Pages

Friday, July 13, 2012

Pemuda PAS - Ikutlah gaya teknik Rafizi Ramli...

Dalam nak menentang salah laku pemimpin UMNO, secara peribadi teknik dan gaya kepimpinan parti PKR menerjah sesuatu isu memang aku salute, terutama sekali saudara Rafizi Ramli.... 


Dari isu cincin permata Rosmah, isu lembu NFC dengan Shahrizat , isu Shafie Afdal dgn Zahida Rafik, dan yang terkini isu LRT Najib terlibat, yang mana semua yang terlibat didedahkan secara terang dan jelas... 


Bila kita tengok pada tajuk cerita, baca pun sedap, ada dia punya klimak dan tahu siapa empunya angkara... berbeza dengan cerita yang disampaikan oleh Dewan Pemuda PAS,, jikalau bukti dah ada, lengkap semuanya, yakin betui,, apa nak selindung-selindung lagi,, bagilah tahu , Timbalan Menteri mana yang melakukan kerja terkutuk tu,,, janganlah sekadar bagi klu-klu yang samar-samar,,


Klik pemuda-pas-dakwa-timbalan-menteri-terima-habuan-rm80-000- , 


Tak payahlah nak rasa kesian-kesian lagi kat puak-puak UMNO ni,,, belasah aja...  Macam mana nak lawan dengan UMNO kalau Pemuda macam ni...  ...   



5 comments:

  1. aku setuju dgn tuan blog. kalau ada bukti yg kuat.. terjah jaa. tak payah kesian2.

    ReplyDelete
  2. kepimpinan yang dok ada sekarang ni tak mampu... puak2 ustaz ni mana ada sumber macam rafizi dok ada. justeru pemuda diperhatikan ketiadaan tim brainstorming yang mantap kerana ketandusan pakar dari pelbagai bidang/jurusan yang berada di hieraki kepimpinan. satu kelemahan yang amat ketara.

    wallahu'alam

    ReplyDelete
  3. Setuju. Pemuda PAS selepas Salahuddin Ayub amat lesu sekali, kadang malu rasanya dapat ketua yg tidak tahu apa apa kecuali mengulas kosong sesuatu isu. Tidak keterlaluan kalau dikata ketua pemuda PAS sekarang seperti ketua pemuda peringkat cawangan tarafnya.

    ReplyDelete
  4. kami para pemuda pas dan pejuang muda pas berdiri teguh di belakang ketua pemuda pas di semua peringkat dan mengutuk sekeras-kerasnya propaganda yang dibuat oleh manjung mari yang sebenarnya bertujuan melaga-lagakan ahli pas.kenalilah mm ini sebenarnya merupakan musuh dalam selimut,gunting dalam lipatan yang kerjanya mengucar-kacirkan pas sebenarnya...takbir

    ReplyDelete
  5. Saya berpendapat pemuda PAS tidak bergerak cergas dlm gerakan Pakatan Rakyat gear satu sekarang. Bergerak pun dlm kumpulan mereka takuk lama macam ketua lama Abu bakar chik. Banyak isu tidak di bela dan di pertahan oleh mereka. Agaknya ketua ini pun bersikap macam ala Hishamudin PAS. Lembik tak berobjective. Terimalah teguran kami peyokong PAS sejak zsman sekolah.

    ReplyDelete