Pages

Saturday, February 18, 2012

Subhanallah - Lihat sendiri ribuan manusia di Kuliah Ust Azhar Idrus di Surau MADAH

Moga-moga mereka hadir ke program ni akan membantu Islam tertegak di muka bumi Malaysia... Insyaallah.


Sumber gambar ni dari http://www.facebook.com/photo.



















Sumber gambar-gambar ni dari https://www.facebook.com


Ada banyak lagi gambar-gambar .. Klik sini








20 comments:

  1. PAS telah mengajar penganutnya akan kebencian melampau terhadap sesama Islam hanya kerana KUASA POLITIK yang mereka letakkan entah dimana! perjuangan Islam dipinggirkan....dan pengiktirfan keatas Israel bersama sdr Anwar mungkin akan berlaku..!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Lebih manis bila tgk warga navy juga berbondong-bondong dtg. Harap perkembangan positif ini menjadi pemangkin kpd gelombang kebangkitan Islam dlm navy. Terlalu byk kecelaruan yg berlaku kini.....ditadbir bukan atas dasar kepentingan perkhidmatan tetapi lebih kepada pertimbangan kepala hangin sang nahkoda semata. Digembargemburkan wawasan utk jadi world class konon tetapi apakah mungkin ‘retorik’ ini bisa tercapai bila bahtera berterusan dikemudi oleh sang nahkoda yang;
    i. Suka pakai bomoh sebagai kaedah penyelesaian masalah.............ada ke patut, kapal terbakar ditaburnya beras. Hhmmm lupa nak tanya UAI mlm tadi apa hukumnya amalan sedemikian.
    ii. Bongkak dan sombong dgn pangkat dan gelaran yg dimiliki........seolah dialah pemilik kuasa mutlak.....maki hamun pegawai bawahan dah jadi rutin biasa tanpa sedikit pun peduli maruah org yg dihamun.
    iii. Pendekatan yg diambil dlm kaedah membangunkan navy bukan atas dasar “know-how tetapi know-who’........kroni diutamakan, ‘musuh’ dibakulsampahkan.
    iv. Hilang fokus kpd core bznes. Menang sukan seolah dah macam menang perang....konon itulah mission accomplishment yg paling dibanggakan. Keadaan kapal yg semakin hilang taring (less mission capable) tak penting ........dah jadi low priority. Patut la kadang tu golf dilihat sebagai profession, navy as part time jee.
    v. Tidak bersikap apolitical. Dilihat sangat anti kpd pembangkang.........lebih umno dari umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari lenggok bahasa dan tutur kata anon 1151 cuba menampakkan keikhlasan, nam.un sayang apabila dibaca dengan teliti komen saudara wujud ungkapan dendam dan apa yg boleh dirumuskan saudara anon tegolong dlm golongan yg kecewa. Kenyataan saudara anon "musuh" sedikit sebanyak telah mendedahkan sedikit maklumat diri saudara anon. Lebih tepat kalau saya katakan bahawa saudara anon adalah dalam kelompok yang tercicir dari angkatan yg lain. Atas sbb itulah saudara anon menjadikan lapangan ini sebagai tempat untuk melepaskan segala yg terbuku. Tapi menjadi adat manusia, hanya suka melihat kesapan orang tanpa sama sekali cermin diri sendiri apatah lagi untuk memperakui kesilapan diri. Kita selalu lupa bahawa dlm kita menuding satu jari kepada orang lain terdapat 4 lagi jari yg menuding diri kita sendiri. Apa kata saudara anon 1151 muhasabah diri, cerita yg betul apakah kesilapan diri sehinggakan diri tercicir dari landasan. Jawapannya tentu ada pada saudara anon 1151. Janganlah dibuat tohmahan tanpa bukti, sekadar dengar cakap orang tentu hukumnya kita tahu. Tidak sesekali saya bertujuan untuk mengaibkan saudara anon namun nasihat saya tepuk dada tanyalah iman sendiri. Kalau kita tak kenal rapat dgn nakhhoda tldm baik kita jangan buat tohmahan membuta tuli.

      Delete
  3. Neutral

    a. Dari lengok bahasa NAVY THE BEST mungkin ianya salah seoarang yang menyokong pucuk pimpinan, ringkasnya orang yang menyokong dengan YES SIR .

    Pendapat saya memamg diakui pucuk pimpinan seolah-olah menjadikan TLDM seperti SDN BHD ,sebahagian daripada org ats mengangap NAVY seperti bapa dia orng punya syarikat. Angkuh, tapi bodoh sombong . Lihatla realiti berapa ramai yang menyalak kuat dalam perkhidmatan bila keluar dari perkhidmatan mengharap ataupun menyandar pada firma-firma .

    Tujuan penubuhan TLDM adalah untuk menjaga perairan negara bukanlah melatih anggota menjadi atltet .

