Pages

Saturday, June 16, 2012

Alahai Khairy .... Lidah bercabang atau melayu mudah lupa...


Pada 2 Januari 2011, setahun setengah berlalu.... 



Khairy Sah Tidak Pertahan Kerusi Rembau
PETALING JAYA: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengesahkan spekulasi bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang.
Apabila diminta mengesahkan spekulasi mengenai keputusannya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13, beliau menjawab 'ya' menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Terdahulu, Khairy mencetuskan kekecohan di Twitter apabila mengumumkan keputusannya untuk berehat daripada bidang politik.
"Hope to help win more youth support for BN (Barisan Nasional) in 2011 & work hard preparing for elections. Then I’m taking a break from politics. Can’t wait".
(Harap dapat bantu raih sokongan belia untuk BN pada 2011 dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya. Kemudian saya hendak berehat dari politik. Tidak sabar) katanya menerusi Twitter pada Sabtu.
Kenyataan tersebut mendapat respon hebat daripada para pengikutnya yang tertanya-tanya sama ada Ahli Parlimen Rembau itu tidak akan mempertahankan kedudukannya kelak.
"I would like to ‘stand down’ as they say in the UK. A couple of things I’d like to do before it gets too late".



Baca selanjutnya  Klik sini


Tetapi hari ini punya berita....


Dalam sesi pertemuan yang dihadiri kira-kira 50 orang itu, Khairy juga ditanya mengenai kemungkinan bertanding di Kepala Batas, Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang. 

Menjawab pertanyaan itu, Khairy berkata, beliau akan tetap bertanding di Rembau kerana tidak mahu menjadi calon 'payung terjun'. 

"Kepala Batas mahukan calon tempatan. Saya bukan orang Kepala Batas. Saya kahwin dengan anak orang Kepala Batas," kata Khairy ketawa sambil menambah, adalah tidak adil sekiranya beliau bertanding di kawasan yang tidak ada kaitan dengan dirinya. 

Jelasnya, untuk bertanding di sesebuah kawasan, adalah lebih elok sekiranya orang tempatan dan yang telah bekerja lama di tempat itu untuk bertanding. 


Baca selanjutnya  Klik Sini


He he,, macam ni punya orang pun ada,, siap boleh cerita ada pemimpin senior UMNo dalam kabinet sekarang yang pernah cium tangan Anwar sampai nak tertelan cincin,, siapa pemimpin UMNO tu,, pandai hang Khairy tembak .... 


 
Saya tak pernah cium tangan Anwar Ibrahim. Saya tak pernah cium tangan Anwar sampai tahap nak telan cincin. Ada ramai pemimpin Umno lain termasuk yang ada di kabinet yang pernah 'telan cincin' Anwar Ibrahim.

"Kalau nak kata yang sokong Anwar Ibrahim tu, ramai pemimpin senior dalam Umno yang banyak sokong Anwar dulu... Ada pemimpin Umno yang masih lagi dalam kepimpinan tertinggi Umno yang pernah cium tangan Anwar Ibrahim. Saya tak pernah cium tangan dia," ..Khairy Jamaluddin



1 comment:

  1. cakap la apa saja..lidah tak dak tulang KJ oi...

    ReplyDelete