Pages

Thursday, September 20, 2012

Gambar demontrasi UMNO, PEKIDA terhadap Ngeh Koo Ham di Sitiawan.

Hari sehari suntok aku kat Taiping, alhamdulillah, kerja yang aku mula sejak bulan Februari dulu dah nak hampir selesai,, Balik rumah sampai Manjung jam 5 ptg lebih,, setelah sehari tak buka internet, buka sahaja,,, check bloi.. woiii,, berbelas-belas comment yang masuk,, 
Tak sempat nak habis layan,,, HP bebunyi,, ingatkut bini telefon,, maklumlah,, sehari tak ada rumah,,, rupa nya Hadie Manchester call, sruh pi Masjid Setiawan,, apa perhimpunan demontrasi amam nak bantah kat Ngee Koo Ham,,, baguih,, bab ni sokong kalau nak buat... aku pi tengok aja jadilah...


 Bila aku sampai aja kat masjid An Nasriyah Stiawan, mereka dah berkumpul,, ramai mana,, seperti yang dalam gambar kay bawah ni ajalah..    


ehem-ehem.... van sapa punya tu parking dalam masjid...parti politik dah masuk dalam masjid.



Menurut Imam Masjid, report polis telah dibuat kerana mereka tidak membenarkan demontrasi ini dibuat dalam perkarangan masjid,,, tetapi entahlah,, bila ada sahabat pi tanya kat polis,, jawab polis mereka tak terima pun bantahan,, pulak dah... nampaknya polis mai tolong jaga keselamatan para demontrasi... 


Lepas tu depa bergerak ke Pejabat Ngeh dekat jalan hala ke Kampong Koh.... pi berkumpul deka traffic light,,, kan menggangu pengguna jalan raya,,, no akai la....




 Apek ni pun heran,, apa sudah jadi... 
.

 Ucapan dimulakan,, siapa yang berucap....

 Ha ha ha...cuba perati budak yang pegang banner kat bawah tu, macam ia tau aku nak ambik gambak,,, pejuang islam pakai seluar pendek wooo,, dharurat agaknya....


 Wakil UMNO biru......


 Nak pegang bannner pun macam tak semangat aja,,,,kih kih,, no komen...


   Ni penceramah mula,, kalau tak silap aku,, dia ni FBnya Ayahnda Mie.


 Masa ni depa tak jerit hidup melayu lagi dah.... depa pun dah pandai takbir,,, bagiuh jugalah Ngeh jadi kurang ajaq,, boleh ajaq depa bertakbir.....

 Depa nak pi serbu ke pintu pejabat Ngeh, kih kih,, pintu dah tutup kunci dah pun,, apa rah,, buat demo jam 6. lebih,,,.


 jCuma sekadar ambik gambar kat sini,, tak tahulah kalau bibuh dlm peti surat kat pintu,, Ngeh nak baca ka atau dia buang kat tong sampah,, apa dia peduli,, bukan ada bukti penerimaan pun....

Ha ha, aauummm, rasanya bro Meor Razak dari Sahabat Alam masih ingat lagi kut..

.Apa pun aku rasa demontrasi tu kurang meriah lah,, sebab bro berkopiah baju merah Ulama Muda ni tak kelihatan pun..absent.... .

18 comments:

  1. Sini kat Malaysia berani protes......
    cuba geng2 umno & pekida pi USA terus protes depan-depan Sam Bacul ngan Terry Pantat, tengok berani ke tak

    ReplyDelete
  2. hahahah ada ke skot skot lanun yg datang berDEMO skot hahahhahahah ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha,,, ada skot... ada sorang tu dlm gambar yang pegang banner tak semangat tu,, tshirt kuning...... Cheif Writer G pangkal 808 rasanya..tu,,, pi haji sekali dgn gua,, kaki masjid,,, tup-tup gua nampak kat situ.. terkejut brok gua,, sorang lagi tu orang lama sikit,, pangkal 804... rasanya,, satu taman dgn gua,, tapi gambarnya tak clear,, waktu kat masjid stiawan dia ada....

      Delete
    2. slalu nampak jogging kat padang astaka stiawan sibaju kuning tu....oh...geng2 sbelah nun rupanya....

      Delete
  3. ha ha ha....kelakar crita tuan,gambar ending tu yang tak boleh tahan mana pi mamat tu,,,,,,,sembang bukan main kemah,masa Ebi cabar dia kat surau madah baru ni,kecut telur langsung lari tak nampak muka keh keh keh.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abby cabar aku atau Abby takut dengan aku..??
      Kah kah kah

      Delete
    2. Adoi... aku tak larat nak gelak wei

      Delete
  4. Apa punya buang karan puak-puak ni.

    Dari berdemo bantah Ngeh tu yang entah betul atau tidak kenyataan yang diberi tu... baik buat demo bantah hina Nabi SAW... lagi baik,dapat pahala berjihad....ini buang duit betul beli kain buat kain rentang (sengkek sangatkah puak ni untuk buat banner????) tapi tujuannya nak demo pada cina tu....nampak sangat depa lebih sayangkan Khairy dari Nabi SAW... setan yang dikenalilah katakan.