    Cuba pandang dan tinjau dengan teliti berapa banyak sistem persenjataan TLDM yang tidak berfungsi dgn sepenuhnya ? Jagan asyik syok sendiri kita ditahap terbaik dalam persediaan untuk menempuh peperangan ...Jangan syok sendiri bro ? Sy tidak mahu mendedahkan ..buat audit secara terperinci ? Dirisaukan bila berlaku peperangan ramai yang akan terjun ke Laut bersama labu-labu ..

    ReplyDelete
  4. Artikel ini jelas menunjukkan pihak pembangkang waima PKR atau PAS memburukkan anggota tentera termasuk pegawai atasan ATM seperti PTL sebagai landasan bagi mencapai matlamat mereka memenangi PRU 13 akan datang. Perkara ini memang disengajakan bagi mempengaruhi pendirian warga tentera dan bekas tentera bagi memenuhi cita-cita mereka. Pambangkang sudah lupa dengan halal haram, dosa fitnah dan bermacam lagi untuk memenangi PRU 13. Pembangkang mempunyai matlamat tersirat menyuntik kebencian di kalangan warga TLDM terhadap pemimpin dan organisasi dengan menabur bermacam-macam fitnah dan cuba 'brain-wash' warga TLDM supaya memilih mereka sebagai pemimpin negara. Kalau betul calon pemimpin pilihan pihak pembangkang ini paling sesuai, kenapa perlu memburukkan orang lain dengan menabur fitnah yang jelas tidak benar. Cuba menangi hati rakyat dan pengikut dengan cara bersih, jujur dan ikhlas. Rasanya dengan cara tersebut kepercayaan dan 'respect' sudah tentu diperolehi tanpa perlu fitnah-fitnah atau menggunakan orang lain sebagai batu loncatan. Kepada warga-warga TLDM hayatilah 4 prinsip teras kita HONOUR, LOYALTY,COURAGE dan PRIDE. Udah-udah lah tu membuat kerja yang tak bermanfaat ni, bawa-bawa lah bertaubat selagi nyawa masih dikandung badan..

