Pages

Thursday, August 30, 2012

Dato Seri Anwar Ibrahim,, cukup-cukuplah tu...tak payahlah..

Bila aku tulis dan komen sedikit tentang cetusan hati ketua umum PKR, tidak mahu duduk di Putraja ramai yang melenting... 

Aku tak tau kali ini ada tak lagi perkara yang sama...  

Bila aku merapu merepek dengan isu ini, bukanlah aku nak tolak pembaharuan, atau kemudahan yang boleh mempercepatkan sesuatu urusan, tambahan pula DSAI selaku Ketua Pembangkang yang diperlukan berceremah dalam dua tiga tempat pada setiap malam.. 



Bila sekali pandang dengan kemampuan yang ada memang hebat, malah terhebat,, UMNO pun tak buat macam tu,, tetapi UMNO memang tak perlu pun,, mereka dah ada kemudahan hak rakyat jadi hak mereka seperti  dewan dan stadium, berbanding dengan Pakatan Rakyat.

Tetapi perlukan ini semua,, pengundi-pengundi atas pagar akan menilai ini semua,, mereka-mereka yang terdiri dari golongan atas pagar penentu kemenangan lebih suka sikap pemimpin  yang low profile, 

Sesekali pandang, dengan sebuah bas mewah ini entah berapa harga sewanya setiap kali digunakan, atau pun bas siapa yang empunya.. jangan nanti bila PR dah menang tuan empunya bas pun datang menuntut nakkan ghanimah habuannya...

Malaysia bukan seperti negeri-negeri dalam benua Amerika,, yang cukup luas,, perlukan sebuah bas besar mewah untuk bergerak,,, apakah bas ini akan dapat keistemewaan bila jalan dah jem, sepertimana ambulan atau kenderaan polis,,...... boleh mencelah,,, boleh lepas kalau nak memotong jalan ikut laluan sebelah kiri.... belum tentu... yang tentu banyak yang tak boleh lepas.

Berapa ramai pegawai pengiring, penasihat yang perlu mengiringi DSAI bila memberi ceramah sehinggakan memerlukan sebuah bas..,,, 

Banyak lagi cara atau idea yang lebih memudahkan, lebih praktikal jika digunakan,, sebagai contoh,, seperti didalam gambar di bawah ni,, tak ada niat dihati nak kata (promote) apa yang PAS buat tu bagus,, tetapi aku rasa ini lebih parktikal dan memudahkan...


ha ha kan simple dan mudah,,jalan kampung, bukit ka apa semua boleh dia ragas... 

Janganlah nanti, UMNO boleh gunakan isu ini, belum jadi PM dah duk tunjuk gaya kemewahan bila mai ceramah, kalau dah jadi PM apa macam,,, silap-silap lebih teruk dari Rosmah lagi... hangpa nak macam tu..atau pun hangpa sekadar nak menang sebelum PRU13..... 


19 comments:

  1. Ngah Phg asal MelakaAugust 30, 2012 at 4:51 PM

    kalau mampu..PR kena laksanakan lebih kreatif dan lebih elok utk menyampaikan maklumat kpd rakyat..apa salahnya..jgn terus dgn cara lama je

    ReplyDelete
  2. berbeza pendapat adalah lumrah...jadi tak perlu nak pening2...

    ReplyDelete
  3. BUAT SALAHH..TAK BUAT SALAH..HANG UNDI UMNO JA LAH!!

    ReplyDelete
  4. Salam Yob Manjungmari

    Mungkin dia nak tunjuk PKR bukan parti melarat kot? Kahkahkah! Apapun, tak perlu le terlebih berlagak, nanti ader yang menyampah!

    ReplyDelete
  5. Inilah yang kadang2 UMNO lebih bagus dari PAS...dah terBUKTI kes lembu SAHRIJAT pun...UMNO mati2 pertahankan...ini baru nak guna BAS...hampa orang PAS...dah KOMEN 1000 kilometer ke depan...kata Saidina ALI...sebaik2 kamu...itu PERTENGAHAN...jgn jalan LAJU ke depan sangat...atau macam KURA2...lambat sangat...SIMPANlah dulu..kalo nak KOMEN pun...banyak cakap...banyak DOSA weh...

    ReplyDelete
  6. Aku rasa hang ni manjung mari terlebih kena coke and gigennu agaknya...hang jgn main2..

