Pages

Thursday, June 14, 2012

Berita Panas - Hak keluarga tidak jejas kredibility Perdana Menteri..

Berita yang meloyakan.... terpancut dari Berita Harian Singapura.... 


Ahli BN pertahan Najib berkaitan kes bakal menantu

KUALA LUMPUR: Anggota Barisan Nasional (BN), semalam, mempertahankan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, setelah dokumen mahkamah di Amerika Syarikat mendakwa bakal menantu Datuk Seri Najib memalsukan kelulusan akademiknya untuk memasuki Universiti Columbia dan menipu bekas bapa tirinya.
Menurut laman beritaThe Malaysian Insider,semalam, beberapa akhbar asing termasuk akhbarNew York Postkelmarin melaporkan bahawa Encik Daniyar Nazarbayev disaman kerana menipu bekas bapa tirinya, Encik Bolat Nazarbayez, saudara lelaki Presiden Kazakhstan, Encik Nursultan Nazarbayev.
Menurut dokumen mahkamah, Encik Bolat menuduh Encik Daniyar menjual sebuah kondominium miliknya bernilai AS$20 juta ($25.6 juta) tanpa pengetahuan beliau dan mendapatkan tempat di Universiti Columbia dengan menggunakan dokumen palsu daripada sebuah sekolah di Kazakhstan, yang beliau tidak pernah menuntut.
Encik Daniyar, 24 tahun, telah melangsungkan pertunangannya dengan anak Datuk Seri Najib, Cik Nooryana Najwa, pada Jun tahun lalu.
"Persepsi daripada masyarakatmungkin jelas, sama ada dakwaan itu benar atau tidak. Tetapi ia adalah hal keluarga yang tidak menjejas keupayaan beliau sebagai Perdana Menteri. Ia tidak seharusnya menarik perhatian daripada kekuatannya," kata anggota majlis tertinggi Parti Pusaka Bumiputera Bersatu, Datuk Alexander Nanta Linggi.



Kepala bana punya statement,,,hal keluarga ka, hal peribadi ka... kalau hal keluarga dah kucar kacir,, macam mana nak uruskan negara.... stupid punya BN.... 




1 comment:

  1. kah3x tak lama lagi najibayev sama laki dia rosemahantulayev di buru dek interpol bersama besan & menhantu kesayangan.

    ReplyDelete