Pages

Thursday, March 29, 2012

Fuiyo - Amaran Zambry a/l Kadiaq kepada DS Ir Nizar

Malam ahad lepas, aku di panggil oleh Pengarah MTD Dun Pasir Panjang, beliau memaklumkan UMNO Pasir Panjang tambah lagi satu isu, sebelum ini isu Tokong Cina yang paling Besar di Malaysia yang berada di Pasir Panjang, kemudian isu baru yang terkini Kilang Bijeh Besi Vale yang dalam pembinaan di Teluk Rubiah,,, kedua-dua projek ini adalah hasil usaha Nizar sewaktu menjadi MB selama 11 bulan dulu... Ho ho.... kalau macam tu lemaglah Zambry,,, ambik copy paste dari kerja hasil Nizar, kalau betul lah...

Dan lebih menarik Zambriy dah mula terasa suam-suam juboqnya menyebabkan memberi amaran kepada Nizar,,, Klik sini






Aku tak mau ambik tau siapa empunya kerja, baik Nizar atau Zambry, yang penting terutama dalam isu Teluk Rubiah ni, sebab apa yang berlaku ni, Nizar rumahnya di Ipoh, bila menang jadi ADUN 2008 dulu lagi, Sifu aku terus bersuara meminta dia berpindah dan menetap di Manjung, sebab dia ADUN Pasir Panjang, tetapi sampai ke sudah tak kesampaian,,, jadi aku harap PRU13 calon DUN Pasir Panjang PAS Perak pilihlah calon tempatan, tak kira sesiapa,, ada 3 nama yang dicalonkan, akar umbi penduduk Pasir panjang lebih berminat dengan calon tempatan.

Bagi Zambry pulak walau pun dia orang Pangkor, semenjak dia jadi calon Pangkor selepas PRU11 2004, dia pun tak duduk di Pangkor, dia juga duduk di Ipoh, dan aku yakin,, kalau dia pencen politik sekali pun dia tak balik duduk kat Pangkor,,,

Jadi mereka berdua tak merasa akan keperitan warga Manjung terutama pada 3-4 tahun akan datang..

Ada suara-suara bangang bin bengong mengatakan dengan adanya projek Vale di Teluk Rubiah maka dengan secara tak langsung akan wujud peluang-peluang pekerjaan untuk warga tempatan,,,

Semenjak bila warga tempatan Manjung menjadi pengnggur terhormat tak ada kerja untuk hidup,, apa yang jelas, bila ada sesuatu projek mega, anak tempatan entah kemana, yang ramai warga Bangla, Nepal, Vietnam,, kalau rakyat malaysia yang ramai warga Sabah, orang manjung.... boleh kira...

Warga Nelayan Pasir Panjang sekarang ni masing-masing dah senyum mengepak, kerana bila projek dah siap,, mereka dah tak boleh pergi ke laut lagi,, tak payah jadi nelayan,, ada habuan sedia menanti sebagai faedah ganti rugi...

Betulka boleh dapat, Apa yang aku dengar 2-3 bulan lepas, nelayan pantai di kawasan Teluk Muruk masih dik menunggu habuan ganti rugi,, menurut cerita pengurusan Marina Bay dan bayar sejumlah RM2juta, tetapi malang sekali,, duit tersebut taksampai ke tangan nelayan, entah tersangkut di mana wallah huaklam,,, tak tahulah pulak,, mungkin sehari dua ni dah dapat...

Akhir kata,, cukuplah,, Daerah Manjung tak perlu projek-projek mega, cukuplah dengan kepadatan penduduk yang ada, tahap sosio ekonomi yang semakin tinggi, dah sama seperti Kuala Lumpur... nak cari rumah sewa pun perit,, tak ada rumah,,
Warga Manjung lebih memerlukan hospital yang perlu diupgradekan sesuai dengan nisbah penduduk, Daerah yang sebegini besar, satu sekolah berasrama penuh pun tak dapat didirikan,, tak kiralah SBP atau MRSM,,, dari sini Manjung ketinggalan,,, nak harap Zambry jadi MB,,, hanya sebuah sekolah menengah agama Tahfiz di Pulau Pangkor,,, entahlah,, ramai pelajar yang masuk dah ditarik keluar oleh ibu bapa pelajar,, aku tak tau apa pasal...

Jadi sebagai tanda kita tak mahu projek kilang Vale di Teluk Rubiah, pada pagi Sabtu ni 31 Mac jam 10.30 satu perhimpunan sebagai tanda bantahan akan doadakan,,, jadi warga Manjung datanglah beramai-ramai bagi sokongan, ini bukan anjuran PAS atau parti politik, tetapi ini adalah atas perihatin blogger Otai-Manjung, Sahabat Alam Malaysia, Persatuan Alam Sekitar Perak dan ramai lagi NGO-NGO yang simpati dengan kemusnahan alam sekitar.





1 comment:

  1. Al-fatihah
    Raja Kecil Sulung Perak, Raja Ashman Shah seperti digambar telah mangkat jam 1.20 pagi ini

    ReplyDelete