Pages

Friday, August 24, 2012

Kesian Ulama Muda UMNO Fathul Bari, Najib lebih suka Ostad Recycle PAS.

Apa yang kita semua sedia maklum, kemasukan sekumpulan yang dikatakan 40 orang golongan ulama muda yang diketuai oleh ostad Fathul Bari, dizaman era Najib menjadi PM... 
Namun yang menghairan apakah kemasukan mereka direstui oleh Rosmah,, 


Kesiankan, dan PAS sepatutnya berasa bangga, kerana ulama yang dah tak diguna pakai lagi oleh ahli perwakilan pada muktamar yang lepas, tetapi masih diguna pakai oleh Najib mungkin atas permintaan Rosmah,, Jadi aku setuju dengan nasihat Tuan Haji Subky Latif atas apa yang berlaku dalam era terkini politoik PAS...

Nasharudin teman Najib: Sikap PAS elok positif


Oleh:



Apa jua hubungan politik antara Nasharudin Mat Isa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, PAS perlu tenang dan bersikap terbuka.
Selepas Timbalan Presiden PAS itu dikalahkan oleh Mohamad Sabu untuk jawatan itu tahun lalu Nasharudin tidak lagi termasuk dalam sepuluh orang terpenting dalam PAS, malah tidak juga dalam 100 terpenting.
Perkembangan terbaru tentangnya dia dilihat menemani Najib dan isteri berumarah dan dilahat ada bersama dalam perjumpaan PM dengan pimpinan masyarakat Saudi. Beritanya dia dikatakan sebagai juru bahasa.
Memang dia ada kemahiran untuk menjadi juru bahasa Arab, Inggeris dan Melayu. Itulah kerjanya sebelum dia dijadikan Setiausaha Agung PAS.
Mungkin PAS semua lapisan tidak seronok dia menjadi teman Najib dan Rosmah ke Mekah, tetapi dia terpilih di antara sekian ramai rakyat Malaysia untuk menjadi juru bahasa.
PAS elok mengambil sikap positif terhadap pemilihan Najib itu kerana dia mengambil orang PAS. Sikitkah orang Umno yang menguasai bahasa Arab? Di mana Tan Sri Yusuf Nor, Datuk Nakhaie Ahmad dan kumpulan Ulama Muda Umno?
Pensyarah bahasa Arab begitu ramai. Universiti Islam Antarabangsa penuh dengan sarjana bahasa Arab dan Islam.
Tetapi Najib memilih Nasharudin. Rosmah tak pilih Dr Mashitah Ibrahim dan mungkin tak pandang pun Ustaz Fathul Bari yang makan gaji sebagai orang penting di kalangan ulama muda Umno.
MungkinNajib ada tujuan politik, tetapi PAS elok ambil baik dari perkembangan itu bahawa ia telah menjadikan Nasharudin lebih berharga dari sekalian ulama Umno dan sekalian sarjana Islam dan bahasa Arab di semua universiti di Malaysia.
Begitu ramai orang yang menyokong Najib, Umno dan kerajaan, tetapi Najib mengambil seorang bekas pemimpin PAS yang sejak di bangku sekolah menyokong PAS dan menentang Umno.
PAS mesti mengira bahawa Najib memillih orang yang dikiranya berkualiti dan berkebolehan tinggi. Terjemahannya dari Arab ke bahasa Melayu atau bahasa Inggeris mesti tepat. Terjemahan yang tidak tepat memungkinkan kekecohan.
Saya terbaca buku Cairo Document oleh Hasnain Haikal, Pengarang akhbar Al-Ahram di zaman Presiden Nasser dulu. Berlaku kekecohan dalam pertemuan Nasser dengan Perdana Menteri Soviet Union Nikita Krushchev atas satu isu disebabkan salah terjemah oleh juru bahasa Soviet.
Apabila PM Soviet itu tahu kekeliruan itu disebabkan oleh juru bahasanya yang tidak cekap, dia marah juru bahasanya dan mahu menghhukum juru bahasa itu. Juru bahasa itu terketar-ketar menterjemahkan ke bahasa Arab akan cakap hendak menghukumnya itu.
Najib telah memberi penghomatan orang PAS, samalah seperti menghormati PAS juga apabila memilih Nasharudin menjadi juru bahasa. Dia dengan sesendirinya telah merendahkan ulama muda Umno dan lain ulama yang mencari rezeki dalam Umno dan kerajaan.
Justeru itu PAS di semua peringkat jangan bersikap nagatif atas pemilihan Najib terhadap Nasharudin dan penerimaan Nasharudin atas pemilihannya itu.
Tidak ada apa-apa yang boleh mencacatkan PAS dengan perkembangan itu kerana dia mungkin sudah tidak termasuk dalam 1,000 orang penting dalam PAS. Dia hilang dalam senarai orang-orang berperanan dalam PAS bukan kerana dia ditolak oleh PAS tetapi ialah kerana politiknya sendiri.
Dalam PAS ramai orang berkualiti. Ia boleh tawarkan kepada Najib dan Umno untuk apa jua tugas seperti yang Umno perlukan kepada Nasharudin itu. Pemimpin-pemimpin Umno dulu tidak pernah menghargai orang PAS. Najib saja yang mengenal orang PAS yang sedia berbaik dengannya.
Tidak ada apa-apa yang merugikan. Jika PAS bising, seronoklah Umno. Jika PAS seronok, maka Umno pun tidak seronok.
PAS boleh tanya adakah Najib seronok bila dia ditemani Nasharudin?

4 comments:

  1. Cukuplah Pak Latif .......... Jangan bila sayang hari2 bilang bila benci hari2 maki!. Tunjukkan siakp sebagai Mukmim andai kata Nasharudin sudah tak terpilih (sepatutnya tak terbuang) tetapi dia seperti terbuang!. Jangan takabur sangat Nasha ini sperti sudah tidak beerti atau bermakna!. Apa sumbangan Pak Latif kepada trabiyah dalam Pas? Nasha sudah terbukti di PRU12 .. Apakah Mohamad Sabu mampu ulangi yang lebih baik dari itu. Jangan Takabur kalu tak suka biarkan, tetapi tulisan Pak Latif seperti orang susah hati dan gusar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara anon 6:38,
      Kalau saudara biasa dengan tulisan pak latif, bukalah ruang untuk menilai keindahan dan dalamnya makna penulis veteran ini. Geli hati saya dengan perbandingan yang dibawa walau ianya biasa merosak dari membina. Sejarah tercatat sejauh mana pak latif bergerak dan berjuang.
      HADhaif, Subang Jaya.

      Delete
  2. anon 6.38pm, pak subky bukan pak latif, baca fakta dan faham sungguh sungguh baru komen, tiada makian dan tiada sanjungan begitu lah sepatut nya kita sampaikan kpd org yg mengejar dunia, sepatut nya Us. Nasha mengambil iktibar dari apa yg berlaku dalam UMNO/BN. yakin dan percaya lah satu hari akan dtg Ust. Nasha tidak akan di umpamakan......hari ini senario berbeza, beliau akan di tatang semaksima mungkin, cukup lah Ust. Nasha, berlapang dada lah dgn perjuangan yg telah anda dokongi, segan lah kpd Tok Guru,

    ReplyDelete