    ReplyDelete
  5. Admin ni Islam ke tidak?. Langsung tak tersentuh dengan penghinaan Ngeh tu. Apa van UMNO tak leh masuk kawasan masjid ke. Teresa Kok boleh pulak masuk dan direstui oleh PAS ke dalam masjid berkasut dan tak pakai tudung. Apakah tapak masjid (bukan dalam dewan sembahyang) tak boleh jadikan pengkalan untuk mempertahankan Islam?. Di Masjid Negara tempoh hari pembangkang gunakannya jadi pengkalan untuk membantah dan mengutuk kerajaan. Wal hal ianya tidak ada sangkut paut dengan perjuangan dan maruah agama Islam. Bolehkah itu? Apakah Takbir hanya untuk PAS?. Bukankah takbir itu adalah seruan membesarkan Allah?. Ianya hak seluruh umat islam bukan hak PAS sahaja. Admin terlalu menghina UMNO sampaikan terlupa bahawa Melayu/Islam dalam UMNO adalah merupakan suara majoriti Islam di negara ini. UMNO inilah dari menuntut merdeka hingga sekarang yang meletakkan Islam sebagai agama resmi dalam perlembagaan negara. jangan terlalu takbur dan riak sehingga merasakan PAS dan Melayu dalam pembangkang sahaja yang berjiwa Islam. Hal sekecil pakai seluar pendek pun admin mahu besar-besarkan. Tahukah admin setakat mana aurat orang lelaki?. Bukankah dari paras atas pusat hingga ke bawah lutut. Bukankah budak itu pakai seluar setengah yang menutupi paras lutut. Apa admin tak tahukah yang ramai penyokong PAS tak sembahyang, tak puasa, waktu azan maghrib masih tolak dam di kedai kopi, minum arak, mencuri, menipu, berzina, tipu timbang. Bab pakai seluar pendek jangan ceritalah. Jadi jangan terlampau menghina sesama Islam kerana mereka (orang UMNO) mungkin menjadi salah seorang yang akan memandi, mengkafan, menyembahyangkan dan mengkebumikan kamu (admin) atau orang-orang PAS bila kamu atau penyokong PAS mati nanti. Kita ahli Melayu/Islam dalam UMNO/PAS mengucap dua kalimah syahadat yang sama, Mematuhi Hukum Islam Yang sama, Qur'an yang sama. Yang engkar itu bukan kerana dia UMNO atau PAS tetapi kerana kehendak/pilihan individu itu sendiri. Sebab itu Allah sedia Syurga dan neraka. Bukan untuk UMNO atau PAS tetapi untuk umat islam dan kafir diseluruh dunia.Apa salahnya kita sama-sama membuat teguran dan pembetulan. Tetapi dalam soal ada puak atau kaum yang menghina islam, maka kita tidak ada pilihan melainkan bersatu menentang mereka. Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  6. Tuan Zahari...

    Siapa yang buat undang-undang tak boleh berpolitik dalam masjid ? Siapa yang buat kecoh satu Malaysia Teresa Kok berpolitik dlm masjid.

    Adakah aku kata bertakbir hanya untuk PAS,, aku tulis UMNO pandai bertakbir... ada faham..bagiuh lah...

    UMNO berjuang menuntut kemerdekaan... Tolong senarai nama pemimpin UMNO yang kena penjara oleh penjajah Inggeris sebab tuntut kemerdekaan..

    Nak buat cerita . sesiapa punboleh buat,,, tunjukkan kat aku siapa orang PAS yang kau sebut kan itu.. OK...

    Bila isu sebegini ko kata kita PAS UMNO mengucap yang sama,, tetapi bila isu Kelantan kenapa UMNO tak nak bagi royalti, bantuan grant negeri disekat,,kenapa tak bagi persamaan...

    Oii cukuplah,, aku asyik dok layan ko,, tak jadi kerja aku...

    ReplyDelete
  7. Biasa la tu Zahari, Admin ni fanatik sgt ngan parti dia. Parti dia ja perfect x dak salah silap

    ReplyDelete
  8. Penyokong si Zahari ni pun 2 x 5. Ada admin kata parti di perfect? Takde lak tulis... Spt biasa pusing2 juga lah... Bg fakta la sikit...

    ReplyDelete
  9. YANG TAK SEMBAHYANG.... TAK PUASA.... TIPU TIMBANG.... MENCURI... PUAK2 UMNO JE.... WKAKAKAKAKKAKA.... YANG CURI TANAH RIZAB MELAYU PON UMNO.... YANG KUAT MINUM TODI PON PUAK UMNO.... TAK PERCAYA... TANYA PARPUKARI.... WKAKAKAKAKAKA...

    BLUESSSSSSSSSSSS....

    ReplyDelete
  10. Aku tak paham kenapa la 2 ekor ni dok sokong umno lagi, macamana la agaknya cara otak diorang ni menilai sesuatu.

    ReplyDelete
  11. Melayu pas buka minda. Agama kita di hina. Tak salah ia dipertahankan. Jng dok jd langau salahkan org lain. Awat nak salahkn umno. Umno berani pertahankan dan bersuara. Pemimpin Pas adun pasir panjang dimana kenapa tidak komen dan bersuara menentang. Ini bukan isu politik. Ini isu pembelaan keatas agama islam yg kita anuti. Subahanallah

    ReplyDelete
  12. woi zahari,
    siapa yg hina hudud,jibmongol,sape yg ngaji quran x tutup aurat kak mah cincin ke,umnongok x payahlah nak jadi hero,konon bela agama,dah 50 tahun x cukup lagikah utk laksanakan undang2 islam sepenuhnya

    ReplyDelete
  13. Patut juak2 pemuda umno ni berdemo pasal filem tu. bukannya berdemo pasal si Ngeh. Isu utamanya adalah FILEM. Bahagian Menteri Besar, berdemo tak sampai 50 orang... malu aar. Mana pegi Ketua Pemuda, keluarga sendiri pun tak boleh nak UMNOkan... Naib Ketua Pemuda sibuk berskandal di MEDAN kot... sebab tu yang hantar drebar van UMNO.

    ReplyDelete
  14. Bro ManjongMari... rasanya mamat ni orang Sitiawan. http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20120921/ma_02/Ahli-perniagaan-anak-didakwa-sebabkan-kematian-peniaga-air

    ReplyDelete