Pages

Wednesday, November 14, 2012

Masjid Al-Arfiah Bt 3 Segari Manjung bakal diruntuhkan!

Pagi minggu lepas, sewaktu dalam kuliah Ustaz Tarmizi, semasa sessi soalan dibuka, satu soalan yang beliau terima ialah mengenai masjid yang akan di runtuh dan akan di bina baru...    


Sebab kenapa masjid tu nak diruntuhkan ialah untuk diganti baru kerana masjid yang seda ada tu masjid lama, struktur bangunan kayu, jadi tak sesuai dengan masakini, macam itu lah lebih kurang soalannya.  











Begitu lah gambaran masjid tersebut, tak ada apa cacat celanya, cuma waktu aku sampai ptg semalam, cermin-cermin naco tingkap semuanya dah dibuka, dan menurut cerita kawan yang sampaikan soalan tersebut, kabel wire wiring elektrik dalam masjid pun dah dibuka,, 



Dan ini adalah tapak tanah dihadapan pintu besar masjid yang dah diratakan, akan dijadikan tapak tempat sembahyang sementara masid ini di bina semula. 

Persoalannya kenapa masjid ini perlu diruntuhkan, tidak ada lagikah tanah-tanah kosong kerajaan disekitar kampung tersebut untuk didirikan masjid baru, alangkah baiknya jika masjid baru dirikan, masjid lama masih boleh digunakan untuk masjlis-majlis ilmu agama... 

Sebagai contoh, masjid daerah Taiping di bina baru, masjid lama masih sedia ada sampai sekarang, dimana terletaknya pusara pejuang kemerdekaan negara Allahyarham Dr Burhanuddin Al-Helmi, masjid ini dijadikan pusat majlis ilmu... kan cantik... 

Dari segi hukum, menurut Ustaz Tarmizi memang harus, TETAPI bagaimana jika masjid yang dibina dari hasil keringat waqaf, impak sedekah umat-umat Islam terdahulu, yang sepatutnya mereka mendapat pahala berkekalan dari hasil sedekah mereka,, tetapi hak waqaf itu diruntuhkan,,jadi nanti pahala-pahala yang dikumpulkan olej ajk-ajk masjid yang bersetuju masjid diruntuhkan diberikan kepada para waqaf masjid tersebut,,

Silalah semak dan siasat balik, masjid tu dibina dari sumber mana,, aku yakin masjid-masjid tua dikampung-kampung majoriti dibina atas hasil sedekah, waqaf dari penduduk kampung tersebut,,, , 



Masa masih belum terlambat, buat AJK dan Pegawai Masjid yang telah membuat keputusan tersebut, fikir-fikirlah,, mungkin datuk-atau tokwan anda juga turut serta bersedkah untuk mendiri itu, anda sebagai cucunya telah meruntuhkan apa yang mereka dirikan,, aduhai... 




12 comments:

  1. assalam tuan tanah...
    kalau ikut hukum kata harus... eloklah benda tu dibuat. harus ni kalau buat dapat le pahala kalau tak buat tak dapat le apa-apa...

    pasal pahala tok wan dan mak wan kita yang terdahulu, tak payah le kita risau. Allah kan lebih adil berbanding dengan kita. Jangan guna akal kita yang maha cetek ini bila kira pahala sedekah. Insyaallah, ada le ganjaran berterusan untuk tok wan dan mak wan kita tu.

    lagipun kalau tukar baru, banyaklah kemudahan yang akan diperoleh. lebih selesa untuk beramal ibadah. kita yang tua ni, rajin2lah singgah masjid tu dan kempen anak cucu dan cicit kita supaya rajin datang masjid tu. jangan pula bila dah dapat masjid baru, ajk kunci pintu takut orang masuk nak beribadah.

    yang baik kita terima. yang tak baik aje kita tolak mentah-mentah.

    ABU

    ReplyDelete
  2. Masyaallah.. cantik lagi kenapa perlu diruntuh!

    ReplyDelete
  3. Sama dgn kes kat kg aku.. Tok Ngulu umno CREATE projek RM20000 kat surau wakaf,nak tile la..buat pagar la siap pacak signboard projek dr BN.. sekali cabut & usung balik signboard tu tgh2 mlm time org tido..ahhah punca waris pemilik tanah wakaf tu tak kasik sbb takut mula2 ko pacak signboard lps tu sampai surat tukar pemilik.. projek tu dibwk ke kg lain..runtuhkan surau lama..buat surau baru yg sama besar saiz dgn sblm nya yg beza buat dari batu..tapi surau tu takde fungsi sbb takdok sapa gi.

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan Manjung Mari,

    Ini cerita di Taiping khususnya Matang. Lebih kurang 2-3 minggu lepas saya ke kawasan Kuala Sepetang, dalam perjalanan saya singgah untuk solat asar di Masjid Hadari Kg Matang Road.

    Terkejut saya kerana masjid telah diruntuhkan dan kawasan masjid dipagar untuk pembinaan baru.
    Solat jemaah diadakan dalam bilik sekolah agama yang berdekatan.

    Kerja-kerja oleh kontrektor seperti tidak berjalan . Saya risik tanya orang, mereka berkata masjid lama dah diruntuhkan dalam bulan Ramadan lagi dan kerja tertangguh kerana pelan bangunan masjid baru di atas lot tanah sebelah milik orang lain yang bukan tanah wakaf. Tuan tanah telah menahan kerja dari diteruskan.

    Saya lihat di papan tanda, projek tersebut oleh pihak Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak di bawah JPM. Bagaimana boleh berlaku? Cuba tuan siasat?