    ReplyDelete
  5. Setju dgn pandangan anon 1146 dan syok pula saya baca komen neutral. Cuma saya nak tanya neutral, kalau kata meriam tak leh nak tembak, apo kono mengono dongan ptl, kan ke nampak sangat pengendali dan pembuat maintenance yg bermasalah. Adakah disebabkan motorsikal tak leh start maka bos kilang honds dipersalahkan. Audit dari zaman saya dlam navy lagi dah dibuat dan memang wujud masalah namun dibuat penambahbaikan pada setiap kali inspection. Sukan rasanya tak salah sbb kalau dah mereka harumkan nama negara tak menjadi keslahan tak gitu, cuma mungkin neutral akan persoalkan "kenapa aku tak diraikan begitu?" betol tak. Jawapan yg paling mudah tanyalah diri sendiri dulu, apa yg kita dah buat utk harumkan nama tldm. Kerja rajin rasanya dah dibalas dengan anugerah akc ke p2 ke tapi bila suruh naik kalal selalunya semedang ado masalah, tak gitu. Den dah pencen Bhai dan diam kek Gomeh ni ha, tak ado apo yg den dapek do tapi yag saya nyatakan tu berdasarkan pemerhatian saya dan ramai anak buah saya dalam navy tu. Tak ada pulak dia cerita macam yg saudara neutral ceritakan tu. Saya pon seaman dulu dan tak merasa sangat kerja kat base kalau dibandingkan dgn yg sepanjang masa ada masalah kebajikan la kesihatan la, tapi bilo nak poi board dan-dan sogar. Den kona ptl ni maso dio 3 balak lai, blues gilo orangnyo, togas memang togas tp kalau kita betol sampai habis dia bela. Apo itu tak cukup baik ko. Kalau kita nak kaitkan setiap masalah dlm navy dgn ptl den raso tak kono tu bhai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula baca komen Navy The Best, ingat hati ...biarlah, tapi rasa macam bersalah pulak kalau tidak nyatakan dan sedikit ulasan atas pertanyaanNYA.
      1. "Cuma saya nak tanya neutral, kalau kata meriam tak leh nak tembak, apo kono mengono dongan ptl". tak tahulah takat mana pemikiranNYA(dikaitkan soal motorsikal,nak baca pun malu), kalau dah polisi yang digubal GAGAL memenuhi kehendak perkhidmatan semasa, kenapa pulak pengendali dan yang melakukan senggaraan yang dipersalahkan? Kalaulah penggendali TIDAK diberi kursus yang PROFESIONAL, macamana dia nak tahu kendali? Kalau takat kontrak kursus diberi kepada kroni yang tak tahu apa-apa tentang weopon system, what do you aspect from outcome?(siasat kat FOC tu,yang menganugerahkan nilai kursus dibawah nilai RM 50,000.00.) Cuba rujuk kat ORDNANCE workshop kat base Lumut tu, berapa ramai anggota yang dihantar kursus secara PROFESSIONAL dalam bab maintainance? Kalau pun ada,segelintir PEGAWAI yang "know who" yang dihantar, balik ke PANGKALAN duk tahap sain borang weekend je,yg perlu ILMU adalah LLP!, so siapa pembuat DASAR dan SIAPA yang melaksanakanya(SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB)?. Kalau tak tahu jawapan,bagitau,nanti saya jawab!
      2. Tidak dapat dinafikan dan sememangnya TLDM adalah bagus dan amat baik tetapi DUNGU yang kat atas(pembuat dasar) je banyak yang kaki bodek dan retorik!
      3. RASUAH secara langsung dan tidak langsung sememangnya menular didalam TLDM dari dulu hingga kini, dari LLP hinggalah kepada PTL(bergantung kat mana LUBUK dia bertugas)!MAsa kat dalam SERVICE menyalak kat BNS kononnya mahal,tipu kerajaanlah dan perbagai lagi, dah bersara DIA pulak yang jadi BELACI BNS. BAGUSNYA bekas-bekas PANGLIMA(terutamanya dari teknikal) ni jgn bagi kerja kat BNS(yang terlibat dengan TLDM), bagi je depa ni jawatan yang ada urusan dengan POLIS atau BOMBA(barulah boleh tengok langit tu tinggi atau rendah), duk bagi jawatan kat BNS,masalah kat TLDM(depa ni tukang lobi)!
      4. Secara ILMIAH RASUAH yang berlaku sememangnya boleh dinafikan kerana dalam SOAL paper work,NAVY is the best among semua perkhidmatan tentera tapi cuba tanya anggota TLDM, tanya soal DEPOH BEKALAN ARMADA, tanya soalan tentang NAVAL Support Depoh, siapa yang bermaharajalela? Oooo tidak semua pembelian dibuka TENDER secara online, itu mungkin alasan yang diberi. Bagaimana pula kalau KRONI diberi maklumat awal tentang PROJEK yang bakal keluar dan kriteria yang diperlukan kat padang GOLF atau kat kedai MAMAK? Hantar je quotation dan LIMA company sebagai dummy selesai masaalah disudut ILMIAH elak dikatakan penipuan(PROXY)! Tidak......kan ada BOARD pilih pembida? KALAU dah ARAHAN CO atau maklumat dah bocor, buka E-TENDER hari jumaat tutup hari ISNIN, anggota mana yang berani persoalkan?
      4. Bhai, ORG yg berada ditahap dulu tak sama setelah memiliki KUASA,mungkin akan jadi juga kat kita kalau kita berada dikerusi DIA,itu fakta dan kenyataan. Lagi pun ORG yang TIDAK punya anak tidak sama perasaanya dengan org yg ada anak! Soal Bhai duk kat laut je during SERVICE, jgn duk salahkan org, BHAI tak de cable....terimalah kenyataan tu...ada CABLE beres....itu pun BHAI tak tahu....KESIAN!
      Siapapun yang WARAs samada yang dah pencen atau yang masih berkhidmat mengakui KEPENTIGAN sukan dalam perkhidmatan,yang dipersoalkan ialah KENAPA ahli sukan sahaja yang jadi anak EMAS? Yang duk diamuk GELOMBANG tu tak penting?

      Delete
  6. I. Guna khidmat bomoh?......KAGAT kena buat siasatan nih. Jgn biarkan navy diselubungi kurafat dan belayar dlm kegelapan.
    II. Suka maki?.......yg ni pun kena minta khidmat ustaz supaya bykkan kuliah kpd org bawahan dlm bab “takutlah Allah, bukan pada manusia”
    III. Kroni didahulukan ......siapa tu? suku sakat Mr Thales ke?
    IV. Sukan diutamakan......patut la ada kes llp yg dah 18thn berkhidmat nak minta sambung takleh tapi kalau ahli sukan senang jee.
    Anti pembangkang? Hehehe yg ni nak kena minta tolong geng2 pakatan buat kunjungan hormat ke kediaman rasminya.......sambil kempen ABU boleh la buat assessment terhadap kos renovation mahligainya.......oops

