabung, pihak ajak dengan bendahari hanya ,menyusun-nyusun duit tu, tak dibilang pun,, bendahari bawa balik bilang ke rumah,, he he boleh percaya ke bendahari tu.. ?..

Lagi satu, sewaktu mengambil alih dari AJK Masjid yang lama, baki kewangan masjid ada lebih kurang RM150,000.00, tetapi sekarang ni, selepas setahu lebih baki yang tinggal hanya RM60,000.00 lebih sahaja,, kema na pergi wang tu, apa yang dibelanjakan,, nak buat parking kereta pun masih tak mampu lagi,,sedangkan tiap-tiap kali solat jumaat ada wang masuk,,,

Menurut imam tu, perkara ni bukan kerana Pengerusi Masjid, tetapi ada pihak lain yang dok guna remote control,,, menyebabkan Pengerusi, bendahari dan AJK terpaksa ikut arahan.....

Dari sini aku sempat tanya kat imam tu, waktu Haji Musa yang jadi pengerusi Masjid OK ke tak,,, imam tu bagi tau waktu Haji Musa pengerusi, pengurusan masjid memang terbaik, sehinggakan ada pihak yang menganggap Haji Musa tu sebagai pembangkang dalam UMNO...aku kenal Haji Musa ni,, walaupun dia ahli UMNO,, tetapi Nizar selaku ADUN Pasir Panjang, dia bagi kebenaran untuk Nizar nak bagi tazkirah dalam masjid KDSK, sebab katanya Nizar berhak kerana dia ADUN KDSK...,

Oleh kerana tak mau bersubahat, setelah puas ditegur oleh imam ni, maka beliau terpaksa meletak jawatan,, sebab tak nak bersubahat,, lebih rela hilang elaun imam,, walaupun baru-baru Najib ada umum, elaun imam, guru kafa akan dinaikkan lagi.....





4 comments:

  1. Perbadanan Kedah Berhad (PKB). Dirasakan Pengarah dia (Hj. Harun) dalam kumpulan geng songkok tinggi sebab tindakannya tidak menguntungkan Kerajaan Negeri atau Parti.Dari mula dilantik sampai nak habis penggal tak nampak projek hasil tangan dia.Income harapkan dari sewaan saja.Kakitangan yang bukan kroni dan penyewa di maki hamun je kalau dia tak suka.Tolong perati orang ni.Yang dok support dia Hj Shahabuddin (ALK PKB).

    ReplyDelete
  2. tahniah imam semoga Allah memberi RahmatNya kepada anda

    ReplyDelete
  3. Bendahari kena sedia penyata akaun - wang keluar-masuk, dan dibentang setiap kali mesyuarat AJK Masjid, kalau masinh enggan kena adu kepada SPRM.

    ReplyDelete
  4. Aslkm syeh, isu ni melibatkan maruah org, samada yang dipecat atau yang kena tuduh, jadi bagi kita orang yang ada agama kenalah dengar kedua-dua belah pihak dulu. Baru boleh tahu kedudukan sebenar, kalau tidak kita jadi mcm UMNO le, asyik dengo TV3 suku je, maklumat lain tak mau dengar. Kalu anta pun kena tuduh makan duit dan tak diberi peluang memberi penjelasan, macamana?

    ReplyDelete