Pages

Friday, May 4, 2012

Tahniah buat ANUAR MOHD NOR Blogger Otai UMNO akui tindakan ganas Polis,

Alhamdulillah, masih ada lagi hamba-hamba Allah dari sebelah parti pemerintah yang mahu mengakui apa yang pihak Polis Malysia lakukan pada 280412.... 


Dan aku tak hairan silap-silap selepas ini blogger Bro Anuar akan dituduh menerimaq rasuah dari Ambiga atau DSAI... he he he itulah budaya UMNO ,, mana mahu mengakui kesalahan yang telah mereka lakukan... 


Jadi aku copy paste balik apa yang blogger UMNOREFORM laporkan,, jadi puak-puak yang dok pertahan tindakan polis,, aku nak tengok apa depa nak komen.... 

Apa kata mereka - mereka nampak
Written by Webmaster   
FRIDAY, 04 MAY 2012



Bukan semua polis macam tu – tapi kumpulan yang polis yang ada di Masjid India dan Jalan Bonus sekitar 5.00pm ke atas - 28hb April 2012 bertindak memburukkan persepsi warga di sana terhadap mereka. Mereka perlu diambil tindakan tata tertib kerana memburukkan semua warga polis.
Ramai yang takut di temu bual tetapi telah memberi kenyataan di luar rakaman video. Kenapa pukul pak cik tua yang sedang makan – polis meraung korang bunuh rakan kami – adakah itu satu justifikasi untuk memukul orang yang tidak tentu bersalah.
Dalam saya mengkritik tindakan segelintir – anggaran 15 orang pegawai polis yang mempunyai kuasa tetapi bertindak seperti tuduhan ganasnya pendemonstrasi rakan saya menghantar BBM kepada saya – mestilah mereka marah – kerana rakan mereka kena BUNUH oleh pendemonstrasi. Satu kenyataan yang agak dangkal. Pertama – tidak ada polis yang mati terbunuh dan sekiranya ada bukan satu justifikasi untuk memukul orang lain dengan kuasa yang ada. Maaf – ini adalah apa yang saya nampak di hadapan mata saya.



Link


BILA UMNO itu semua
Written by Webmaster   
FRIDAY, 04 MAY 2012

Ada kemungkinan kita sebenarnya tersasar dalam melakukan percaturan sehingga UMNO/BN menjadi semua. UMNO itu polis – Polis itu UMNO, UMNO itu Imigresen dan Imigresen itu UMNO, UMNO itu Kastam dan Kastam itu UMNO, UMNO itu segalanya dan lebih buruk kita dalam UMNO yang memberi persepsi itu. Kita tidak berani engkar untuk kebaikan malah kita sokong untuk akhirnya membawa rebah.
Isu BERSIH 3.0, www.umno-reform2.com bersama beberapa blogger UMNO turut menjadi pemerhati sewaktu demonstrasi itu berlaku. Bersama www.umno-reform2.com ada beberapa blogger hebat yang turut menyaksikan kejadian polis mengamuk dengan alasan rakan mereka mati dibunuh para pendemonstrasi. Kita bantah tindakan tersebut tetapi berapa kerat yang berani mengatakan yang benar – kerana mengambil sikap UMNO itu polis dan polis itu UMNO. Mungkin kerana itulah UMNO sentiasa kebelakangan dalam berdepan dengan isu rakyat.
Hari ini kita sebenarnya mendahului dari segi nombor kehadiran laman web dan blogger dalam memperjuangkan UMNO, namun satu pengesahan yang boleh kita akui – semakin ramai, semakin kita ke belakang sungguhpun hakikat ini amat pedih untuk ditelan.
Akhirnya UMNO memikul beban bukan atas kepercayaan semua terhadap UMNO tetapi perlakuan dalam menyokong UMNO. Kita teruskan budaya ortodoks, komen ortodoks dan taktik ortodoks dan kita perlu percaya kita semakin terbelakang bukan kerana usaha kita mendahulukan rakyat tetapi cara kita yang terus menerus tidak konklusif.
Penting untuk kita menilai semula – tetapi apa yang mahu dikatakan – kalau kedegilan pada tahap kronik maka kita lihat sahaja kesan terhadap UMNO

Link : http://umno-reform2.com


1 comment:

  1. Dia tu bukan UMNOpco, dia tu UMNOREFORM, yang benar tetap benar, yang salah tetap salah... cari makan

    ReplyDelete