Pages

Wednesday, September 26, 2012

Penjelasan Tuan Empunya Jet Eksekutif yang disewa oleh Anwar Ibrahim

Habis cerita,, penjelasan dah dibuat oleh pengerusi Tjets namun isu yang cuba dimainkan ialah kos perbelanjaan jet tersebut....



INILAH jet eksekutif yang dinaiki Anwar bersama beberapa pemimpin pembangkang yang disiarkan dalam blog 



KUALA LUMPUR - Kos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin pakatan pembangkang lain ke Labuan, Sabah pertengahan bulan ini adalah RM96,000.
Menurut sumber, kos tersebut meliputi semua caj termasuk bayaran juruterbang, jurutera dan perkhidmatan lain yang dikenakan Tjets Sdn. Bhd. (Tjets).
Difahamkan, urusan tempahan jet berkenaan dilakukan oleh seorang individu dari Sarawak.
Sementara itu, Pengerusi Tjets, Datuk Mohd. Taufik Omar (gambar kecil) menjelaskan, beliau tiada hubungan persahabatan dengan Anwar sebaliknya perkhidmatan pengurusan penerbangan jet eksekutif yang dinaiki Ketua Pembangkang itu dilakukan secara profesional.
Jelasnya, beliau tidak mengetahui bahawa Anwar akan menjadi penumpang jet eksekutif berkenaan apabila tempahan dibuat.
"Sehinggalah jet mahu berlepas baru saya tahu antara penumpangnya ialah Anwar dan rakan-rakannya.
"Saya orang berniaga dan saya menguruskan tempahan secara profesional. Tidak pula saya memeriksa siapa yang akan menjadi penumpang apabila sesuatu tempahan jet eksekutif dibuat," jelasnya.
Sebelum ini, seorang penulis blog, John F. Seademon mendakwa, Mohd. Taufik yang menyewakan jet tersebut kepada Anwar.
Kisah mengenai jet tersebut tercetus apabila Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua pada laman Twitternya memuat turun gambar jet eksekutif Dassault Falcon pada 15 September lalu yang kemudian dipetik beberapa blog antaranya http://mediawangsamaju.blogspot.com.
Selain Anwar, turut menaiki jet eksekutif berkenaan ialah Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw; Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr. Hatta Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin.
"Apabila saya melihat Anwar menjadi penumpang jet tersebut, apa yang boleh saya buat?
"Tidak mungkin saya meminta Anwar dan rakan-rakannya turun. Saya hanya sekadar boleh beristighfar dan tunggu apa yang akan berlaku selepas ini," katanya lagi.
Menurutnya, tidak banyak syarikat bumiputera terlibat dengan industri pengurusan penyediaan jet eksekutif di negara ini dan oleh itu, adalah tidak adil bagi mana-mana pihak menuduhnya ada kaitan dengan Anwar.
"Saya hanya cari makan dan ini adalah salah satu bidang perniagaan saya. Adakah saya bersalah hanya disebabkan Anwar menjadi salah seorang penumpang dalam jet yang diuruskan oleh syarikat saya?
"Saya amat berharap penjelasan ini menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku," katanya.
Sumber : http://kosmo.com.my/

Komen: Agak-agaknya ada seorang Menteri yang juga Naib Presiden UMNO yang dikatakan pergi haji naik jet eksekutif tu, jet inilah gamaknya... 

5 comments:

  1. itulah pencacai..diorang sendiri x dapat naik kerana puak bn lebih pentingkan kroni..dia jelous plak..kahkahkah..betul tu datuk mhd taufik..datuk org meniaga org dah tempah x kan x bagi..tolak rezki namanya..kihkihkih..pencacai ni dah tahap kuno

    ReplyDelete
  2. pencacai umenongok ni dah sewel.dah tak dak modal nak buat fitnah sampai hal bisnes org pun depa kacau.kalau orang depa, buat pi kepala bapak apa pun tak akan dipersoalkan.bengong bin tolol sungguh puak2 ni.

    ReplyDelete
  3. bagus juga. bila upload benda2 gini, konon puak syaitan nak serang Anwar. tapi terpalit plak menteri pi haji naik jet eksekutif. sape plak yg bayor? inilah politik Malaysia. Nak kaya dgn projek lembu, perangai pon mcm lembu. nak kaya dgn saham arak,saham judi, jadi mabuk lah dia dok kaut khazanah negara utk keturunan akan dtg dgn hasil haram.

    ReplyDelete
  4. Bunyi macam takut benor buat kenyataan tu. Apa lah nak jadi negarau Malaysia ni.HUHUHU

    ReplyDelete
  5. Satu jawapan yang amat profesional. Dalam bisnes kita mesti profesional dalam semua hal. Termasuk butiran maklumat pelanggan kita mesti disimpan elok2. Bisnes kita meliputi semua orang tanpa mengira sesiapa pun. Janji bayar apa yang diingini

    ReplyDelete