Pages

Tuesday, May 22, 2012

Masyaallah - Dahulu Pendakwa DSAI, Terkini sebagai pembela pula..

Maha Suci Allah yang membolak balik kan hati-hati manusia.... siapa sangka... perkara sebigini boleh berlaku dalam suasana politik negara Malayasia...


Bekas Pendakwaraya Kanan(Kes Liwat), Dato Yusof Kini Bersama Pasukan Pembelaan @AnwarIbrahim

Dato' Yusof Zainal Abidin yang merupakan bekas pendakwaraya kanan (kes liwat 2), tampil di mahkamah Jalan Duta hari ini sebagai barisan peguam pembelaan untuk Anwar Ibrahim. Kehadiran beliau sebagai peguambela mengejutkan banyak pihak.

Ternyata angin perubahan yang melanda negara membuatkan golongan yang semakin condong meninggalkan regim bukan sahaja berlegar di kalangan rakyat biasa, artis, bekas polis dan tentera, malah bekas pendakwaraya yang pernah menekan/menuduh Anwar Ibrahim sendiri kini sudah bersama.

Kemenangan Anwar Ibrahim dalam siri kes liwat pada tanggal 901 memberi kesan yang besar untuk rakyat bersama meninggalkan sebuah regim yang zalim dan bersedia untuk sebuah kerajaan yang baru bakal dibentuk sejurus PRU-13.

Kapal sudah semakin usang, badai kebangkitan terlalu besar untuk dihadap. Ayuh semua bersama Pakatan Rakyat, kita bentuk sebuah negara baru di mana rakyat menjadi tuan dan kebajikan menjadi keutamaan.

Tahniah Dato Yusof kerana memilih untuk membela DSAI yang suatu ketika dulu adalah seteru. Samada atas dasar profesionalisma atau sokongan terus, apa yang lebih penting ialah anda bersama di atas tajuk melawan kezaliman!


Edyes Reduan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

http://edyesdotcom.blogspot.com/2012/05/bekas-pendakwaraya-kanankes-liwat-dato.html 
 



3 comments:

  1. apa maknanya? Maknanya tiada konspirasi terhadap anwar dalam kes liwat.

    Kalau betul Dato' Yusof "conspire" untuk menjatuhkan / mendakwa anwar dan "telah menerima imbuhan" , apa pula kata "ketua konspirasi" ( entah siapa? - sebab masa tuduhan bermula, Najib hanya TPM tiada kuasa mutalk dan kita tau KJ yang berkuasa ketika itu memang nak jatuhkan Najib, dan Najib tau sebab tu lah KJ tak dapat jawatan menteri ) . Dan yang bebaskan anwar ialah Pak Lah... jadi siapa ketua konspirasi?

    Mungkin hang boleh tanya Dato Yusof since dia dah masuk geng hang.

    ReplyDelete
  2. mintak maaf. aku manusia. aku lemah. aku masih ada sangka buruk dgn Dato' Yusof Zainal Abidin

    mesti ada agenda sembunyi!

    bodonya puak2 anwar ni sebab cepat sangat percaya dgn bekas musuh.

    ReplyDelete