Pages

Monday, July 2, 2012

Persatuan Bekas Tentera Malaysia Umpama PIBG Sahaja.


KUALA TERENGGANU – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan kerajaan melalui akta parlimen, Akta 101, 1973 bagi mengadakan faedah-faedah persaraan dan faedah-faedah lain kepada anggota tentera.

Menurut Presiden Kelab Kebajikan Rangkaian Veteran dan Bekas Angkatan Tentera (KERABAT) Leftenan Kolonel (B) Nazari Mokhtar, walaupun LTAT memiliki aset berjumlah RM60 bilion tetapi gagal menjaga kebajikan bekas-bekas anggota tentera.

Sebaliknya, kata beliau, kebajikan bekas anggota tentera diserahkan kepada persatuan bekas-bekas anggota tentera.

Sedangkan beliau mendakwa, persatuan bekas-bekas anggota tentara hanyalah umpama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) disekolah-sekolah.

“Dengan duit tabungan Lembaga Tabung Angkatan Tentera sebanyak RM60 bilion sepatutnya Menteri Pertahanan yang dipilih setiap lima tahun bertanggungjawab menjaga kebajikan bekas tentera,

“tetapi kita (bekas tentera) dibiarkan, kebajikan diserahkan kepada persatuan bekas-bekas tentera yang bertaburan di seluruh negara,

“(tetapi) kebajikan bekas tentera bukan tanggungjawab persatuan (kerana) standardnya hanyalah seperti Persatua Ibu baga dan Guru (PIBG) tidak lebih dari itu,”jelasnya.

Leftenan Kolonel (B) Nazari berkata demikian ketika berucap dalam ceramah kemuncak program PAS Ganti Umno Kali Ke-4 (PGU04) dan Himpunan Hijau peringkat negeri Terengganu di Kampung Padang Mengkuang, Marang pada Sabtu 30 Jun.

Katanya, mereka yang berkhidmat dengan LTAT tidak menjaga kebajikan bekas tentera kerana mereka selesa dengan keadaan keadaan hidup mereka.

Menurutnya, Menteri Pertahanan dan Menteri yang bertanggungjawab dengan veteran tentera pula hanya datang berjumpa bekas-bekas anggota apabila hampir saat pilihanraya.

Oleh, kata beiliau, kerana kehidupan yang tersepit, bekas tentera sanggup buat apa sahaja termasuk melakukan tarian atau senama punggung seperti yang dilakukan dihadapan rumah Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S-Ambiga.

“bekas-bekas tentera terlalu tersepit sehingga sanggup melakukan tarian (senaman) punggung, mereka tiak dapat embelaan, nak mengadu ke mana pun mereka tidak tahu,

“persatuan (bekas tentera) juga mengharapkan bantuan daripada kerajaan, aset LTAT ada RM60 bilion tetapi bekas tentera minta derma pada Hari Pahlawan,”katanya.
Menurutnya, LTAT hanya memberikan sebanyak RM50 juta diagih-agihkan melalui persatuan-persatuan kepada bekas-bekas tentera, yang hanya menerima sebanyak RM50 setiap orang.

“bayangkan betapa kejamnya kerajaan Barisan Nasional yang mengurus tadbirkan Kementeria Pertahananan, LTAT berikan RM50 juta diagih-agihkan kepada persatuan-persatuan (bekas tentera),

“diberikan kepada (bekas-bekas anggota) RM50 (seorang),”katanya

Justeru, beliau menyeru seluruh anggota tentera dan bekas-bekas anggota bangkit untuk menggempur dan menghancurkan Barisan Nasional (BN) kerana kezaliman mereka mengenepikan kebajikan bekas-bekas tentera.


1 comment:

  1. Hang tolong habaq sket kat Mat Ghani si Presiden PBTM tu, jangan dok kedarah duit banyak sangat. Semua projek dia dok tala sorang saja. Lepaih tu dia dok canang kat semua orang, projek tak dapat la hapa la..nih hang tanya dia berapa banyak AP kereta terpakai yang sepatutnya dikongsikan bersama dengan semua pengusaha veteran ATM tapi dia tibai sorang-sorang. Manjung Mari..hang sepatutnya tutuh si Mat Ghani ni kau-kau liau biaq dia tergulin...

    ReplyDelete