Pages

Thursday, March 22, 2012

Apa cerita pencen tentera....ada yang dah dapat bakal kena debit balik...

Bila aku tulis kisah bekas tentera kena tipu dengan Najib, ada yang komen marah dengan aku, baca di bekas-tentera-kena-tipu-hidup-hidup.

Pagi semalam macam biasa setiap 21 hb pencen masuk,, aku pergi tekan kat mesin ATM tanpa rasa jemu,,,, bila semak baki,,,, serupa juga,, tak ada kurang tak ada lebih hatta sekupang pun.... wakaka.....

Dalam pada tu, cuba nak cari seorang sahabat yang pencen awai dari aku lagi, dia ni banyak maklumat,, informer dia lagi ramai,,, tak berjumpa pulak,, apa cerita.... nak telefon,, dia tak pakai handphone, ada juga lagi manusia rakyat Malaysia di zaman 1Malaysia yang tak pakai handphone... tak hairankan...

Entah macam mana sekejap tadi, kawan aku ni mai cari aku,,, riuh dari jauh lagi,, kepoh nampaknya,,, sebabnya ia macam aku juga bulan lepas patut dapat kenaikan pencen, tetapi tak dapat,,, hangin la dia,, aku pulak dok sakat,,, apalah,, hang dok sokong UMNO dan Najib 1Malaysia tapi tak dapat kenaikan,,, lainlah macam aku,, dah ada trade mark PAS dulu kini dan selamanya....

Kawan aku ni bawa cerita,,, , bila Najib dah batal balik SBPA dan guna pakai SSM, jawabnya wal hasil balik asal la...,oooo betuilah,, Menurutnya mana-mana ada yang dah dapat bakal didebit balik,,, begitujuga,, anggota ATM sendiri yang awai-awai dah pulun, suruh anggotanya sain Sekim SBPA dan dah merasa sebulan SBPA,, kena potong balik,, rasanya pakat-pakat gelak mengekek kakitangan awam yang bekerja dengan ATM, kerana sebelum ini aku sendiri dengak mereka dok bersungut, anggota ATM dah rasa, tetapi depa tak merasa sebab depa kakitangan awam di bawah quepacs...

Cuba bayangkan,, dalam puluhan ribu anggota ATM, tak kan tak ada, bila dah dapat rezeki lebih ada yang pergi ambik TV baru kat kaut maut(court mammourt), kena yang pangkat tinggi sikit, sebelum ini pakai Perdana second hand, dah tukar Exora Bold baru,,, tup-tup jadi macam ini,,, lari bajet bro...

Apa pun, buat sahabat-sahabat, seperjuangan bersabarlah,,, ini semua ujian dari Allah, yang mahu menunjukkan kepada kita betapa teruk UMNO sebelum nak menemui ajal,,, sama-samalah kita berdoa agar PRU13 nanti UMNO bakal dikuburkan,,, baru aman Malaysia ni...

No comments:

Post a Comment