Pages

Tuesday, January 29, 2013

KM Sarawak Taib Mahmud letak jawatan ?

Atas sebab apa orang tua ni nak letak jawatan, apakah kerana nak menunaikan janjinya sebelum ini iaitu hanya selama 2 tahun sahaja menjawat KM Sarawak...

Atau pun ....



KUCHING: Desas-desus di Sarawak bertiup kencang mengenai kemungkinan Ketua Menteri negeri itu Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan meletakkan jawatan sejurus sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Taib dikatakan telah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira dua minggu lalu untuk membincangkan perkara itu.
Beliau menerajui Sarawak hampir tiga dekad dan tahun-tahun terakhir pemerintahannya semakin diwarnai dengan tuduhan bersabit rasuah dan penyelewengan kuasa.
Walau bagaimanapun pembangkang tetap mensasarkan Taib menang, khususnya di kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina.
Menurut portal FMT, pengganti Taib adalah Timbalan Ketua Menteri Alfred Jabu.
Taib dilantik menjadi Ketua Menteri pada 26 Mac 1981 dan memegang rekod pemimpin negeri paling lama di Malaysia.  
Keputusan Taib itu dikatakan akan membolehkan SUPP memulihkan sokongan dikalangan pengundi Cina di  Stampin, Bandar Kuching, Sarikei, Lanang, Sibu and Miri serta menawan semula  bandar Kuching and Sibu daripada DAP.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya semalam optimis Barisan Nasional (BN) akan menang besar di Sarawak pada pilihan raya umum akan datang berdasarkan kekuatan sokongan parti-parti komponen.
"Saya tiada kemusykilan sebab gabungan (BN) sangat kuat di negeri itu," kata beliau.

Boleh percaya ka dengan orang tua ni,,, ini pun gula-gula PRU13 untuk orang Sarawak yang dah mula membencinya,,, tunggu saja bila umum senarai calon DUN Sarawak, kalau namanya tak ada kira betul lah tu,, kalau tidak,,, letak jawatan sebulan sahajalah tu...

5 comments:

  1. Atok taib kena fikir kena banyak rujuk buku ugama, kena tanya to kiyai sejarah kehidupan Junjungan besar kita, ketika beliau menjadi ketua ALAM maya ini...tak pernah nak buat diri jadi kaya...bandingkan lah rumah junjungan kita dengan rumah dok mereka yang begelar menteri sekarang ni....Ada pula setengah orang kata kalau dah jadi menteri tu...adalah bodoh jika tak ambik kesempatan nak buat kaya diri sendiri.Sedih betul lah prinsip orang dunia akhir zaman ni....Kawin banyak, jadi ketua dan macam2 lagi yang jika ada yang mengutungkan semuannya nak ikut sunah nabi. tapi bila BERKORBAN nak beri peluang dengan orang lain nak jadi menteri...haa tu yang sunah salah die rang kata....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang menguntungkn...kawin 2 3 org smua ikut sunah nabi.....tp bila sunah tersebut kata nabi pilih miskin dari kaya....smua tsk nak ikut mlh buat tak tngok je.......akhir zaman miskin jd pemerintah dunia.....

      Delete
    2. Rakyat mohon ketua menteri ditukar
      atau tidak mustahil rakyat sarawak pun bangkit jugak....malaysia sekarang dah tak meredeka lagi dah....
      Brunei bijak.....tak masuk pujuk. Hidup dengan cara mereka sendiri.....

      Delete
  2. Kalau d lihat dari segi pelantikkan kabinet.....
    Pembangkang bayak menggunakkan dan melantik tenaga muda.....jadi perwakilan
    Manakala Bn pula byk pakai recycle punye menteri....dan paling kesian die....banyak dah menjadi warga emas.....
    Contoh KM Sarawak.....dah menjadi lombong emas pun masih nak ketua jugak....dah tu berani pula nak kata belum ada org yang dapat nk gantikn beliau....

    ReplyDelete
  3. the timbalan 1 should go up..itu br adil.Biasanya kalau ketua berhenti..timbalan naik.

    ReplyDelete