    ReplyDelete
  7. Catatan ini adalah berdasarkan pengalaman dan realiti.Pangkalan TLDM LUMUT dianggap sebagai SAHAM BN sejak dari dulu...Polisi dan perlaksanaan TLDM kini memang boleh dipersoalkan dan boleh dijadikan bahan lawak terkini. Apa tidaknya, seorang Panglima boleh dihubungi bila2 masa sahaja oleh seoarang laskar kelas 2 semata2 kerana laskar tersebut seorang ahli sukan. Jurulatih kat KD Pelandok MESTI memastikan pelatih makan, kalau laskar tidak makan di galley, jurulatih akan dipersalahkan! x kelakar ke? Nak tengok pegawai2 kanan termasuklah PTL and the gang duk buang masa main GOLF, pergi je kat Damai Laut Resort. Kat sana bolehlah jumpa berbagai wajah supplier yg duk nanti nak betting dan nak bayar. Main dgn puak ni dah tentu kena buat kalah,menang nanti alamatnya sakitlah supplier tu, tak kelakar lagi? Skrg ni musim Olimpik nak menjelang kat base lumut, cuba pihak berkuasa pergi check tengok berapa banyak DUIT dari berbagai sumber yg dikenali dgn istilah SUMBANGAN dah pun ada dalam KANTONG! Kalau tak ada kepentingan, ada ke ORG nak bagi sumbangan? PTL tu kan menantu kepada Allahyarham GHAFAR BABA, merit politik adalah MUNGKIN sebab kerusi tersebut dimilikinya. Apa pun alasan, itukan realiti. Seorang yg terdidik dgn DUNIA politik dah tentu akan memelihara dan hanya akan mertabatkan KRONInya, itukan FAKTA! Seseorang PANGLIMA dari yg bawah hingga kepada PTL adalah wajib bertanggungjawab atas apa pun kelemahan dan kejayaan TLDM semada ketika kejadian itu DIA tidur atau sedang main GOLF!

    ReplyDelete
  8. apa nak jadi dgn navy ni.... bayangkanlah sepanjang tempoh pemerintahan panglima sekarang macam2 jadi.. tidak ke terfikir ini mungkin merupakan bala yang diturunkan Allah SWT ke atas pemimpin yg zalim. dah 4 kapal terbakar, satu tenggelam walaupun dpat dinaikkan semla dan entah beberapa yg terkandas diperairan cetek. ramai anggota tldm hari ni mengeluh dgn pemerintahan kuku besi ini. bayangkan perasaan anggota yg telah berkhidmat selama 18 thn apabila tidak dpt menyambung perkhidmatan atas alasan yg remeh temeh. antara alasannya berat badan yg lebih padahal tengoklah perut ptl sendiri. pernahkah beliau melihat perutnya dicermin. begitu juga dgn pegawai2 kanan lain. ada yg tidak dapat menyambung perkhidmatan hanya kerana kesalahan2 kecil yg dilakukan berbelas tahun dulu dan mereka telah dikenakan hukuman. tiadakah simpati ke atas anak bini anggota ini yg memerlukan pembelaan.
    apabila anggota kemalangan bukan simpati dan bantuan yg diberi sebaliknya dianggap cuai dan dihukum tidak boleh menyambung perkhidmatan. siapa di dunia ini yg waras akan mencari kemalangan. tidak menjadi rahsia lagi ada anggota yang tikukarkan serta merta hanya kerana tersilap memanggil tan sri sebagai dato'. kenapa terlalu bongkak angkuh dan sombong pemimpin no 1 tentera laut ini. adakah gelaran itu akan dibawa sampai keliang lahad.. fikirkanlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara mudah boleh difikirkan adalah....Panglima TLDM yang ada sekarang adalah sememangnya tidak layak berada dikerusi tersebut.Keselesaannya berada dikerusi tersebut adalah semata-mata atas merit POLITIK. Apa tidaknya, Menteri Besar Perak Dato Seri Diraja Dr Zamri dikurniakan Laksamana Madya Kehormat, cuba nyatakan secara ILMIAH, apa jasa DR Zamry secara INDIVIDU terhadap TLDM. Kalau atas kapasiti Menteri BESAR, Menteri Besar PAHANG dan Menteri Besar KEDAH juga layak,kenapa mereka ini tidak di kurniakan penghormatan yg sama sedangkan WILAYAH LAUT 1 dan 3 berada di negeri bawah kawalan menteri besar tersebut. Bila Guan Eng naik kapal selam dan memberi sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan...cuba lihat aksi PTL. Satu lagi persoalan,adakah atas kuasa beliau atau arahan dari POLITIK yg menyebabkan BLOGGER PAPAGOMO boleh berada didalam KAPAL SELAM milik TLDM sewaktu berlansungnya LIMA tempohari(RUJUK blog PAPAGOMO)? Adakah beliau TAKUT untuk menasihatkan MENTERI Pertahanan dari sudut keselamatan negara jika PAPAGOMO berada DIDALAM kapal selam(berbagai artikel yg didakwa oleh PAPAGOMO yg dianggap rahsia NEGARA telah tersebar)atau lebih selesa beliau sendiri jadi tukang angguk demi periuk nasi? Satu lagi Jawatankuasa Panglima dan Menteri Pertahanan(Kerajaan PUSAT) perlu memikirkan kembali logiknya perlaksananaan pembayaran WANG caruman LTAT terhadap anggota lain-lain pangkat.
      1. Anggota lain-lain pangkat(LLP) adalah diwajibkan mencarum sebahagian dari gaji yang diterima ke dalam LTAT manakala PEGAWAI adalah tiada peruntukkan untuk mencarum.
      2. Apabila GENAP tempoh perkhidmatan yang melayakkan LLP berpencen, hanyalah caruman dari anggota yang dibayar oleh LTAT manakala caruman dari BAHAGIAN caruman kerajaan tidak dibayar, "kononya" bahagian caruman dari pihak kerajaan digunakan sebagai dana pembayaran pencen. Bagaimana pula dengan PEGAWAI? Mereka ini tidak mencarum dan tiada pun simpanan dana pencen (tiada caruman dari PEGAWAI dan pihak kerajaan juga tidak mencarum),darimana PENCEN mereka dibayar? Jika dari dana pencen,adakah dari dana LLP tadi? Jika tidak,kenapa LLP perlu ada DANA dan TIDAK pegawai? cuba fikirkan dan renungkanlah KEADILANnya!

