Pages

Wednesday, May 16, 2012

PERMOHONAN MAAF

Semalam 15/05/12 selepas solat isyak aku telah dijemput oleh dua orang sahabat dari Batu 14 Lekir, ajak pekena sup kambing, dan dari sini aku telah diperkenalkan dengan seorang pemuda yang sebelum ini aku tak pernah mengenalinya.  

Setelah bercerita sedikit sebanyak, pemuda ni mengenalkan dirinya kepada aku beliau adalah Zolkiplee bin Osman, tuan empunya (Director) Reality Axis Sdn.Bhd. 

Beliau dengan perasaan sedih menerangkan perkara yang sebenar mengenai isu aritel yang siarkan iiaitu "Kerana mu Zambry - Beri tanah pada kroni-kroni" dan "DS Nizar pun beri tanah pada kroni", adalah tidak tepat dan tidak benar. 

Menurut En Zolkiplee pada bulan Nov 2011 beliau telah membeli semua pegangan kepentingan syer syarikat Reality Axis sebanyak RM750,000 secara tunai. Segala dokumen berkaitan pembelian saham syarikat beliau ada, dan bersedia menunjuk kat aku sebagai bukti. Insyaallah petang ini aku akan singgah dipejabatnya... 

Jadi merujuk dengan apa yang aku tulis dalam dua artikel yang ada kaitan dengan Encik Norzaman bin Man, Encik Azri bin Jaafar sebagai kroni DS Zambry Abd Kadir adalah salah dari segi fakta dan tidak sepatutnya aku menyiarkan.. 

Sebagai penulis blog Manjungmari, aku mengaku diatas kesalahan tersebut dengan tidak menyiasat terlebih dahulu,.kedua-dua artikel tersebut akan dipadamkan dari blog Manjungmari termasuk dalam facebook...

Maka dengan ini saya blogger Manjungmari yang bernama Mohd Desa bin Ahmad dengan rendah hati memohon maaf kepada Encik Norzaman bin Man, Encik Azri bin Jaafar dan Puan Siti Aishah bt Abd Kadir diatas ketelanjuran tersebut. 

Sekian. Terima Kasih..





15 comments:

  1. bagus lah.... kalau dah silap tu. mintak maaf..macam itu orang bermaruah berani nyatakan yang benar...

    ReplyDelete
  2. harap depa depa yang berkenaan maapkan... Bang lepaih ni kena tukaq stail sket.. kita kena ajaq pengundi pilih calon cara betoi.. jangan jadi macam bak kata pepatah moden "macam Melayu Johor, balut tunggui dengan bendera UMNO pun depa pangkah"

    ReplyDelete
  3. Syabas bro...inilah yg dinamakan Islam, jika sedar bersalah cepat2 kita minta maaf..terus berjuang, salam perjuangan

    ReplyDelete
  4. Lainkali kena hatihati sebelum hebahkan sesuatu berita. Siasatlah telebih dahulu..aku tak mahu blogger PR setaraf dgn blogger umno.

    ReplyDelete
  5. SATU TINDAKAN YG TEPAT, JUJUR & TELUS..SUKAR UTK MENCARI BLOGGER SEPERTI TUAN MANJUNG..

    ReplyDelete
  6. NAVY PENCEN yg punya harga diri dan jati diri ,, bukan nya mcm VET MElayu yg tunjuk juboq kan pompuan ,,,

    ReplyDelete
  7. anda tunggu berita yg lebih mengejutkan nanti....ni ada yg tak kena,main dgn puak umno bahaya wo

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang tak kena ni... nanti ada yang tak tidur malam

      Delete
  8. Salam semua...

    Tahniah. Kalau dah tersalah, kita pohon maaf, jgn simpan je sampai masuk liang kubor.

    anyway. tahniah....

    ReplyDelete
  9. Tahniah tuan kerana menyatakan perkara yg benar. Sanggup mengaku telah membuat kesilapan dan sanggup menyatakan kebenaran. Kita teruskan perjuangan.

    ReplyDelete
  10. Syabas atas atas keberanian tuan...

    ReplyDelete
  11. kita datang dari allah kepadanya jua kita akan kembali.khilaf dan kesilapann adalah dari kita,kebenaran itu adalah milik allah swt.bilamana seorang hamba berani memohon maaf terburailah airmata kesedihan syaitan tatkala itu.subhanallah dan alhamdulillah.

    ReplyDelete
  12. Jika Takut Dilambung Ombak Jangan Berumah Di Tepi Pantai... tuan silap langkah

    ReplyDelete