Pages

Thursday, November 29, 2012

Anda kenal lelaki ini... Ish,ish..Jahat sungguh dia ni..

Nampaknya nasib memang tak mahu menyebelahi manusia yang bernama Najib bin Tun Razak,,, Dalam suasana Najib nak mempertahankan imej mulianya sebagai Presiden dihadapan beribu perwakilan UMNO,,, tup-tup timbul lagi satu berita..... 


 Ish, ish,, jahat sungguh jantan ni,,


hangpa kenai ka jantan ni,,, seorang usahawan karpet yang berjaya,, entah betui atau tidak,, dengar cerita dia ni ada ehem..ehem,, ish, jangan buat cerita fitnah... 

Entah apa yang tak kena,,, tup-tup dah sampai kemahkamah dah rupanya,,,,

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi menteri pertahanan pada 2006 bersetuju untuk memindahkan pemilikan tanah seluas 223.3 ekar (89.332ha) di Bukit Raja, Selangor daripada syarikat Awan Megah Sdn Bhd kepada seorang syarikat penama milik ahli perniagaan Deepak Jaikishan.
Hakim Zabariah Mohd Yusof bagaimanapun tidak membenarkan Deepak mengemukakan satu surat bertarikh 25 September 2006 daripada Awan Megah kepada Najib sebagai bukti, memandangkan beliau tidak memfailkan dokumen tersebut sebagai sebahagian daripada dokumennya semasa pengurusan kes.

Deepak dalam keterangannya hari ini mendakwa, Najib mempersetujui urusan berkenaan dan mahu timbalan ketua setiausaha kementerian pertahanan meneliti pemindahan milik tersebut.

Deepak memberitahu mahkamah bahawa beliau membantu untuk mengatur pertemuan di antara Awan Mega, yang diwakili pengarahnya Senator Raja Ropiah Raja Abdullah dengan Najib melalui isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ahli perniagaan tersebut memberitahu mahkamah ketika disoal peguamnya R Sivarasa, bahawa transaksi yang berlaku memandangkan Awan Megah tidak berjaya mendapatkan bond tanah yang ditetapkan sebagai syarat untuk meneruskan projek Institut Pengajian Pertahanan Nasional di Putrajaya.

Deepak melalui syarikat Astacanggih Sdn Bhd, di mana beliau merupakan pengarah, menamakan kerajaan Malaysia, Syarikat Tanah Harta Sdn Bhd, Awan Megah dan Cebur Megah Development Sdn Bhd, di mana beliau turut menjadi pengarah, sebagai defendan.

Bagaimanapun, Hakim Zabariah mengeluarkan kerajaan Malaysia, Syarikat Tanah Harta, dan Cebur Megah sebagai defendan dalam saman tersebut.

Keputusannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.


Ini agenda siapa punya kerja,, nak pedajai PM 1malaysia.... Nampaknya memang benarlah,, UMNO bakal mampos... hu hu hu hu... 

Jom Turun beramai-ramai,, 

No comments:

Post a Comment