Pages

Friday, February 8, 2013

Muhyiddin Yassin memperbodohkan rakyat Pelis semalam...

Cakap mulut keluar dihadapan rakyat penyokong lain-, cakap di keliling penyokong setia lain....


Inilah permainan orang politik Umno,,, tak ada yang mustahil...
Image
Mengenai gambar diatas ni boleh baca Di sini

Namun semalam didepan orang Perlis.. ha ha ha..lain cerita.... 


POLITIK

Najib PM terbaik - Muhyiddin

KANGAR 7 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada pemimpin pembangkang mampu menandingi kehebatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang berjaya mentadbir negara menjadi lebih makmur menerusi pelbagai agenda transformasi dilakukan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kenyataan itu bukan untuk berkempen tetapi berdasarkan penilaian beliau sebagai orang yang paling dekat bekerja dengan Najib dalam pentadbiran negara.
Katanya, Najib merupakan seorang Perdana Menteri yang hebat pada zamannya dan berupaya membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.
"Ini soal pokok. Saya bagi kenyataan begini bukan kerana nak kempen, tetapi hendak menyatakan yang hak dan membawa risalah benar. Kalau siapa tidak bersetuju dengan saya, cabar saya. Kalau saya tidak betul cabar saya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pertemuan dan dialog bersama pimpinan masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), belia, guru, imam seluruh negeri ini di Dewan Wawasan 2020 di sini hari ini.
Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan kelulusan berjumlah RM2.75 juta bagi beberapa projek demi kemudahan masyarakat di negeri ini.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak merdeka terbukti berjaya membawa keamanan serta kemakmuran yang melimpah ruah kepada negara meskipun diakui banyak lagi perlu dilakukan.
Kata beliau, dasar dan program yang dilaksanakan di setiap peringkat serta secara menyeluruh meletakkan Malaysia pada landasan betul untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 termasuk kejayaan mewujudkan iklim ekonomi yang baik.
"Kajian badan-badan antarabangsa meletakkan Malaysia antara 10 negara paling berdaya saing di dunia untuk membuat pelaburan dan tempat ketiga memiliki nilai-nilai hidup lebih baik serta selamat didiami bakal pesara serta pesara warga asing," kata beliau.
Berikutan itu, kata Timbalan Perdana Perdana, BN memerlukan mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 untuk terus mentadbir membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan terbilang.
"Apa yang kita usahakan selama ini telah berjaya tetapi ada kelemahan yang boleh kita perbaiki untuk sampai ke sana. Sebab itu kita hendak mandat lagi sekali. Bagi kita peluang, kita nak buat lebih banyak lagi.
"Transformasi telah jelas, kita hendak terus majukan negara. Biar keadaan sekarang terus kekal dan menjadi lebih baik daripada dahulu dan lebih tinggi kemakmuran negara," ujar beliau.


Ha ha ha ,,, dia nak memperbodohkan rakyat..cuba lu orang baca dah fahami ayat dibawah dengan situasi yang ada,, tak perlu aku nak ulass...
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada pemimpin pembangkang mampu menandingi kehebatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang berjaya mentadbir negara menjadi lebih makmur menerusi pelbagai agenda transformasi dilakukan.

ha ha ha.. Najib yang terbaik... terbaik, terbaik,,, ingat balik kat Kak Rosmah,,, Najib yang terbaik,,, lantak hangpa lah...

2 comments:

  1. kalau ada orang Perlis percaya kata kata nya itu...tak tau lah apa nak dikata....orang Perlis jangan percaya sangat benda tu. PIKIAQ habih habih.

    ReplyDelete
  2. Najib terbaik sebab takut bini dan pandai perabis duit bagi rasuah kepada rakyat kerana amat takut Bn kalah dlm PRU13....

    ReplyDelete