Pages

Wednesday, December 26, 2012

Hancur... Menteri dah jadi anjing kepada kroni sanggah Peguam Negara.

Undang-undang dalam negara Malaysia semakin hancur,, bermula dari era pemerintahan Mahathir menjadi PM, kemudian paling teruk di zaman permulaan Najib menjadi PM bila berlakunya  krisis Perak 2009 sehingglah sekarang,, 




Dalam krisis Perak, memang kita faham dan sedia maklum,, bila saja kerajaan lawan dengan pembangkang,, undang-undang yang sedia termaktub dalam negara dah tak terpakai, walau pun pada mula di peringkat mahkamah tinggi Nizar menang kemudian dibawa ke mahkamah rayuan dan seterusnya mahkamah persekutuan Nizar kalah 5-0...

Tetapi yang terkini, undang-undang dipermainkan lagi, tak diendahkan langsung, bukan kerana parti pembangkang lawan kerajaan,, langsung tak ada... 

Kesian aku dengan Peguam Negara, arahannya langsung tak ada harga,,, ,


AES akan terus keluarkan saman - Menteri

pada 26-12-2012 10:12 



Post Pic
SHAH ALAM: Kerajaan akan terus mengeluarkan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) walaupun Pejabat Peguam Negara telah membekukan kesemua prosiding kesalahan saman berkaitan operasi kamera perangkap had laju berkenaan.
 
Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, setakat ini saman AES adalah sah dan terpulang kepada Peguam Negara untuk mengkaji dari aspek perundangan mengenai sistem itu.
 
“Kerajaan tidak akan menghentikan saman AES ini, seperti yang sudah diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet lalu.
 
"Saman itu masih sah dan akan terus dikeluarkan. Keputusan pembekuan itu terpulanglah kepada AGC untuk membuat keputusan,” kata beliau kepada sebuah portal berita tempatan.
 
Menurut Kong lagi Pejabat Peguam Negara kini sedang di peringkat perbincangan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menyelesaikan isu tersebut selepas menerima rungutan pelbagai pihak.
 
AES kini sudah mengeluarkan hampir 300,000 saman sejak ia dimulakan pada 23 September lalu.
 
Ahli Parlimen pembangkang Datuk Mahfuz Omar sebelum ini menggesa kerajaan untuk menangguhkan operasi AES selain mencabar kerajaan untuk membatalkan kesemua 300,000 saman yang telah dikeluarkan kepada pesalah trafik.


Nampaknya kroni Syarikat Beta Tegap lagi berkuasa daripada peguam negara,,, menteri jadi jurucakapanya... lingkup Malaysia...

6 comments:

  1. Inilah namanya menteri yang dilantik tak tahu undang-undang negara dan peguam negara pula hanya melepas kentut ditangga,inikah yang diamalkan oleh kerajaan hendak berjimat kos tenaga dan sebagainya,apakah guna saman bila dibawa kemahkamah proseding tidak sah tidakkah ini membazir namanya, tanda-tanda BN/UMNO akan berkubur.

    ReplyDelete
  2. Chong Ha...tolong buang dari Parlimen Lumut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya dia dah rasa takda tempat bagi dia dah, tapi memandangkan dia ada saham dlm projek ne sebelum hayatnya berakhir dlm kabinet ada lebih baik dia gunakan kesempatan yang ada. orang2 parlimen lumut jangan dok tidor buka mata sket tengok kiri kanan gunakan peluang yang datang 5 tahun sekali ne.

      Delete
  3. kalau kita tak teruskan operasi AES tu sapa mau tangguh saya punya kawan maaa...

    banyak juta ooo wa punya kawan ambik modal dari kerajaan buat projek ni...wa punya kawan sudah marah sama saya maaa...

    ReplyDelete
  4. Itulah sebab dan pentingnya Penjawat Awam hendaklah seorang yang Jujur, Amanah dan Tegas dalam melaksanakan peraturan dan undang-undang yang ditetapkan! Kalau tidak beginilah jadinya....menteri yang tak tahu undang-undang pun tak respect sama orang yang sepatutnya menjadi rujukan jika berlaku kekeliruan dalam menafsir undang-undang! Malaysia..negara di mana undang-undang seringkali di bakulsampahkan!

    ReplyDelete
  5. rakyat didahulukan bayar saman kah...kah....

    ReplyDelete