Pages

Tuesday, March 5, 2013

Bekas Tim Menteri Umno - Insiden Lahad Datu Sandiwara Umno.

Kalau Tian Chua yang bersuara, maka gegak gempita riuh rendah 1Malaysia mengelatat kepanasan... 
Ha ha ,, bila orang Sabah bekas Timbalan sendiri yang berusra dengan nada yang sama Tian Chua... ha ha apa macam?




SABAK BERNAM: Selepas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua mendakwa insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai 'sandiwara', malam tadi seorang lagi pemimpin pembangkang tampil dengan mengatakan krisis yang telah mengorbankan wira negara itu adalah ‘wayang’ yang dimainkan oleh Umno-Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dalam ucapannya pada ceramah Pakatan Rakyat (PR) di Dataran Sungai Air Tawar, di sini malam tadi,  dengan lantang menyatakan bahawa insiden tersebut merupakan ‘wayang’ yang Umno-BN bagi tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat di Sabah yang mana katanya akan menjadi ‘senjata makan tuan’ kepada parti pemerintah itu.
 
“Sekarang ini Lahad Datu sudah hancur..yang mana ini adalah merupakan tanggungjawab kerajaan pusat untuk menjaga keselamatan. 
 
“Tapi oleh kerana ada wayang yang dimainkan oleh BN untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah, tapi apa yang mereka lakukan ini akan balik makan kepada Umno dan BN,” ujar beliau di dalam ceramahnya.
 
Katanya lagi, perkara itu tidak akan sama seperti pada tahun 2008 dimana rakyat di Sabah kini sudah mula sedar dan bersedia untuk menolak Umno-BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
 
Justeru katanya, ‘wayang’ yang dimainkan kerajaan di Lahad Datu itu tidak akan berjaya di dalam merubah hasrat rakyat di ‘negeri di bawah bayu’ itu untuk melihat perubahan.
 
“Rakyat Sabah sudah bangkit. Kita pada tahun 2008 kita ketinggalan sedikit dengan rakan-rakan di Semenanjung Malaysia. Sebab Semenanjung Malaysia, Umno sudah kalah..BN sudah hampir kalah..hanya mempunyai kerusi 86. 
 
“Tetapi kalau bukan kerana Sabah dan Sarawak yang menyumbang 54 kerusi, sebenarnya Umno dan BN sudah ‘habis’ tahun 2008.
 
“Apa pun berlaku, apa pun mereka (BN) buat, apa pun wayang yang mereka buat di Sabah, wayang tak laku lagi. Wayang tak orang nak tengok lagi. Orang nak tengok perubahan yang akan berlaku dalam PRU ke 13 ini,” tegas bekas Timbalan Menteri Kabinet itu.
 
Dalam pertempuran Jumaat lepas 12 orang daripada kumpulan penceroboh itu terbunuh manakala dua anggota komando VAT 69 terkorban dan tiga lagi cedera.
 
Di Semporna, enam anggota polis gugur sebagai wira negara setelah diserang hendap sekumpulan bersenjata manakala tujuh anggota kumpulan itu terbunuh Sabtu lepas.

Link : Klik Sini


Wayang ni siapa pengarahnya ya;;; yang teraniya pelakon-pelakon yang diarah bertugas......

8 comments:

  1. mana pergi ketua menteri sabah????
    diam membisu.... ke memang membisukan diri

    ReplyDelete
  2. Drama dan sandiwara yang sudah tak ikut skrip asal. Gagal pengarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setelah kesilapan menangani penceroboh dari awal lagi, hebohkan berita sedih pemergian pahlawan negara. Tu pun boleh kira sandiwara gak kan??? Aku dah hilang sedih tapi dah datang rasa marah ya amat kat pemimpin bee end ni.

      Delete
  3. Ini semua salah Anwar Ibrahim. Dia dalam satu masa banyak jadi berbagai jenis ajen. Ajen insuran, ajen takaful, ajen tupperware, ajen direct selling, ajen kerepok lekor dan ajen buku teks sekolah. Lain kali jgn banyak sgt buat bisnes.

    ReplyDelete
  4. semakin hari ramai org Melayu Islam yg jadi pencuci najis Tian Chua.

    Tolak ketepi semua ajaran murni Islam seolah-olah tak berdosa pun bila sambut fitnah Cina tu, kutuk dan hina pula pemimpin dan orang Islam yg lain. Apa kamu kata Anwar tu bersih? Suci? Sudi jadi makmum dia?

    Tak perlu marah dan hina orang lain jika pemimpin pooojaan hati korang tu buruk moralnya, akhlaknya. Datuk Seri Najib sudah bersumpah dlm masjid, pooojaan korang tu ada?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ni baru abis tingkatan6 ke?

      Delete
    2. ko ni baru abis tingkatan 6 ke?

      Delete