    ReplyDelete
  5. aku rasa.. kalau buat masjid baru di tapak yg sama lagi bagus banding buat kat tempat lain.. tokwan2 dulu wakaf tanah/tapak tu.... so, pahala jariah still boleh dpt la kot?
    tp dpd masjid tu runtuh sendiri & kena pada jemaah.. baik kita gantikan yg baru...

    ReplyDelete
  6. bagus nya kat perak tu, masjid cantik lagi dah nak buat baru, cuba pegi kat sabah, masih banyak lagi masjid yang usang, sini majoritinya muslim tapi gereja lebih cantik lagi dari masjid......

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan,
    Membina ,membesar dan mencantikkan bangunan masjid tu amat digalakkan. Namun biarlah dengan keperluan yang menasabah; ruang tak cukup menampung jemaah, tiang reput dan seumpama. Janganlah kita tiru penganut agama lain yang berbangga dengan keindahan bangunan tetapi penggunaannya tidak diutamakan. Jangan lebih bilangan tiang berbanding bilangan jemaah beribadat.

    ReplyDelete
  8. Asalam apa cerita pula dgn surau kat kedah yang pas Nak roboh tu,,,jawablaa.

    ReplyDelete
  9. Mau mati pigang bendela...!!!!!!November 16, 2012 at 9:26 AM

    Haiyaaaaaa....Mau mikin balu punye maslid pon Mau galoh2 ka...smua olang lapat untun maa...maslid nyatik lalam ale aircon...manyak sok maaa...semayang munye jam manyak syokk maa..wa lengok tu kuil kg selamat..sitiawan manyak busat talak..lgi tu tokong manyak busat pasir pjg...ale pantung manyak busat...talak Hal pon maaaa....sja miikin kecoh maaa...tu losa ka pala ka..tu tuhan alla punye kelija maa...lu org sma mlayu galuh2 mnyak moloh maaa...kita olang manyak syokk lengok maa...APA lu olang lapat...heaven molom tuntu lapat maaa...yg untun tu olang jugak...bob ka..?hahahahahaha...Mau mikin kelija pon susah...ADA btui ka abg bob manis....

    ReplyDelete
  10. hayai kawan,, manjung mari saya kenal punya, dia budak Fasa 2D, Dia pie Masjid PAS dan Surau PAS Sahaja, Masjid dan Surau kerajaan dia Tak pie punya. Klau Masjid ada Lambang Bulam Dipintu masjid kira hak Depa Laa tu.

    ReplyDelete
  11. mati pigang bendela maaa...haiyaaa...November 16, 2012 at 9:12 PM

    Haiyaaa...ini kes hah...selupa lupa lili maaa...lia punya lalah laging sulah manyak makan itu gaje gomen sikalang mau kasi laga sma olang malayu sja..wa manyak helan maaa...ini olang ale lapat elaun ka tulit nie celita...ada butui ka abg manis..

    ReplyDelete
  12. extract dari eFatwa
    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/bahan-masjidsurau-yang-diroboh-0

    Setelah dilihat pendapat Ulama" berhubung dengan pengendalian harta wakaf masjid serta alasan-alasan yang dibawa oleh mereka, maka kami berpendapat : Bahawa pendapat yang kedua iaitu pendapat Imam Ahmad yang mewakili Mazhab Hanbali dan pendapat sebahagian dari Mazhab Hanafi merupakan pendapat yang lebih jelas dan lebih menepati kepentingan, maslahah dan keperluan umat Islam. Pendapat dan alasan mereka disokong oleh contoh serta amalan yang pernah dilaksanakan oleh dua Sahabat Baginda s.a.w iaitu Saidina Umar r.a dan Saidina Uthman r.a.

    Amalan ini diterima dan tidak dibantah oleh para sahabat yang lain. Ia menggambarkan persetujuan pada sahabat di atas tindakan tersebut. Dengan itu kami berpendapat : Bahawa harta wakaf masjid boleh dijual jika perlu dan keadaan mendesak untuk keperluan membesar, memperbaharui dan menyelesaikan sesebuah masjid atas sebab maslahah umat Islam di tempat yang tersebut.

    pendapat yang kedua adalah:
    Imam Ahmad dan lain-lain berpendapat : Bahawa harta masjid dalam keadaan tertentu seperti masjid tidak digunakan lagi kerana terlalu sempit dan tidak boleh diperbesarkan lagi, atau dalam keadaan masjid tersebut telah berkecai seperti tidak boleh dibangunkan lagi melainkan dengan dijual bahannya untuk dibeli dan dibangunkan masjid yang baru, maka ia harus dijual untuk tujuan tersebut, harta dari hualan tersebut boleh dibeli barang yang sama jenis mengikut kehendak waris yang mewakafkannya. Kerana harta wakaf tidak boleh diubah selagi masih boleh diambil faedahnya.

    Imam Ahmad berpendapat lagi : Bahawa pemindahan harta wakaf dari satu keadaan kepada keadaan yang lain harus dan boleh dilakukan. Berdasarkan kepada ia pernah dilakukan oleh Saidina Umar r.a. dan Saidina Uthman r.a. Manakala sebahagian dari Mazhab Syafie berpendapat : Dalam keadaan tertentu (terdesak) harta tak alih (العقار) milik masjid boleh dijual seperti untuk membesarkan atau memperluaskan masjid.

    Sebahagian dari Mazhab hanafi pula berpendapat : Bahawa runtukhan masjid boleh dijual dengan perintah hakam (pihak berkuasa). Harga dari bahan yang dijual itu dibeli peralatan baru dari jenis manfaat yang bersama, manakala harta wakaf masjid berupa hamparan dam lampu-lampu mengikut pendapat Abu Yusuf ia boleh dipindahkan ke masjid yang lain.

    ReplyDelete