      Delete
  9. memang ramai anggota tldm yg merungut sekarang. terlalu byk polisi yg menekan dan kebajikan anggota diabaikan. yg sentiasa diberi keutamaan ialah anggota yg bersukan. lihat sahaja bagaimana pengiktirafan diberi kpd anggota sukan. kalau buat salah pun tak dihukum.

    ReplyDelete
  10. Terasa bersalah yg amat sangat pabila membiarkan statement "Laksdya(B) Haji Imran tidak mengenang budi" tergantung tanpa dijawab(selepas ini dirujuk sebagai Haji Imran). walaupun bukan dgn keizinannya, biarlah saya yang menjawab bagi pihaknya dalam bab ini.
    1. Apabila kita menulis waima dalam bentuk apapun biarlah berfakta. Kalau setakat menulis standard tadika baik tak payah buat sakit hati je baca. Perjelaskan apa yang dimaksudkan dgn budi? TLDM adalah organisasi MILIK kerajaan dan bukan milik BARISAN NASIONAL, ada sapa-sapa nak persoal? Silakan.
    2. Haji Imran adalah seorang pegawai teknikal dizaman kecemerlangannya. Kalau diikutkan pengalaman dan senioritynya sememangnya sudah sampai masanya beliau melayakkan diri sebagai seorang Laksamana yang mewakili teknikal, kat mana budi?Oooo mungkin akan dikatakan bahawa kalau tidak kerana PTL belum tentu Haji Imran boleh berada ditahap itu! Mungkin betul pendapat itu tetapi tidaklah seratus peratus, pertama kita pergi ke atas Sifat PERIBADINYA:
    1. Atas kapasitinya sebagai pegawai kanan waktu itu, berbagai anugerah kecermerlangan dibidang AGAMA yang diberikan oleh TLDM, itu budi ke? Tidak! Beliau sememangnya berhak kerana ketinggian ILMU AGAMAnya berbanding dgn apa yang perkhidmatan ADA pada waktu itu.
    2. Sebagai seorang yang SENIOR dikalangan pegawai TLDM dizamannya sepatutnya Hj Imran telah lama diberikan taraf LAKSAMANA tetapi oleh kerana pelbagai polisi yang digubal seperti seorang yang hanya memiliki DIPLOMA tidak layak untuk jawatan KAPTEN TLDM apatah lagi Laksamana atau seorang pegawai teknikal yang membangkang pegawai seaman,gelaplah masa depan.
    3. Bukan Hj Imran sahaja yang di PETI sejukkan, selidik dan tanyalah nasib Kapten Maidin TLDM, tak berkaliberkah ORG ni? Tidak,jawapannya adalah salah masuk KRONI! So...apa yang dikatakan BUDI?
    4. Sewaktu Hj Imran memegang tampuk sebagai Panglima di FMC, tidak dapat dinafikan sudah tentu ada salah dan silapnya(DIA bukan MAKSUM)tetapi yang ingin diutarakan adalah, beliau seorang yang amat disayangi dan disegani oleh semua peringkat anggota waima orang awam yang berurusan denganya. Siapa yang katakan tidak dengan kenyataan ini,silakan!
    5. Perubahan ketara Hj Imran adalah sewaktu beliau kehilangan anak-anaknya yang tercinta,boleh dikatakan seluruh perkhidmatan, mana-mana anggota yang mengenali beliau dan tahu kriteria beliau,pasti turut sama bersedih dengan apa yang beliau alami. Ya memang betul,waktu itu TLDM diPangkalan Lumut melaksanakan pelbagai perkara bagi membantu Hj Imran mengiringkan anak-anaknya keliang lahad, itu budi ke? Tidak itu bukan budi, itu adalah haknya yang termaktub didalam perkhidmatan! Sambungannya selepas ini!

