Pages

Wednesday, June 6, 2012

Parlimen Bubar 14 Jun 2012, PRU13 pada 08 Julai 2012 ?

Kwang kwang kwang,,, bila aku posting pru-13-bulan-julai-sebelum. nampaknya macam ada  kebenarannya,,, mungkin juga,,, walau pun hati kecil aku sendiri tak berapa nak setuju dengan tarikh tu...


Entahlah,, kalau dah Datin Seri Rosmah dah dapat ilham.,, bila tarikh yang sesuai.... 




Mungkin suara-suara yang mengatakan Parlimen akan bubar pada 14 Jun 2012 nanti dan mengundi pada 8 Julai adalah sebagai nak menyanggah kenyataan Tuan Guru Presiden PAS, yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan Parlimen akan bubar pada musim uat Islam menunaikan fardhu haji,,klik parlimen-dibubar. 

Rasanya aku lebih berkeyakinan PRU 13 ni akan diadakan pada musim haji, beretpatan dengan kenyataan Tuan Guru Haji Hadi Presiden PAS, it yang aku dok nampak, dan rasanya pernah sekali berlaku dizaman Mahathir PRU dibuat dalam musim haji, aku tak ingat tahun bila, tapi yang aku ingat Pas tinggal dua kerusi Parlimen waktu lepas PRU tu, Nik Aziz pun kalah setelah berapa kali bilang undi semula, sehingga waktu subuh, tak habis lagi kira, Nik Aziz ajak semua ahli PAS pi sembahyang Subuh, tinggal SPR dan ahli UMNO kira, terus umum calon UMNO menang,, 

Walaupun selepas itu UMNO dok kata PAS bakal berkubur kerana tinggal 2 kerusi Parlimen, salah seorang yang menang Allahyarham Pak Nik Abdullah bapa kepada Exco Nik Amar, Parlimen Pengkalan Chepa, namun Allhamdulillah, selepas itu PAS mampu bangkit semula sehinggalah ke sekarang ini...  

Yang sebenarnya... aku ulang.... sebenarnya... UMNO dah kepanasan,,, sakratul maut dah mula terbayang di hadapan UMNO, cuma sekadar menunggu detik dan ketika,,, perasan atau tidak,, 
ada parti komponen BN selain UMNO sama sibuk dok berkempen,, tak ada, MCA sekarang pun dah kantoi isu plet WWW 15,, wakaka... seronok la Datuk Kong Cho Ha bila musuhnya Lew Tiong Lai  dah tak boleh nak jawab..... 

Pimpinan UMNO yang lain berapa orang yang dok berkempen, yang aku dok nampak Najib dengan Muhyiddin aja yang kesana kemari,, Kesian kat Muhyiddin,, sehingga sanggup keluar kenyataan mati atau hidup uMNO tergantung pada PRU13...Tak merasalah nak jadi PM ke 7...

Nak kempen apa lagi, rakyat se Malaysia dah tersedar berapa mereka dah kena tipu dengan UMNO mengenai isu harga miyak RON 95 lebih mahal dari RON 97,,

Apa pun, sama-sama kita tunggu bila PRU13,, kita sama-sama buat perubahan,, maklumat terkini yang baru dapat sebentar tadi,, PRU akan diadakan tahun depan,, bulan dua,,, sekarang memang UMNO tak mampu nak diadakan,, sebabnya pergolakan besar di Sabah..tentu hangpa dok dengar berita yang ahli parlimen Lajim Ukim nak melompat,, itu sorang yang kita dengar, yang kita tak dengar,, ahli Parlimen Kalabakan yang brutal dalam parlimen kita tak tau..satu sebab utama rakyat Sabah dan hangin kerana klik petronas-money-by-jeffrey-kittingan..dan ramai lagi yang dok tunggu masa parlimen bubar...., 

Berdoalah banyak-banyak tuan-tuan,,, biarlah Islam yang sebenar memerintah Malaysia.,,, biar negara kita jadi negara BERKEBAJIKAN Insyaallah...






1 comment:

  1. Mari kita tanya Presiden dan Timbalan Preseden UMNO pasai apa UMNO hampir berkubur.... apa sebabnya... Paling ketara Parti gabungan BN senyap membisu.... Sedangkan PRU ke 13 pasti akan diadakan dalam masa terdekat......

    ReplyDelete