Pages

Thursday, April 12, 2012

PTPTN - Pemuda UMNO hanya mampu hapuskan faedah 1%..

Dalam begitu banyak isu yang dimain oleh pemimpin PR aku rasa isu PTPTN yang paling hangat membuat Najib dan hulubalangnya menggelupor kepanasan, apa tidaknya isu ini menyebabkan Najib awal-awal lagi dah kantoi cuba nak berbohong kepada rakyat dengan memberi angka palsu sebanyak 43 billion sedangkan jumlah sebenar 28 bilion,, layakkan Najib jadi PM sanggup menipu rakyat......

Kita boleh lihat sendiri, dalam akhbar, media TV, hari-hari ada muka-muka melayu bangsat, kenapa aku kata bangsat, sebab waktu mereka belajar dulu dah tentu dapat biasiswa, tetapi bila ketiba zaman nyata sekarang ini, mereka sanggup menidakkan apa yang mereka dapat sebelum itu... '

Dan yang paling bangsat lagi mereka ini bukannya dari pakar-pakar ekonomi negara seperti Menteri Idris Jala... terutama sekali seorang bekas pensyarah betina plagiat yang kini ahli kehormat PERKASA,, woi bukan main lagi ....

Cantik sekali hujah-hujah apa yang mereka cuba ketengahkan, umpama langit dengan bumi, apakah mereka ingat adik-adik siswa pelajar yang meminjam PTPTN itu kurang cerdik atau berotak lembu tak boleh berfikir apa yang sebenarnya berlaku dalam negara...

Bagaimana Hutang ahli keparat anak emas Mahathir Tajudin Ramli kerajaan UMNO boleh hapuskan dengan begitu muda....

Kenapa di zaman mantan PM Tun Razak bapa kepada Najib dan Tun Husein On bapa kepada Hishamudin dahulu, waktu semua pelajar yang memasuki universiti bermacam biasiswa menunggu, pilih sahaja, dan dizaman itu belum ada lagi sumber hasil negara yang paling kaya iaiatu Petronas..

Bila tiba sahaja zaman Mahathir menjadi PMlah, menghapuskan biasiswa yang mana sedia termaktub dalam perlembagaan biasiswa terutama orang melayu memang termaktub dalam Hak Istimewa Orang Melayu,, tangan Mahathirlah yang menghilangkannya,, kemudian diikuti pula PPSMI,, satu lagi perkara yang merugikan melayu...

Isu yang dijangkakan menguntungkan PR, membuat Ketua Pemuda UMNO KJ dapat menghidunya,, maka berlakulah perkara ini....

Resolusi bantu peminjam PTPTN

KHAIRY (kanan) menerima resolusi daripada wakil mahasiswa, Wan Ahmad Hazman Wan Daud (kiri) sambil disaksikan Shahrin pada majlis penutup Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional anjuran Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Pemuda UMNO berjaya menggariskan satu resolusi bagi membantu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, resolusi yang bertujuan menambah baik sistem PTPTN itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, melalui perbincangan dengan mahasiswa, isunya bukan untuk memansuhkan hutang tetapi melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan untuk meringankan beban peminjam.

“Antara kandungan resolusi adalah peminjam hanya perlu bayar semula apa yang dipinjam tanpa mengambil kira faedah dan kos pengurusan PTPTN yang bermakna menghapuskan faedah satu peratus yang ditawarkan.

“Faedah tersebut membuatkan ada peminjam yang masih lagi belum memasuki fasa menjelaskan hutang asal walaupun sudah berbulan-bulan membuat bayaran semula,” katanya selepas menghadiri majlis penutup rundingan tersebut di sini semalam.

Sumber : kosmo.com.my/


Wahai adik-adik Siswa,,, yang mana satu pilihan hangpa?... Tawaran dari Pakatan Rakyat,,, PTPTN dihapuskan,,, UMNO hanya faedah 1%.... sendiri fikir....

4 comments:

  1. huhu. bravo ganyang sampai lunyai. baru ada akai puak-puak brengsek ni. terukan menulis bro. wa amai selalu baca

    ReplyDelete
  2. zaman sekarang dah berubah, nak kawin kan anak pun dah naik harga.. termasuklah yg dah terlubang.. harga tetap melambung.. ko pikir lah sendiri.. jangan hidup ni semuanya nak subsidi, nak murah, nak senang..

    ReplyDelete
  3. Zaman dulu, boleh kira berapa banyak universiti yg ada. Tak macam skang, universiti berlambak IPTS bersepah.. Kalau semua kerajaan nak tanggung macam mana rupanya...

    Orang dulu, yg masuk universiti bijak2. mmg nak belajar, jadi org berguna.

    Saya x pasti janji di tepati kalau PR memerintah kata nak hapus PTPTN nie... sebb skang nie pun, mereka dah tahu perkara itu mustahil. Yg boleh hanya hapuskan faedah dan kelonggaran pembayaran serta tidak ada lagi senarai hitam peminjam...

    Jangan terlalu mendengar cerita orang-orang yg hidup mereka x sudah-sudah dengki, khianat. Suka tengok org melayu berbalah.

    ReplyDelete
  4. anon 13 april, cakap pakai logik tapi bodo, brg mahal sebab apa?kaedah sstm ekonomi Malaysia tak betul, islam suh jaga brg keperluan,brg asasi masyarakat, sapa jaga?pemimpin..nak kawin mahal 2 islam k melayu?melayu yg memahalkan, islam 5je syarat sah kawin..anon april 14, skali lagi isu melayu puak penyokong BN utarakan, melayu berpecah?apa ada pada melayu?mana lebih penting islam atau melayu?sebab melayu lah umat berpecah, kenapa tak teguhkan islam? fahaman UMNO bodo melayu bersatu islam bersatu, tapi nak asingkan Islam dari politik dan pemerintahan, logik ke?Islam itu ad-din, meliputi semua aspek kehidupan, SEMUA!!

    menda tak mustahil, UMNO belanja untuk rakyat semua mustahil, semua boleh bangkrap, tapi untuk kroni, rasuah ketirisan tak pulak bangkrap2..bljr2 la tgk audit negara,bljr2 la pengurusan hasil negara yg baik, utk sape mereka berkhidmat kalo bkn utk rkyt dan negara, rakyat 2 sapa?

    ReplyDelete