    ReplyDelete
  11. Sambungan sebelumnya tentang "HAJI IMRAN TIDAK MENGENANG BUDI"

    6. Disenja hari sebelum beliau bersara,Hj Imran mula menampakkan diri menyokong PARTI yang membawa wadah ISLAM. PTL waktu itu MUNGKIN tertekan dgn keadaan ini tetapi apa yang beliau boleh buat? PTL senior dalam kedudukan but he is JUNIOR than Hj Imran dalam perkhidmatan! Jadi malu alah! Itu budi ke?
    7. Apabila Hj Imran bersara, apa yang salahnya jika beliau menyuarakan haknya sebagai seorang warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi? Dgn menggunakan political wheel, beliau menyuarakan apa yang selama ini beliau ketahui sebagai kepincangan didalam TLDM berdasarkan pengamatan beliau dan pengalaman yang beliau miliki,kat mana salahnya? Saya yakin 100%, Hj Imran tidak berniat menjahanamkan TLDM, beliau cuma inginkan perubahan atau mengurangkan penderitaan anggota TLDM yang ada kini agar tidak sepertimana PENDERITAAN yang beliau alami sebelum ini. Beliau hanya inginkan apa yang dijanjikan kepada PESARA atau yang akan bersara dari perkhidmatan mendapat apa yang sepatutnya pihak kerajaan janjikan! Tidak kenang budi ke begitu?
    8. Soal serahkan kat TUHAN, Soal yang dikatakan FITNAH, soal dikatakan buka aib dan macam-macam lagi. Beginilah, dalam bahasa mudah, KALAU KUBUR HANPA SENYAP SUNYI DAN TAK KACAU KUBUR ORG LAIN tak apa. Ini tidak kalau tidak diberitahu, yang tak beritahu tu pun tanggung jugak dosa yang tak nak ambil tahu,tahu?
    9. Sampaikanlah kepada saudaramu walaupun satu ayat, ada faham?
    10 Akhir sekali,maaf Pak Hj IImran yang amat saya hormati ditaraf mahkluk,izinkan saya menggunakan perumpamaan yang kasar sikit tetapi mempunyai maksud yang mendalam. Mungkin sebelum ini Pak Hj Imran,sekadar "MENYALAK BUKIT TETAPI BUKIT TIDAK RUNTUH" sewaktu perkhidmatannya. Tetapi kini Pak Hj IMRAN mungkin berharap"MENYALAK BUKIT TETAPI BUKIT TIDAK RUNTUH NAMUN SEKURANG_KURANGNYA KHINZIR LARI!" Maaf Pak Haji!

    ReplyDelete
  12. Selepas soal Laksamana Pertama(B) Haji Imran,akan dikupas nanti bagaimana Apperentis2 kini mengalami nasib malang! akan diperjelaskan satu persatu sebab dan akibat yang MEREKA tanggung! Dalam penulisan diatas,Lakdya sepatutnya dibaca Laksma(kesilapan manusia). Jika di beri ruang, satu persatu boleh kita debatkan didunia maya jika keizinan MANJUNG MARI. Sudah tiba masanyabekas atau yang masih berkhidmat memberi ruang epada MINDA yang ada berfikir sejenak. Tiada satu pun andaian yg akan digunakan didalam penulisan seterusnya. Semuanya akan berdasarkan FAKTA! Dari projek Lekiu, Jebat di Scotland sehinggalah kepada keenam-enam PV yang ada akan dibongkarkan satu persatu.......jika ANDA ada fakta menepisnya....silakan....kalau setakat andaian,baik tak payah buat malu je.....tunggu!