    ReplyDelete
  7. Comdem and kutuk org memang sedap tapi apa mcm kalau aku test report kat polis apa geng ko org buat kat opis tu n try urin ko org..... Ada brrann?

    ReplyDelete
  8. maaf tuan. mohon berbeza pendapat.. sy dan ramai rakan professional setuju dgn kaedah DSAI. mmg kene mcm tu, sbb dia nak menang. kami menilai usaha beliau itu. pasal penasihat or oengiring tu, takkan jd isu sbb dia bkn PM, n kami xpenah dgr lagi pasal isu itu. yg penting, jgn guna duit rakyat..

    ReplyDelete
  9. Jawapan dah ada kat greenboc.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Pada aku tak salah pun..bkan juga duit rakyat pun bro..suma MB Slangor yg byar guna duit dia sndri..suma sedia mklum siapa MB Khalid sblum jd MB Slangor..so wtpe nk pertikaikan..pada aku Asalkan Bukan UMNO

    ReplyDelete
  11. Pada aku tak salah pun..bkan juga duit rakyat pun bro..suma MB Slangor yg byar guna duit dia sndri..suma sedia mklum siapa MB Khalid sblum jd MB Slangor..so wtpe nk pertikaikan..pada aku Asalkan Bukan UMNO

    ReplyDelete
  12. tak mau duduk kira ok lg tu mm, dulu kata nak jual terus. ingat?
    pasal bas ni plak itu hr bkn najib pun naik bas di perak?? apa komen pr masa tu? lupa plak aku aihhh. hahahahahahahahahaha. kpd yg melenting tu elok baca analysis pru/prk sebelum2 ni yg ada sebut pasal kereta kancil/proton vs mercedes ameno. aku lupa reporter mn punya report

    ReplyDelete
  13. mungkin menggunakan bas boleh memuatkan alatan audio yang lebih bagus kualiti bunyinya...ini penting agar maklumat yang ingin disampaikan itu dapat diterima dengan jelas oleh audien...

    ReplyDelete
  14. bodohnya kau manjung mari pasal ni pun kau nak perkotak katik ...baliklah...
    Tan sri t jutawan beb..bukan macam kamu ikut dialah nak buat apa dengan duit dia .kau merapu buat apa.....banyak songel kau

    ReplyDelete
  15. takpa tak suka diam,nnt lebih cakap jadi fitnah.kena usul periksa dulu.....

    ReplyDelete
  16. Oh My God,
    u cakap dah serupa org UMNO la MM...i dulu pengundi atas pagar, lebih kepada observer, dulu i bertekad, siapa yg paling merapu itulah i akan tolak..setakat bus mcm ni kata mewah? Ada steward ke hidang caviar dlm bas untuk penumpang? Seribu rahmat ler bas macam ni kalau pun they all nak buang duit jika dibandingkan dengan kos rosmah shopping, 250 juta shahrizat songlap dlm NFC, MAS scandal, Ampang LRT george kent scandal atau kos sara diri zahida rafik dari shafie afdal sekalipun.

    Think.

    ReplyDelete
  17. salam tuan.. kalau tgk dari tepi, seat dlm bas tu tak diubah.. cuba banding seat bas yg najib guna dulu.. yg tu takleh naik ramai pun.. yg ni bleh naik ramai2.. sekali jalan je bawak rombongan.. lgpun sewa hanya 6 bulan shj.. duit poket peribadi MB selangor.. rasanya berbaloi pelaburan ni.. - Neo

    ReplyDelete
  18. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, kos sewa bas dua tingkat, yang akan digunakan Pakatan Rakyat (PR) sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak menggunakan wang Kerajaan Negeri Selangor.

    Katanya, bas berkenaan yang disewa untuk tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya beliau sendiri tanpa melibatkan satu sen pun wang rakyat dan wang kerajaan negeri.

    “Semua kos melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri.

    “Justeru, saya menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan Selangor dan wang rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Bas dua tingkat ini yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis bermula esok sehingga 2 September diketuai Ketua Umum PKR, Seri Anwar Ibrahim. -SH

    ReplyDelete
  19. banyak betul duit khalid gagap, daripada bagi pada nuar lebih baik dia guna sendiri, orang gila je sewa bas dengan duit sendiri utuk orang lain. memang gila khalid gagap ni.

    ReplyDelete