Pages

Wednesday, November 14, 2012

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan di denda kerana khalwat.

Pertama sekali tahniah aku ucapkan kepada staf kakitangan jabatan yang bertanggungjawab sehingga kes berjaya dibuktikan di mahkamah. 
Tak kisahlah berapa jumlah denda, kenapa tak kena penjara, paling kurang pun kesan dari tangkapan akan timbul kesedaran... 






DALAM NEGERI

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan didenda RM3,000 kerana khalwat

PUTRAJAYA 14 Nov. - Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat bersama seorang kakitangan kementerian di Hotel Pullman di sini pagi ini.
Dr. Hasan didakwa di bawah Seksyen 27 (a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 boleh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Pasangannya, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, pula disabitkan dengan Seksyen 27 (b) di bawah akta sama dan dikenakan denda sebanyak RM2,900 atau penjara 30 hari jika gagal berbuat demikian.
Hukuman kes berkenaan dijatuhkan Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zin.- UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121114/dn_38/Ketua-Pengarah-Kementerian-Kesihatan-didenda-RM3000-kerana-khalwat#ixzz2CD3IUzDK
© Utusan Melayu (M) Bhd 



  

8 comments:

  1. tak kena buang kerja ke kalau macam ni?

    ReplyDelete
  2. buang keja ni..denda lebih daripada 2K..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih dari gaji baru boleh buang keje....gajinya lebih 10K

      Delete
  3. Dato seri ni dah lama menekan anggota kesihatan sejak beliau mula memegang jawatan tersebut, selama ini public tak tau siapa beliau...semua orang dikatakan bodoh, dipersendakan tak kira apa jua jawatan...Allah dah beri teguran kepada beliau semoga beliau sedar diri tidak sombong dan Bongkak,..Harap KSN dan Kementerian Kesihatan menilai balik siapa KP ni dan siasat semula segala aduan terhadap beliau...Sebab anggota kesihatan juga adalah RAKYAT....perlu diberi keadilan dan dilayan seperti rakyat juga

    ReplyDelete
  4. Allah tegur beliau ....supaya tidak sombong dan bongkak, sebab selama ini dia anggota orang lain semua bodoh dan tak boleh buat kerja....Diharapkan KSN dan Pihak Kementerian Kesihatan menilai semula kedudukan beliau ini ini kerana mengamalkan kuku besi...Kebajikan anggota kesihatn tidak pernah dibela dan dijaga sedangkan anggota kesihatan adalah rakyat juga...TIada siapa tau apa yang beliau lakukan di Kementerian sehinggalah terbongkar kes khalwat beliau....Selama ini anggota kesihatan ,menahan apa saja yang beliau lakukan....

    ReplyDelete
  5. Tak nak buang lagi orang macam tu. Padan muka. Buat program gila2 di Kementerian. Adakah patut doktor pakar kena rotate 6 bulan di Sabah. Kena tinggal anak/isteri/suami selama 6 bulan semata2 kena rotate di sana. Balik tempat asal tidak semestinya boleh post asal. Orang yang bongkak dan sombong macam tu patut kena buang. Merosakkan kerajaan saje pada pandangan masyarakat. Dulu menteri kesihatan yang skandal sekarang ni KP pula. Dalam kesihatan ni sebenarnya banyak skandal di kalangan para doktor, MOH, dll.

    ReplyDelete
  6. apasal marah sangat tu? kan ke kita tau manusia ni perangai macam macam? jadi bos kita kenalah sabar, ada bos ok , ada kurang sikit markahnya. yang ni markah berapa? kita sendiri perangai macam mana kalu dinilai olih orang lain.

    pakar ke sabah? ada yang volunteer nak ke sabah ke?. kalu anda pakar tak mau gi sabah duduk situ dalam 5 tahun ke sepuluh tahun ke.....? jadi kalu tak buat rotation gitu, orang sabah tak ber pakar lah..

    bukan nak sokong sangat bab perangai dia ni, tapi saya pun pernah keja bawah dia, biasa aje, perangai bukan kita bulih ubah ubah. ada bos saya yang lagi teruk pun ....masa tu,dah lama dulu, bini dua dia ni, saya hampir setiap hari loyar buruk bila dia free....saya masuk bilik dia kat pejabat tu, saya ni pompuan tak secantik lah, menawan pun tidak. tak klik lah..

    bab khalwat tu... biasa lah bagi peminat khalwat. cuma pelik kena tanya dr hassan sendirilah nampaknya , apasal gi khalwat kat putrajaya. dosa pahala tu sendirian berhad. tak payah syarah ugama sema dah sekolah , pandai pandai belaka. dah tahu hukum hakam dan tau gak undang-undang dan peraturan.
    jadi untuk sema kaki khalwat tu, jangan bagi orang JAWI berjaga malam, banyak kerja depa tu sema, nikah ajelah kat sempadan kalu payah sangat nak nikah kat malaysia. lebih baik dari buat dosa.
    jangan marah marah nanti dapat darah tinggi....stresssssss.

    ReplyDelete