    ReplyDelete
  13. Dunia dah maju,manusia pun dah banyak yang berubah,para blogger yg duk nak londeh manjungmari berbagai cara. Ada yang pakai TAIPING ada yang LADY....dan ada yang Navy the.....
    Gegak gempita mereka ini menghasilkan berbagai cerita yang mungkin BENAr atau mungkin sama sekali tersasar! Kalau semua PUN dok sorok jugak identiti masing2 pasti ada sebab bukan? kalau setakat duk copy paste je dari sumber TLDM,budak tadika permata pun boleh BUAT! Dah rasa ada kaliber dan integriti, berikan fakta dan kenyataan! Jangan duk BUTAKAN mata semata-mata kerana "know who" dan rasa dah selesa. Kalau takat "Taiping" yang duk ambik sumber yang luar tanpa fakta kan menampakkan KEBODOHAN! Dia Leading ke,PO ke atau waima pegawai pun apa masaalahnya? Kononnya DIA ni suka sangat bagi alasan tak nak turun kapal? Yg hang sebagai org yang diamanahkan untuk memastikan keadilan dan kehormatan TLDM dijaga pun nak dikatakan BODOH jugak? Yg hang duk LULUS pertukaran dia tu pasal apa? Kita bodoh nak heret org sama berfikiran bodoh! Cerita apa pasal dulu2? Kalau nak cerita pasal dulu2, sehari satu malam pun x habis? Dah tahu sangat, cuba bagitahu BLOK yang sepatutnya ada sebagai RUMAH KELAMIN kat Blok Pegawai Waren kat BASE lumut tu HILANG kat mana? Yg duk ada Blok 1 hingga 10 dan lompat terus ke 13, mana pergi blok 11 dan 12? Selama duk dalam service,tak pernah tahu ORG yang duk angkut nasi dan sisa buangan kat galley tu duk angkut BERAS dan barang galley kat bawah timbunan sisa tu? Kena tangkap, BUDAk yang tangkap pulak yang kena tukar,fitnah lagi?Kalaulah anggota kapal yang beli beras dgn COXN kat kapal,dapat ditangkap kat GATE,kan main lagi RISIK SEJUK,sibuk mengalahkan BASE nak kena serang! Dah nak siasat sangat, check tengok siapa yang hantar ransum KERING kat kapal? Siapa pun yang dapat KONTRAK, INDIA nilah jugak yang jadi subkontrak berpuluh tahun,apa yang SKANDAL dia buat,siasat le! Dah tak tahu nanti, barulah boleh bagi tahu! Banyaklah kalau nak dedah, dari sekecil-kecil sampai ke sebesar!Belum lagi bab S339,emergency demand,variation order atau kapal belum siap dah kena keluar dari yard,pastu berpeluh pulak SEAMAn nak kena habiskan kerja yang dah pun dibayar untuk yard buat,tak pernah ada pengalaman tu? Kalau takat bangga je duk kapal baik tak payah le oii nak bangga sangat, apa ingat BASE tak ada sumbangan?. Dah tentu kalian berada di MAYA,nak berbicara atau nak sangat berbalas, jawab je cara berfakta, barulah RESPECT! Dah berani berani sangat dgn PENA, CUBA tulis kat BLOG tu tanya PAPAGOMO, woi hang masuk kapal SELAm yang tempat aku PENCEN tu hang ada clerance ke? Berani? Atau tanya je kat blog hanpa tu,KENAPA kerajaan perlu naikkan harga keenanm-enam kapal PV dari RM5.3 billion kepada mencecah kepada RM 8 billion setelah BNS ambil alih dari Penang Shipyard, sedangkan semua kontrak telah ditandatangani dan kesemua HARDWARE telah pun memenuhi SETOR kat PULAU JEREJAK? Tanyalah! Barulah nampak tidak double standard! Tang orang kan main lagi,yang kita pun sama ada sedar? Bila berfakta hang nak jawab apa? Seronok kononnya nak londeh org, hanpa tu pakai ketidak SELUAR dalam? Dilondeh tengah jalan baru lah tahu! TIADA siapa pun yang PENCEN dari perkhidmatan yang menghina perkhidmatan,yang mereka duk bercakap dan menulis adalah MAKHLUK perlaksana!SATU soalan GENTLEMAN, kenapa dikatakan LEBIHAN anggota Apperantice sehingga perlukan pemutihan,tahu? Sedangkan Hak dan kewujudan Apperantice adalah berdasarkan QRN dan pengambilannya di teliti oleh SUMBER manusia? Cer Citer dah tahu sangat?Tahu apa itu DTM?Apa nasib mereka? tunggu....!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sala sejahtera buat adik-adik ku semua,, terutama Anonymous Feb 25, 2012 08:40 AM

      Alhamdulillah, aku terima dengan seadanya diatas mereka-mereka yang melondehkan aku,, ada yang benar mereka cerita tu dan ada yang fitnah....

      Kenapa pangkat aku leading shj,, sebab aku sendiri tak mau pergi kursus, aku pergi LK Q pun dah lebih 12 tahun service, disebabkan brnach stor terlalu ramai waktu tu...dah pakai pkt leading gaji pula kena turun RM12,, mungkin ada yang tak percaya, tetapi itulah hebatnya Navy...
      Sebab utama aku tak mau pergi, service tinggal 3-4 tahun lagi, baru nak pi course PO Q, hati dah malas, dah berumur mula dah malas, tambahan pula bila pakai PO, kena masuk dalam balik sebab kuarter Senior Rate banyak kosong, sedangkan aku dah beli rumah,, dah merasa elaun sewa rumah RM200 lebih waktu tu kalau tak silap...

      Tuduhan mengatakan aku pau supplier adalah satu tuduhan fitnah yang berat,, moga-moga Allah saya yang akan mempertemukan aku dengan LADY Bird Angry hadapan Allah di Rabbul Jalil nanti,itu sahaja yang aku minta...Aku kerja di bahagian komputer sejak 1983 di Log Deph Woodland sehingga di FSD Lumut, jadi aku tiada kena mengena dgn supplier,, kekadang terasa juga bila awai tahun, tengok skot-skot yang kerja dekat pembelian dapat dairy dan kalendar,, tetapi aku tak dapat waktu tu... DO aku paling lama ialah Dato Jaafar Yassin...hangpa pi tanya dia siapa aku,,, Insyaallah dia ingat akan aku anak buah dia...

      Satu lagi tuduhan,, aku buli junior,, masyaallah... tanyalah bebudak yang junior-junior yang mengenali aku,,,,, malas aku nak jawab...biarlah,, moga-moga aku dapat bertemu dgn orang yang buat cerita,,, dan kemudian disebabkan aku diberi rezeki celik komputer, nama aku kena tukar ke PPPM Lumut,,,Dato Anuwi Hasan yang masih sevice lagi tu ambik aku pada tahun 1995 kerja dengan dia,,,sehingga dia draf keluar aku tetapi aku masih dipoerlukan, sehingga tinggal lagi setahun lebih nak pencen, nama aku naik kena draf out ke DBKTLDM,, bukan ke kapal... Kdr Marzuki Ahmad waktu tu tak lepaskan aku pergi,,, tahan aku sampailah aku pergi kursus peralihan pencen... tak percaya pi semak kat PPA,, ada ke nama keluar kena draf kat kapal....

      Aku jadi Ahli PAS sejak dalam service lagi, sijil ahli boleh jadi saksi..

      Kenapa aku dok tulis hentam pihak atasan TLDM,, sebab aku kesian kat adik-adik aku yang teraniya dengan kezaliman,,, aku tau betapa teruk dan seksa bila kena sailing, sebab aku pun dok ikut jadi penumpang kapal bila ke Belawan Medan,, kesian aku terhadap mereka,, nak tidur pun tak katil,, kapal PC crew berlebihan,katil tak cukup,, nak harap elaun belayar sorry lah,, yang ada elaun dobi dgn rangsum,, patut ka,, member yang kat base sedap tidok peluk bini duty 4 hari sekali,,, tu pun boleh balik rumah,... kena yang kapal duty ikut watch 24 jam,,,, nak dapat balik base nasib baik 2 tahun baru boleh,,,

      Bila sesuatu musibah kemalangan jalan raya berlaku,, nak sambung tak boleh,, itu yang aku tak boleh terima,,, aku rasa ini satu kezaliman, berapa orang anggota yang sama-sama dok buat psyioterapi dgn aku dok mengadu,,, jadi di sini aku tak dapat terima...

      Cukuplah kat luar ni UMNO dok zalimi rakyat,, kat dalam Navy pun ramai yang teraniya... jadi patutkan aku nak diam diri dgn apa yang aku dah ada,, kalau nak kira,, lebih baik aku dok diam,, pencen dah ada, gaji dari BNSY ppun ada,cukup dah,,Anak-anak aku pun dah tak ada yang bersekolah lagi dah... pi masjid sembahyang balik tidok,, lagi baik,,, buat apa nak susah payah sibuk hai orang lain,,

      Tapi aku rasa tak adil macam tu,, waktu aku dulu, walaupun gaji kecik,, tetapi aku kerja happy, aku tumpang seronok bila lihat adik-adik aku sekarang yang dapat gaji berkali ganda dari apa yang aku daat,, itu rezeki hangpa,, rezeki aku pun Allah dah atur dah...syukur,,

      Cuma pendirian aku,, UMNO aku mesti tentang,, sejak aku dalam servi ce Navy lagi..., Hangpa nak kata apa kat aku,, katalah,,, aku tetap benci UMNO...

      Delete
  14. Sebaik sahaja kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia diwujudkan(Org yang berusaha kearah ini adalah Kdr zulfekar pada waktu itu), biarpun dgn asas keperluan yang tiada, terlaksanalah kursus DTM di sekolah Teknikal Kd Pelandok di ketuai oleh Laksamana Pertama(B) Haji Murad yaang waktu itu KDR TLDM). Yang berurusan dengan pihak UTM pula ialah Lt Kdr(B) Nordin bin Musa(Puan Morina dan Encik Rosli bagi pihak UTM). Pengambilan DTM ini adalah kononnya bersesuaian dengan pembinaan keenam-enam kapal PV yang bakal dikendalikan secara "SMART SHIP", pemilihan dan quota anggota ditentukan oleh SUMBER MANUSIA. Ringkasnya, sebaik sahaja penangguhan oleh PSC terhadap penyerahan kapal-kapal PV, barulah ORG yang bijak2 kat atas tu NAMPAK kononya akan ada lebihan anggota Apperentice! Kenapa tidak buat BOI dan hadapkan ke Akta 1972 kepada mana Pegawai atau anggota yang telah salah perancangan mereka? Kenapa harus semua Apperantice yang dijanjikan pangkat setelah selesai kursus selama tempoh lima setengah tahun yang harus menangung derita? kemana perginya QRN yang selama ini jadi kitab? kita sambung nanti....

    ReplyDelete
  15. Don't worry manjungmari,setiap keperitan pasti ada pertolongan,give me chance turut berbicara dalam serangan yang dihadapi. Dlm poket ni banyak sangat peluru maklumat.....From TLDM,BNS atau politik persekitaran!

    ReplyDelete
  16. jangan salahkan orang lain, diri sendiri bagaimana? kita sendiri ada tekun utk belajar? adakah kita ada pengetahuan utk hidup lebih baik? belajarlah sendiri sekiranya tidak di beri. yang untung adalah diri sendiri, gaduh gaduh pun tak guna, yang susah adalah diri sendiri.tanya diri sendiri, apakah sumbangan telah saya buat kpd perkhimatan, jika kamu cekap, tak takut nak hadapi di dunia luar, jangan jadi tin kosong.

    ReplyDelete